
Isi Kandungan
Toggle
Rumah mana yang tak pakai extension plug/socket. Setiap kediaman malah pejabat pasti ada untuk memudahkan penggunaan kelengkapan elektrik.
Tapi awas ya, jangan sembarangan guna. Elak daripada membeli atau menggunakan lima jenis extension plug yang disenaraikan di bawah.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
1. Jenama: Remax, Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604
4. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T06
5. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T08
Sumber: World Of Buzz
Beli Kangkung Pilih Yang Berakar, Boleh Kerat Dan Tanam Semula. Lagi Cepat Besar & Tuai Hasil

Dah beli kangkung, pangkal yang ada akar jangan buang. Kita tanam pulak supaya tak perlu beli lagi kangkung.
Selain dari guna biji benih, kangkung juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang sebegini. Kelebihan tanam kangkung cara ini ia lebih cepat membesar dan cepat tuai hasil. Malah cara penanamannya juga mudah.
1. Ambil kangkung dan potong bahagian pangkal yang berakar. Jika panjang boleh potong sedikit akarnya.
2. Kemudian boleh buat lubang dan terus tanam sama ada di atas batas ataupun dalam pasu. Sebaiknya ada jarak supaya pokok senang membesar.
3. Pastikan tanam sentiasa lembap kerana kangkung memang suka air. Tanam kangkung kaedah ini lebih mudah dan cepat tumbuh dari tanam biji.
4. Kangkung ini biasa boleh dituai antara 28-35 hari selepas tanam.
5. Waktu tuai kangkung ini, jangan terus cabut. Boleh potong saja dan kangkung akan bercambah lagi.
Info: Selain kangkung, bayam, sawi juga boleh ditanam mengikut kaedah ini.
Selamat mencuba.
Sumber: Jatye Atie Christie
Setiap Kali Basuh Ikan, Simpan Air Basuhan Untuk Siram Pada Tanaman. Inilah Baja Organik Paling Banyak Khasiat

Setiap kali basuh ikan, simpan air basuhannya jika bercucuk tanam. Ini sebenarnya baja organik paling banyak khasiat untuk kesuburan tanaman.
Pokok kunyit ini antara hasil air basuhan ikan. Elok lebar dan subur daunnya. Cara penggunaannya pun mudah sangat, siram saja pada pokok.

Perkongsian tentang khasiat air basuhan ikan ini dijelaskan oleh Zaitun Hamid yang turut mempraktikkannya untuk tanamannya.
Ini ialah air basuhan ikan …Setiap kali lepas siang ikan saya akan simpan airnya untuk dijadikan baja organik. Petua ini saya dapat dari arwah ayah dan mak yang selalu jadikan air basuhan ikan sebagai baja pokok.
Alhamdulillah pokok tumbuh subur selepas disiram dengan air basuhan ikan. Sangat rugi kalau kita buang air tersebut begitu sahaja. Kerana, unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.
Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan. Setiap kali siang ikan, kita simpan dalam bekas siraman. Apabila waktu petang, kita boleh siram kepada tanaman.
Siram tanaman dengan air basuhan ikan waktu petang
Kenapa waktu petang? Pagi sehingga tengah hari merupakan waktu pokok aktif melakukan fotosintesis.
Jadi selepas dari waktu itu, keperluan harian tanaman telah mencukupi. Sebab itu, petua orang-orang tua kalau nak pindah kan pokok, lakukan di waktu petang supaya pokok tak terkejut.
Lagi pun dah nak menjelang senja ke malam, pokok dah mula tidur. Baru lah ia mudah stabil selepas dipindahkan.
INFO
Baja air ikan ini ada baik buruknya, ada kawasan tidak bermasalah menggunakan nya dan ada kawasan akan menghadapi masalah semut,lalat,tikus dan beberapa masalah lagi,boleh cuba sedikit dulu dikawasan tertentu, jika ok teruskan jika tidak abaikan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zaitun Hamid
Tip Mudah & Jimat Supaya Satu Rumah Sentiasa Bau Harum, Guna Cecair Pelembut Fabrik Saja

Isi Kandungan
Toggle
Rumah dah deko cantik, kemas tapi bau pulak tak best. Jadi boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Aien Suraya ini untuk memastikan rumah kekal wangi.
Selain mengharumkan kediaman tip yang dikongsi ini juga berguna untuk bersihkan ruang rumah dan memastikan habuk tak melekat.
1. Rumah wangi, habuk tak melekat pada perabot
Bahan-bahan:
1 penutup pelembut fabrik (klik SINI untuk beli)
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Lantai berkilat, satu rumah bau harum
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-bahan:
1 penutup pencuci lantai (klik SINI untuk beli)
Beberapa titis cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. DIY pewangi rumah guna cecair pelembut fabrik
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-bahan:
1 penutup pelembut fabrik (klik SINI untuk beli)
Beberapa titis cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur, baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan bilik air
Bahan-bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Sumber: Aien Suraya