Minggu lalu Perodua telah melancarkan model Myvi terbaru. Memang cantik rekaan terbaru ini dan ramai yang berkenan.
Dijual pada harga antara RM44,300 hingga RM55,300 dianggap kereta mampu milik bagi kita golongan biasa.
Mesti ramai yang dah berkira-kira dan beli atau pun tukar kereta bila tengok model Myvi baru ni kan. Ya lah harga kereta tu pun rasanya takdelah mahal sangat macam kereta lain.
Tapi sebelum sebelum teruskan hajat tengok dulu slip gaji. Sebenarnya gaji RM 2,000 yang kita kira macam banyak tu pun belum layak lagi beli Myvi atau kereta lain yang sama harga dengannya.
Perkara ini dinasihatkan oleh saudara Harith Faisal yang selalu berkongsi tip pelaburan, hartanah dan kewangan kalangan anak muda. Kenapa dia cakap macam tu? Ini sebab yang disenaraikan.
Ads
Tunggulah dulu, walau pun bujang
1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.
2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.
3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.
4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.
5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.
Ads
Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua
6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.
7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.
8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.
9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.
Ads
10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha. – HF
Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.
Harith Faisal adalah seorang pelabur hartanah. Beliau aktif berkongsi dengan anak muda tentang pelaburan hartanah dan pengurusan kewangan di Facebook setiap hari.
Waktu solat dah lama masuk, tapi anak kecil masih tak mahu lepas dari dukungan untuk ibu menunaikan solat. Masalah ini selalu dihadapi oleh suri rumah yang punya bayi dan tinggal sendiri.
Ada masa bayi mungkin boleh ditinggalkan seketika tapi ada ketikanya si kecil meragam. Bila diletakkan untuk memberi ruang ibu bersolat walau sekejap mulalah bayi menangis hingga kadang-kadang membuatkan ibu tak sampai hati malah hilang khusyuk.
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk para ibu melengahkan atau meninggalkan solat. Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.
Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun begitu sudah tentu ada syarat-syarat yang harus ibu patuhi;
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Cara solat sambil mendukung bayi
Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
Baca surah al-fatihah seperti biasa dan sudah pilihan jika keadaan mengizinkan.
Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
Laksanakan langkah ini hingga solat selesai.
Untuk lebih jelas disertakan juga panduan bergambar seperti berikut.
Hebat betul Dr. Soo Wincci ni, setakat ini dia sudah punya ijazah dalam undang-undang, ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan, ijazah doktor falsafah dalam bisnes strategi dan terbaru ijazah sarjana dalam Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi dari institusi berprestij impiannya iaitu Universiti Berklee Valencia Campus.
Tapi 4 ijazah yang dimiliki ini masih belum cukup buat dirinya, bekas ratu cantik yang juga pelakon dan penyanyi ini masih ‘gila study’, dahagakan ilmu malah mahu terus menyambung pengajian.
Ramai tertanya-tanya apa yang mendorong dia untuk terus belajar dan belajar. Perkara itu terjawab dalam status terbaru instagram Wincci semalam selepas menerima ijazah sarjana yang kedua.
Kena rajin sebab tak cerdik!
‘Wincci tak dilahirkan cerdik atau mempunyai kehidupan yg baik jadi kenalah berkerja keras dan lebih rajin belajar demi impian besar. Wincci, jom mari kita semua terus berusaha demi masa depan!’
Dalam status yang sama Wincci turut memuat naik empat ijazah yang dimilikinya. Inilah yang seharusnya dicontohi oleh anak muda sekarang.
Terpilih untuk Post Master Fellowship duduk Sepanyol setahun lagi
Selain itu selepas menerima ijazah sarjana kelmarin, dia juga memberitahu akan terus menetap di Sepanyol selama setahun lagi kerana terpilih untuk Post Master Fellow ship untuk melakukan projek di sana. Kan cakap dia memang gila study! Respek betul Wincci nih.
Kejayaan Wincci ini tak dapat dinafikan memberi banyak inspirasi kepada peminatnya. Ia dapat dibaca melalui komen yang ditulis oleh mereka. Dalam pada itu peminat juga turut memberi sokongan agar bekas ratu cantik ini terus belajar dan mengejar cita-citanya!
Seringkali mereka yang bergelar usahawan gigih menghadiri kursus dan kelas untuk melonjakkan keuntungan. Pada mereka inilah asas untuk memajukan perniagaan tapi hakikatnya mereka terlupa bahawa dalam Islam sendiri sudah ada cara tersendiri untuk melakukannya.
Ia tak lain tak bukan adalah melalui pemberian zakat. Inilah petua sebenar untuk menyuburkan rezeki. Malah perkara ini dibuktikan oleh dua wanita Che Salamiah binti Malik dan Norazimah Hasmi yang dulunya penerima zakat tapi kini menjadi pengeluar atau penyumbang zakat selepas perniagaan yang diusahakan semakin berkembang hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor.
Perniagaan berkembang hasil bantuan zakat
Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama.
Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak RM1,000.00 pada Mei 2014 dan RM2,000.00 pada Disember 2017.
Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah RM3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.
Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak RM1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak RM1,870.16.
Beliau menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.
Beliau juga memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau.
Cara kira zakat perniagaan
Bagi yang tertanya-tanya tentang cara pengiraan zakat kiraannya cukup mudah. Anda hanya perlu mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.
ASET SEMASA bermaksud : Baki tunai dalam bank, baki tunai pada tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.
LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.
Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.
Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh DI SINI dan kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah saja, klik saja di sini https://fpx.zakatselangor.com.my/
Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...