Ramai yang tanam pokok cili di rumah. Pokok ini memang mudah untuk hidup tapi masalahnya ia selalu diserang penyakit dan serangga perosak walaupun dah melakukan penjagaan yang diperlukan.
Sebenarnya bagi mengelakkan pokok cili ini diserang penyakit dan serangga perosak ada beberapa perkara lain lagi yang perlu kita perhatikan selain penjagaan biasa. Mungkin perkara ini yang kita terlepas pandang hingga menyebabkan pokok cili asyik kena penyakit dan serangan perosak.
Perkara ini dikongsi oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun (CK). Ikuti juga tip daripada beliau untuk memastikan pokok cili subur dan bebas dari serangan perosak dan penyakit.
Tip tanam pokok cili dari kena penyakit berterusan
Pokok cili atau cabai ini memang banyak serangga yang suka dan serang, jika kita tidak jaga dari awal pokok akan rosak(kerinting) dan buah tidak keluar lebat(pucuk terbantut).
Ads
Ramai penanam cili di kawasan rumah sukar untuk jaga pokok cili ini sentiasa sihat dan keluar hasil yang berterusan.
Tip ini CK nak kongsi supaya kita boleh tanam cili dan hasilnya akan dapat banyak dan pokok sentiasa sihat.
Ads
1. Seeloknya sebelum tanam cili buat kawalan serangga dahulu, cari ubat untuk buat semburan awal dari tanah yang nak tanam, persekitaran dan pokok-pokok yang ada berdektan dengan cili nanti.
2. Semasa proses semaian, buat semaian dalam mini greenhouse yang ada netting kalis serangga atau plastik di sekeliling. Semasa proses semaian juga buat semburan serangga dan kulat secara konsisten 2 minggu sekali.
Ads
3. Elakkan tanam pokok cili di tempat yang sama berulang kali, buat giliran tanaman bila mana habis satu pusingan tanam cili, habis cili tanam jenis kekacang pulak.
Tujuannya untuk atasi masalah serangga perosak terus membiak pada tanaman cili sehingga kita tidak mampu mengawalnya lagi.
Boleh cuba tip ini supaya pokok cili tidak menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga akhirnya akan merosakkan tanaman lain pula.
Dessert berasas cream cheese memang sedap dan ramai peminat. Tapi harganya kalau beli boleh tahan juga.
Cuma kalau nak jimat bolehlah usahakan buat sendiri cream cheese ini. Boleh cuba perkongsian daripada Chesu Riani ini.
Cara buat cream cheese homemade
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung + 3 cawan air (Susu tepung Fernleaf full cream) ATAU 1 liter fresh milk
4 sudu cuka makan/ jus lemon
Sedikit garam
Langkah membuat
1. Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
2. Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja. Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah lagi sikit cuka pada bahagian itu supaya berketul.
3. Tapis cheese. Cecair yg tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (saya guna dalam kari).
4. Lalukan cheese yang masih dalam penapis di bawah air sekejap utk kurangkan rasa masam cuka. Kemudian biarkan air betul-betul kering dari cheese tadi.
5. Bila dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.
8. Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan utk pelbagai resipi.
Selalu bila karpet kotor kita akan hantar saja ke kedai, susah kot nak basuh sendiri!
Tapi sebenarnya kita boleh saja basuh sendiri karpet yang kotor ni, dan caranya cukup mudah. Hanya guna mop, garam serta Dettol!
Tip ini dikongsi oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil yang mendapat perkongsian tersebut daripada seorang pembantu rumah apa bila melihat wanita itu mengelap karpet dengan mop.
Ia dilakukan selepas memvakum agar karpet bukan saja bebas habuk tapi juga kotoran. Karpet nampak macam karpet baru malah berbau segar.
Bahan yang diperlukan:
Mop (jika boleh beli baru)
Air secukupnya
2 sudu garam
1 penutup Pure Detol
Cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
2. Apabila air dah mendidih curah dalam baldi mop dan letak garam dan juga Pure Dettol.
3. Perah mop sekuat hati, sampai tiada air menitis.
4. Kemudian mop karpet dengan menekan-nekan karpet (tenyeh).
5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat tanda kotoran. Selepas itu biarkan karpet kering.
Pergi rumah rakan, tengok lantai rumahnya bukan saja bersih, paling mengujakan ia nampak berkilat. Kita pun mop juga lantai setiap minggu tapi tak pulak berkilat. Mesti ada tertanya-tanya macam mana nak dapatkan kesan lantai yang begini.
Lantai bersih berkilat tak semata guna cecair pencuci, kena bancuh guna beberapa bahan lain. Dikongsi oleh oleh Roz_8492 beliau menunjukkan cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai yang bersih berkilat namun tak melekit.
Bancuh air panas dengan 3 bahan ini
Menurut beliau untuk mengemop lantai dia menggunakan air panas bersama tiga lagi bahan yang dituang sekali dalam baldi iaitu cecair pencuci lantai, cuka dan juga soda bikarbonat. Caranya;
1. Panaskan air dan tuang dalam baldi.
2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (hanya sedikit saja supaya tak berbau masam) dan soda bikarbobonat.
3. Basahkan mop dan perah, kemudian bolehlah mop lantai sehingga nampak bersih dan berkilat. Hasilnya lantai akan bersih berkilat namun tak melekit.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...