Walau dah hati-hati jaga telefon bimbit yang mahal tapi tiba-tiba jatuh juga dalam air. Boleh jadi jatuh dalam air banjir, longkang atau terkena tumpahan air.
Selalunya telefon yang masuk air ini kemungkinan besar akan rosak dan tak boleh dibaiki.
Tapi untuk pengetahuan kita kebanyakkan telefon pintar/ smartphone yang masuk ke dalam air atau dalam bahasa teknikal nya (water damage) masih boleh diselamatkan jika anda mengambil langkah yang betul daripada awal.
Lakukan langkah berikut jika situasi ini terjadi pada anda;
1. Keluarkan telefon itu secepat mungkin dan matikannya. Jangan hidupkan telefon anda. Sekiranya air masuk ke dalam telefon, berkemungkinan akan ada lintar pintas.
2. Tanggalkan bateri telefon. Perkara penting untuk dilakukan ialah cabutkan bateri telefon anda. Ini akan membantu untuk mengurangkan risiko kerosakan litar dalaman.
Ads
3. Ambil kad SIM anda. Anda perlu mengelap telefon sehingga kering dan biarkan.
4. Matikan atau cabut apa-apa peranti luaran seperti kad SD. Selain bateri, kita juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat.
5. Vakum adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon bimbit yang basah akibat dimasuki air. Jaga jarak telefon dari pembersih vakum, agar telefon tidak terjejas akibat kesan statik.
Ads
6. Jangan gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan telefon, walaupun pada kepanasan yang paling rendah. Ia hanya akan menolak air yang lebih dalam ke dalam peranti ini yang amat berbahaya untuk komponen elektronik teras telefon. Udara panas juga boleh mencairkan beberapa bahagian telefon
7. Anda boleh cuba mengeringkan telefon anda dengan meletakkan ia ke dalam beg plastik yang diisi dengan beras. Beras akan membantu menyerap kelembapan yang ada pada telefon dan bateri. Sebelum meletakkan peranti anda ke dalam beg beras itu, keluarkan bateri. Memasukkannya ke dalam beg beras yang sama.
Ads
Prosedur ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2-3 hari. Balik-balikkan telefon dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menggunakan gel silika paket kecil yang biasanya dimasukkan ke dalam kasut dan pakaian. Ia menyerap air yang lebih baik.
8. Jemur telefon di bawah sinaran matahari untuk membiarkan semua bukaan kering sepenuhnya. Anda boleh meletakkan telefon itu pada tikar penyerap atau tisu dapur. Walaupun sudah menggunakan teknik vakum dan beras, jemur juga telefon tadi. Ini akan membantu menyingkirkan sisa-sisa air yang tertinggal.
9. Selepas 24 jam, periksa telefon dan pastikan ia kelihatan kering. Semak semua bahagian. Jika peranti kelihatan kering dan bersih, anda boleh cuba meletakkan bateri kembali dan menghidupkannya.
10. Jika telefon itu sudah kelihatan kering tetapi tidak boleh dihidupkan ia berkemungkinan disebabkan bateri yang kosong. Pasangkan pengecas, dan kemudian cuba untuk menghidupkannya semula.
Kuih ketayap ini memang hidangan selalu ada baik pagi atau petang. Jika selalu beli, apa kata cuba buat sendiri pula.
Sebab kuih ketayap ini antara yang senang untuk dibuat. Bahan-bahan pun memang ada saja di rumah. Buat sendiri lagi puas hati, inti kelapa pun boleh letak banyak.
Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian dari Roslina Shaari. Katanya tanda kuih ketayap menjadi elok, ada nampak lubang-lubang.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan atau air biasa
3 sudu makan tepung ubi (supaya kulit tak mudah koyak)
3 sudu makan minyak
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan dadarkan.
3. Bila dah melengkung di tepi maknanya kulit ketayap dah masak. Boleh angkat.
TIP
Supaya bancuhan tak melekat pada kuali, tuang sedikit saja minyak pada kuali sewaktu mula-mula dadarkan bancuhan. Untuk kali kedua dan seterusnya tak perlu lagi letak minyak.
Kuali kena panas baru kulit ketayap jadi berlubang.
Tepung ubi digunakan supaya kulit tak mudah koyak.
Bahan untuk inti
1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – boleh kurangkan.
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Cara membuat:
1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. 2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
4. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
5. Sejukkan inti.
6. Kemudian boleh letakkan inti di tengah ketayap, lipat kiri dan kanan kemudian gulung.
Ruang untuk sidai pakaian kalau duduk di apartment memang terhad. Apatah lagi kalau kediaman jenis flat yang tiada balkoni.
Nak letak alat sidai kain yang besar memang makan ruang. Alternatif untuk masalah ini adalah penyidai baju jenis retractable atau tali penyidai kain mudah tarik dan simpan.
Idea ini dikongsi oleh pengguna TikTok Hajar Radzi.
Ujarnya tinggal di rumah flat salah satu masalah yang dihadapi adalah untuk menyidai kain kerana tiada balkoni.
Jadi alat penyidai jenis sangkut yang tali boleh ditarik dan disimpan ini memang memudahkan terutama kalau nak sidai kain dalam rumah.
Tali pun kuat kerana diperbuat daripada stailess stees dan boleh tampung berat 20kg. Panjang tali hingga 4 meter jadi banyak juga boleh sidai terutama jika gunakan hanger.
Dah guna semua telur, sarangnya jangan buang terutama kalau kat rumah selalu bercucuk tanam. Boleh recyle untuk tanam pokok pula atau lebih tepat boleh buat sebagai bekas semaian.
Caranya sama saja macam kita tanam dalam tray semaian. Dikongsi oleh pengguna Tik Tok cikgufitriagroponik ini langkah yang boleh dilakukan jika nak gunakan sarang telur sebagai bekas semaian.
1. Sediakan sarang telur kemudian penuhkan setiap lubang sarang telur dengan media tanah campuran.
2. Kemudian buat lubang dengan cara menekan jari telunjuk dalam setiap lubang sarang di bahagian tengahnya.
3. Selepas itu bolehlah masukkan biji benih sayuran yang hendak ditanam. Tutup lubang tadi dengan tanah.
4. Spray dengan air dan simpan bekas semaian dari sarang telur ini di tempat yang tertutup dan gelap untuk cepatkan proses percambahan.
5. Selepas bercambah kena keluarkan supaya kena cahaya matahari. Alihkan anak benih ke polibeg, batas ataupun pasu.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...