Khasiat lemon yang banyak untuk kesihatan menyebabkan ramai yang suka menanam pokok ini. Tapi malangnya ada pokok lemon yang ditanam dan dijaga tidak juga mengeluarkan hasil walaupun bertahun-tahun dibelai.
Bagi yang ada masalah yang sama mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Fairose Mohd Noor ini. Setelah 2 tahun tidak berbuah 4 cara berikut dipraktikkan hinggalah akhirnya pokok lemon yang ditanam kini meriah buahnya.
1. Pangkas ranting/cabang pokok lemon (Pemangkasan ini adalah untuk dapat cabang yang kukuh selain untuk tujuan produktiviti).
2. Gali lubang berhampiran pokok lemon (rujuk anak panah) dan masukkan sisa makanan/sisa dapur ke dalamnya. Bila penuh kambus kemudian gali pula lubang lain berhampiran pokok dan buat perkara yang sama.
Ads
3. Sambil itu sembur pokok lemon dengan cuka kayu pada daun dan batang. Cuka kayu ini berfungsi untuk melindungi pokok dari serangan perosak sambil menguatkan daya tahan pokok. Selang seli sembur cuka kayu dan baja Ezigrow.
Santan perah memang tak dapat dinafikan lagi sedap kalau kita guna dalam masakan. Tapi ramai tak tahu teknik perah santan untuk dapatkan santan pekat lebih banyak. Bila dapat santan pekat macam ni, guna dalam masakan memang puas hati.
Yatie Eimra ada berkongsi teknik perah santan yang diajar oleh ibunya untuk dapatkan perahan santan yang pekat.
Ini cara yang mak saya ajar untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak. Ini caranya.
1. Sediakan air suam
Untuk dapatkan santan yang pekat, kita kena gunakan air panas suam & gunakan blender. Jangan guna air terlampau panas (air panas menggelegak) sebab santan akan pecah minyak. Gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1.
Ataupun kalau simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh juga guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam). Air kena suam supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.
2. Bahagian santan pada 2 bahagian
Air panas suam tadi dituang sedikit dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit (sampai boleh blend saja). Perah/tapis santan tadi.
3. Guna air perahan santan pertama
Ambil satu lagi bahagian kelapa parut tapi kali ini gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi saja.
Kenapa kelapa parut kena bahagi 2? Sebab kalau sekali blend saja lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar. Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama saja kita tambah air.
Tengok dalam gambar di bawah, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun. Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan.
4. Blend semua sekali
Bila sudah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali kedua ini dapat santan cair saja tapi masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat (rujuk gambar di bawah).
Cara ini untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang pertama, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit saja.
TIP
Jika nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh juga.
Nak tengok rumah paling kemas dan tersusun, ha boleh tengok rumah ni. Kediaman milik Alejandra Costello, seorang perancang profesional yang pernah dilabel sebagai The Most Organized Home In America.
Selepas anda melihat video ini anda akan faham kenapa. Strategi penstoran barang yang dibuat di rumah ini memang tersusun malah berlabel.
Paling menarik adalah penstoran di bahagian dapur. Anda mungkin boleh dapat idea untuk mengemas kediaman melalui video ini.
Bagi yang memelihara kucing akan tahu bagaimana susahnya untuk memberi makan ubat atau pil ketika anak bulus ini sakit. Kecoh satu rumah dan tak kurang juga akan ada tangan yang luka dicakar. Hairannya bila di klinik haiwan senang sungguh kucing ni telan ubat.
Sebabnya, kita tak tahu cara atau teknik yang betul . Bagi korang pelihara kucing cara yang dikongsi oleh Klinik Veterinar Chinta Qaseh Sikamat perlu dipelajari hingga mahir supaya mudah untuk dilakukan ketika kucing sakit.
1. Belai kepala dan dagu kucing.
2. Sambil itu pegang ubat di hujung jari.
3. Pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan kepalanya.
4. Pada masa yang sama buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang ubat.
5. Masukkan pil dalam mulut kucing dan terus usap bawah dagunya untuk memudahkan kucing menelan ubat selain menenangkannya. Siap!
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...