Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Ads
Sambil menyediakan hidangan, mereka turut berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini. Antara selebriti yang memeriahkan dapur Rasa Mak Ajar Masak ialah Nubhan Ahmad, Didie Alias, Abby Abadi, Ain Edruce, Uyaina Arshad, Azad Jasmin, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi.
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Ads
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Ads
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!
Jika selalu menampilkan gaya hidup mewah di media sosial miliknya tapi baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian berbeza.
Selepas mendapat darjah kebesaran daripada Sultan Pahang beliau sempat bertemu bapanya untuk berkongsi kegembiraan bersama bapanya.
Menyentuh hati netizen bila sambil memeluk Datuk Seri Aliff bapanya sempat mendoakan berulang kali mendoakan kejayaan bisnes anaknya.
Dalam pada itu Datuk Seri Aliff turut mengimbas kembali pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya yang bekerja selama 24 tahun sebagai pengawal keselamatan untuk menyara mereka sekeluarga.
Tak sangka anak tak pandai sekolah sampai ke tahap ini
Berdiri di tapak kaki sendiri ni lebih bermakna sebab kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ..
Bak kata abah saya, tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ke tahap ini. Hanya Allah saja tahu betapa gembiranya kami. Bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan.
Keseronokan ini saya kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.
Abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani. Walaupun dia tak membantu dari segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahagia.
Sebab dia pun susah. Dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya. Kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1, begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama.
Syukur dah mampu balas kepenatan abah
Dah niaga lama baru nak merasa semua ni sbb tu saya jakun skit??. Saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2 bilik seksyen 20 Shah Alam Blok 19. Adik beradik 7 org sebelah abah, mak bapak saya bercerai.
Syukur segalanya berubah, sekarang saya mampu balas kepenatan abah saya dan belikan kereta Honda Accord dan rumah teres conner lot (nak belikan banglo dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja di rumah.
Saya tak suka dia kerja keras mcm dulu-dulu sampai ke tua sbb nak besarkan kami adik beradik. Dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata-mata nak belikan saya basikal.
Sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah. Jauh sekali nak menunjuk. Saya harap abah dan mak saya tahu Aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit disleksia punya semangat yg besar.Anton (nama manja saya masa kecik) sayag mak abah sampai syurga❤️❤️❤️
Nak beli rumah sendiri bukannya mudah kalau kita bukan orang yang berduit. Sebab itulah ada yang dah usia 40 tahun, sudah berumah tangga dan beranak pinak tapi masih juga menyewa.
Tapi lain pula cerita Yt Farhan, seawal usia 24 tahun dah pun beli rumah sendiri. Kereta idaman pun dah dapat. Muda lagi! Bukan asal dari keluarga berada tapi semua ini diusahakan sendiri dari titik peluhnya yang menjalankan perniagaan menjual dan membaiki gajet.
Macam mana boleh beli rumah usia semuda ini? Ha begini caranya…
Tip beli rumah di usia muda
Ini tips beli rumah yg sy boleh share. & tips ni amat berguna buat anda yg bisnes. Sbb tips nilah yg sy gunakan ntk beli rumah dulu kemudian beli kereta idaman.
Jgn beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sbb loan kereta 9 tahun shj, loan rumah pulak bole ikat sampai 30 tahun ke atas ikut umur kita, walaupun kita beli rumah RM200k @300k bulanan, tetap boleh dgr sbb ikat lama tak macam beli kereta.
Ntk yg keje dgn majikan lebih mudah kalau ikut tips ni sbb ada bbrp dokumen anda yg majikan dah siapkan. Usia pun main peranan kalau muda sgt bank susah nak bg lulus sekurang-kurangnya 18 tahun sbb adik sy backup penjamin sy dia umur 19 kot tahun ni, sy pulak 24. Kalau tua sgt pun bank bg lulus takat brp % je loan.
Jangan beli kereta dulu
So pd usia muda ni amik peluang nak beli rumah. Kita buat lain dari yg lain, mcm kawan-kawan beli kete dulu, kita beli la rumah dulu, naik kete lama pon tak pe janji nama takde hutang kat kereta. Ini pengalaman sy beli rumah yg sy nak share :
1. Pilih/kaji/aim kawasan perumahan yg anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.
2. Cari pemaju & buat bayaran booking fee,jumlah bayaran booking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kene tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 document iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. & dokumen ni bawa ke bank yg pemaju syorkan @ bank yg anda nak buat loan.
3. Bank akan mintak : a) SSM & ic.
b) Penyata kewangan untung/rugi ntk 2 tahun : ini bg yg berniaga, dokuman ini kita akan dapat bila kita buat dgn juru audit bertauliah, segala resit beli stok & perbelanjaan bil, Si juru audit ni yg akan kira ntk kita, yg bergaji bank akan minta slip gaji utk bbrp bulan.
b) Slip bank akaun semasa, sape yg bisnes tak buat akaun bank semasa sgt lah rugi sbb bank nak tengok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.
c) Lengkapkan dokumen E-Filing kene daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sgt penting.
d) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2 tahun, sbb bank nak tengok mcm mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jgn risau juru audit bole setel kan untuk kita jgk.
e) 10% deposit drpd harga rumah yg kita nak beli.
f) Tak cukup dgn 10% deposit anda kene lebihkan duit ntk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanye mungkin 5% dari harga rumah. So kene standby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ade pemaju yg tanggung semua kos ini.
g) Kalau keliru nak pilih pinjaman peribadi yang terbaik, anda bolehlah layari iMoney.my. Sebab di iMoney.my, anda boleh bandingkan tawaran pinjaman peribadi dengan cara terpantas dan mudah!
Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clear
4. Lengkap semua dokumen diatas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS walaupon CCRIS PTPTN, kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clearkan kalau tak mmg permohanan kita gagal.
5. Jika permohanan bank luluskan kita dah bole bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P. & bole buat segala bayaran urusan bank & guaman.
6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan mcm mana. Bila loan kita lulus & masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, Air & dll.
7. Selain tu anda boleh sertakan dokumen simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala dokumen dgn adikberadik/isteri/suami bg kukuhkan permohonan anda.
Deposit yg dah dibayar pun kene pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yg kita mohon & kira balik faedah % yg di kenakan. Supaya takde pihak ketiga yg amik kesempatan atas pembelian rumah kita.(takut ade yg amik deposit tu sbg duit poket mereka).
Persediaan dua tahun
Sy nasihatkan kawan-kawan yg nak beli rumah seelok-eloknye buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yg berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sgt buat penyata untung rugi cari juru audit buatkan utk bisnes kita. Nak beli kereta pun gunakan dokuman yg sama.
Sbnrnya 2 tahun lepas permohonan loan rumah sy pernah ditolak disebabkan ade bbrp dokumen yg sy takde. Sy belajar dr situ betapa susahnye bank nak bg kita pinjam duit walaupun gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yg bank perlukan kita tak sedia kan mmg bank tak layan kita. Kalau nak beli rumah cash x pasti macam mana.
Sy bersyukur pd usia sy 24 tahun sy dah adarumah & kereta yg sy impikan. Beruntung sgt di saat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah sy dah tahu. & sy harap anda semua berjaya beli rumah yg anda nak dgn perkongsian sy ni. Kalau ade dokumen yg tak paham atau tak tahu tu boleh lah tanya saya jgn segan ye.
Ada kala kita tidak perasan ada benda yang boleh memudahkan dan menjadikan kerja itu lebih nampak mudah. Untuk menjadi hebat di dapur, anda perlu tahu trik yang tidak diberitahu kepada umum dalam buku.
VK cuba berikan beberapa trik yang pastinya menjadikan anda hebat!
Bawang putih lebih mudah dikupas
Masukkan bawang putih ke dalam mikrowave selama 20 saat. Cuba kupas. Mesti lebih mudah kerana kulitnya sudah meregang daripada bawang itu.
Cara mudah kupas halia
Selalu anda kupas halia gunakan pisau ke? Cuba kali ini tukar gunakan sudu makan. Seretkan sudu makan ke atas halia dan lihatlah kulit halia lebih mudah terkupas dan tidak menghiris halia itu.
Gril ikan tanpa melekat di kuali pemanggang
Apabila memanggang ikan di atas kuali pemanggang, selalunya ikan akan melekat. Jadi letakkan hirisan lemon di atas kuali dan letakkan ikan di atas hirisan lemon itu.
Elak piza kering dipanaskan dalam mikrowave
Letakkan piza di atas pinggan dan masukkan sekali segelas air. Panaskan macam biasa. Piza tidak akan kering sebaliknya lembut walaupun panas.
Elak pedih mata kala kupas bawang merah
Selalu ketika kupas bawang merah, mata kita terasa pedihnya. Cara nak elak perkara ini berlaku adalah masukkan bawang merah ke dalam tempat pembeku di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas. Tidak lagi memedihkan mata.
Supaya daging tetap berjus lepas dibakar
Ketika membakar daging atas kuali pemanggang, letakkan air ketul. Jadi daging akan masak tetapi tetap berjus. Tidaklah nanti anda makan daging yang kering.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...