
Memandu pada waktu hujan memang memerlukan lebih perhatian. Tapi fokus kita mungkin terjejas akibat daripada wiper yang tak berfungsi dengan baik.
Ini berlaku kerana wiper sudah perlu ditukar namun masih kita gunakan. Supaya tak menjejaskan keselamatan sewaktu memandu ketika hujan, perkongsian oleh James Alatin boleh jadi panduan.
4 tanda wiper kereta dah tak boleh guna, perlu ditukar
1. Wiper ‘melompat’ bila dibuka.
2. Ada nampak coretan pada cermin bila wiper berfungsi.
3. Nampak kesan pecah-pecah pada cermin, tanda wiper dah tak rata.
4. Bila buka wiper ada bunyi memekik atau bising.
Boleh juga tonton video dari James Alatin ini untuk lebih jelas.
@james_alatin Masa Untuk Tukar Wiper #james_alatin#Alatin #TikTokGuru #windowfilm #learnontiktok #carmalaysia #education #tiktokmalaysia #tinted #tahukahanda#fypシ ♬ original sound – James_Alatin
Kalau dah ada tanda-tanda di atas boleh tukar ya.
Sumber: James Alatin
Lelaki Ini Kongsi 3 Tip Mudah Jimat Bil Elektrik Di Rumah, Sehari Tak Sampai RM2. Salah Satu Guna Timer

Kebelakangan ini ramai yang mengeluh tentang peningkatan bil elektrik terutama yang berkeluarga. Ada yang mencecah hingga RM300 sebulan walaupun menggunakan alat elektrik asas.
Bagi yang mencari-cari tip untuk mengurangkan bil elektrik perkongsian dari Fikri Azhar ini boleh dijadikan panduan.
Dengan penggunaan alat elektrik yang kebiasaannya ada di kebanyakan rumah, bil paling tinggi yang diterima hanya RM90 sebulan. Manakala kadar harian penggunaan elektrik sekitar RM1.50- RM2.30 untuk hari bekerja.
Ujarnya tip yang dipraktikkan adalah amalkan tutup suis untuk setiap alatan elektrik bila tak digunakan. Dalam pada itu penggunaan alat elektrik inverter serta timer juga membantu.
Berikut adalah perkongsian beliau.
Sebelum ini saya suka membaca tip yang orang share untuk jimatkan penggunaan eletrik. Terbukti ada kurang bil bulanan.
Saya share penggunaan rumah saya. Dalam rumah ada 4 orang (dua dewasa dan dua anak umur 4 tahun dan 1 tahun);
1. Aircond 1hp inverter 4 star( penggunaan dari 8 malam sampai 7 pagi, kalau Sabtu Ahad sampai pukul 9 malam -10 pagi)
2. Peti sejuk invreter 4 star (on 24 jam)
3. Freeze 5 star ( on 24 jam)
4. Penapis air (Coway, on pukul 5 petang- 12 malam, 12 malam off hingga 5 pagi, on 5 pagi hingga 8 pagi, off 8 pagi hingga 5 petang) Guna timer smart plug boleh monitar penggunaan eletrik.
5. Mesin basuh guna 2 hari sekali
6. Microwave dan air fryer ( guna bila perlu)
7. TV (3 star, on malam pukul 8 sampai 12)
8. Kipas 5 buah, semua 5 star (on bila perlu sahaja)
9. Lampu semua LED (guna yang kwh rendah, on bila perlu sahaja. Satu lampu saja on dari 7 malam- 7 pagi) On 7 malam sampai 7 pagi, yang ini guna smart plug timer boleh monitor penggunan elektrik.
Sehari penggunaan bil elektrik pada hari bekerja dalam RM1.50-RM2.30. Kalau waktu cuti sabtu ahad RM3.00- RM3.50.
Cara yang dipraktikkan
- Bil setakat ini paling tinggi RM90. Bila saya amalkan dah guna alat eletrik saya akan offkan suis( tak cabut plug) kadang-kadang makin berkurang RM70-80.
- Alat elektrik yang 24 jam guna saya beli jenis inverter. Sebab pernah guna yang non inveter bil letrik sebulan RM200-RM250. Ada rezeki beli rumah, terus tukar kepada alat elektrik inverter, 4 atau 5 star dan LED yang kwh rendah.
- Penggunaan timer wifi yang saya guna pada penapis air sangat membantu jimatkan elektrik. On bila perlu sahaja.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Fikri Azhar Via Facebook Tukang Apa Hari Ini
Panduan Jika Masih Guna Kereta Lama Lebih 15 Tahun, Enam Perkara Ini Kena Beri Perhatian

Ramai kalangan kita yang menggunakan kereta yang sudah lebih 10 tahun malah 15 tahun. Sepadan dengan usia, memang ada masanya kereta lama ini akan timbul masalah. Namun banyak juga kereta lebih sedekad ini masih elok dan boleh terus digunakan.
Cuma yang penting kepada pemilik kereta lama terutama yang lebih 15 tahun kena sensitif kepada ‘kelainan’ yang dirasai apabila memandu kereta. Demikian pesanan Fadil Mohd Yusof yang berkongsi cara beliau menjaga kereta berusia 23 tahun namun masih dalam keadaan baik.
“Memiliki kereta lama yang lebih 15 tahun, hati perlu kental dan pemilik perlu sensitif dengan sebarang “rasa yang lain” pada kereta. Kelisa saya buatan tahun 2001. Tahun ini sudah 23 tahun. Saya “lenjan” setiap hari,”ujar beliau.
Kata Fadil berikut adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian kepada pemilik kereta lama agar keadaan kenderaan ini dalam keadaan baik.
1) Radiator & radiator top cover
Radiator sekarang bukan semuanya besi. Ada bahagian dibuat dengan plastik. Setiap 3-4 tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik atas radiator.
Saya pernah bertangguh untuk tukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120km/h, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah. Mujur hanya perlu lakukan “top overhaul”. Jika nasib tak baik, perlu tukar enjin. Radiator juga perlu dicuci jika sudah nampak berkarat.

2) Timing belt & air cond belt
Ia perlu tukar ikut saranan pengeluar. Biasanya 100,000 km. Jika kereta sudah 9-10 tahun dan batuan belum sampai 100,000km, sebaiknya tukar. Jika putus di tengah jalan, kita akan keluar kos yang tinggi.
3) Minyak power steering & minyak brek
Tukar setiap 5 tahun sekali atau bila minyak sudah bertukar warna merah kehitaman. Warna asal kuning cair.
4) Sistem penghawa dingin
Buat full service 2 atau 3 tahun sekali.
5) Minyak gear box
Tukar setiap 40,000-80,000 km. Ikut saranan pengeluar. Jika tidak sampai batuan, tukar setiap 2@3 tahun sekali.
6) Insurans
Ini paling penting. Bila tiba masa perbaharui insurans, ambil pakej “unlimited towing”. Hanya perlu tambah dalam RM100 dari insurams asal. Bila kita pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta kita akan rosak.
Dengan “unlimited towing”, kita tidak perlu risau bila kereta rosak di tengah jalan. Hati pun tenang, tidak perlu risau fikirkan kos tarik kereta.
Masing-masing punya pilihan. Tidak mahu pening kepala, beli sahaja kereta baru.
Sekurang-kurangnya, tidak perlu pening kepala untuk baiki kerosakan kereta. Hanya perlu hadap bayaran ansuran bulanan.
Sumber: Fadil Mohd Yusof
Selamat Tinggal Lengan Besar & Menggeleber! Cuma Buat 6 Gerakan Mudah Ini Setiap Hari

Isi Kandungan
Toggle
Saiz baju dah muat, tiba -tiba tang lengan tak lepas atau ketat. Alahai tensennya. Tapi itulah hakikatnya, selain peha masalah lengan besar dan menggeleber juga sering menghantui wanita.
Kalau dah berdepan situasi ini, eloklah berbuat sesuatu. Caranya buat 6 gerakan ini setiap hari supaya kita boleh ucap selamat tinggal pada lengan besar berlemak itu.
GERAKAN 1
GERAKAN 2
GERAKAN 3
GERAKAN 4
GERAKAN 5
GERAKAN 6
Selain gerakan ini kenalah juga jaga pemakanan ya supaya lebih berkesan. Selamat mencuba
Sumber: Mingguan Wanita