
Isi Kandungan
Toggle
Kaum wanita cukup menekankan perihal kecantikan. Tapi kebanyakannya tertumpu pada wajah.
Bahagian lain terutama kaki sering kali diabaikan. Sebab itu ada terdengar orang berkata muka cantik tapi kaki berkerak.
Kalau tak mahu orang lain cakap ayat ni pada kita ya maka praktikan rutin penjagaan kaki ini. Mudah je pun.
Bahan yang diperlukan
- Berus kaki 4 dalam 1
- Skrub
Langkah 1
Sapukan skrub pada tumit kaki.
Langkah 2
Gosok berus pada tumit dengan rata.
Langkah 3
Berus juga bahagian atas kaki
Langkah 4
Ulang langkah yang sama pada sebelah lagi kaki. Kemudian boleh dibasuh.
Senang jer kan langkah dia. Boleh akhiri langkah ini dengan menyapu losyen pelembap pada kaki. Selamat mencuba.
Dari Biar Tumbuh Lalang, Beli Bata & Susun, Tak Guna Simen Pun. Boleh Jadi Ruang Lepak

Isi Kandungan
ToggleKalau duduk rumah teres selalunya akan ada sedikit ruang sama ada di depan atau belakang rumah. Ada pemilik yang sambung rumah atau jadikan tempat bercucuk tanam.
Tapi ramai juga yang biarkan saja ruang ini tumbuh lalang dan rumput. Nak upah orang simen, sikit sangat tak berbaloi. Nak bancuh dan simen sendiri tak pandai pula.
Kalau dah begitu, mungkin kita boleh ikut idea dari Ady ZM. Tak perlu simen bagai, cuma beli bata dan susun. Siap! Kalau luas boleh buat tempat rehat petang hari. Cantik pun cantik.
Modal bata 1 pallet, kos RM150
Katanya modal cuma beli bata 1 pallet, bersamaan 600 biji bata. Kos dalam RM150 saja. Tambahan modal kena ada sikit kerajinan.
1. Bersihkan dulu rumput dan lalang, kawasan belakang rumah Ady ZM ini luasnya lebih kurang 10×22.
2. Boleh juga jika nak ratakan atau tambak dengan pasir dulu.
3. Kemudian boleh terus susun bata yang dibeli ikut kreativiti. Tak perlu guna simen, susun saja.
4. Untuk bata bahagian tepi, boleh ketuk dengan tukul kalau terlebih besar. Susun bata ini cuma ambil masa setengah hari saja.
5. Kalau ada bajet boleh beli payung dan kerusi, boleh jadi tempat rehat atau barbeku.
6. Lebihan bata boleh susun untuk jadi tempat letak pasu bunga. Siap!
Jangan lupa beli penutup longkang tu sekali.
Selamat mencuba!
Sumber: Ady ZM
Cara Buat Sambal Belacan Yang Sedap Macam Di Kedai Siam. Pedas, Manis, Masam, Cukup Rasa

Kita memang biasa buat sambal belacan di rumah tapi bila makan di kedai Siam atau restoren Thai rasa sambalnya lebih sedap. Cukup rasa pedas, masam dan manisnya.
Cuma bila kita buat di rumah rasanya tak sama. Bagi yang suka sangat dengan sambal di kedai Siam boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi dikongsi oleh Afy Al Habibi.
Cara buat sambal belacan kedai Siam
Sediakan bahan-bahan di bawah:
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
Secubit dua ajino
Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
TIP: Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.
3. Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
INFO: Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan, tak bakar macam sebelum ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Afy AL Habibi
Jangan Terpedaya Tawaran Beli Tanah Lot Harga Murah. Kemungkinan Besar Lot Lidi, Tanah Takkan Jadi Milik Kita!

Isi Kandungan
Toggle
Kalau diperhatikan sekarang banyak iklan digantung tepi jalan yang menyatakan mahu menjual tanah lot pada murah. Selalunya kawasan tanah kampung atau pinggir bandar
Beli tanah ini dan bina rumah! Ramai yang fikir begini tapi hati-hati ya, selidik betul-betul. Jangan terus teruja dengan tawaran harga murah ini. Dibimbangi ia adalah tanah lot lidi yang berisiko menyusahkan anda nanti. Kalau terbeli tanah lot lidi tanah ini, dah bayar habis pun ia takkan jadi milik kita sepenuhnya.
Perkara ini dikongsi oleh Perunding Hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad. Ikuti penjelasan beliau berdasarkan pengalamannya.
Jangan terpedaya beli tanah harga murah
RUMAH CANTIK, TAPI?
Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya.
Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam.
Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena.
Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000.
Dalam iklan yang ditawarkan, bunglow ini hanya pada harga RM165,000 sahaja.
“Dulu dia janji masukkan nama dalam geran,”ceritanya laju.
Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina atas Lot Lidi kita sebut. Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan.
Penjual bila pembeli dah seronok dan bina bangunan, akan mintak duit lagi nanti nak tukar status atau pecah lot dan sebagainya.
“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.
Nampak permainan mereka? Ramai yang gila beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.
“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.
“Orang kampung jual, murah murah. Saya buat personal loan senang bang”.
Elak beli lot lidi
Saya dah banyak kali tulis, kelemahan Lot Lidi ini kawan. Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.
1. Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tak berlaku.
2. Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli?.
3. Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.
4.Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tiada nilai?
5. Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.
6. Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.
7. Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah Di bawah Kanun Tanah Negara.
“Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang,”ceritanya semalam.
Rumah takkan jadi milik kita sepenuhnya
Kawan kawan,
Hindari membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini. Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.
“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”.
Lebihkan hati hati agar tak jadi mangsa tipu nanti. Dikampung banyak kisah begini.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azizul Azli Ahmad