Awal tahun ini ramai antara kita yang punya azam untuk membuat simpanan. Selain menyimpan di Tabung Haji dan juga beberapa institusi perbankjan lain, ASB Financing juga antara kaedah yang selalu disebut.
Betul ke? Jangan kerana tengok kawan buat, kita pun ikut sedangkan ia tak sesuai dengan kewangan kita.
Menyedari ramai yang belum fahan tentang ASB Financing ini, penasihat kewangan Azmir Harif menyenaraikan 5 perkara tentang ASB Financing untuk membuka mata kita. Berikut adalah perkongsian beliau.
5 perkara asas kena tahu
Aku tengok ramai sangat kena kencing pasal ASB financing/loan ni, meh aku bagitau 5 perkara asas yg korg perlu tau untuk elak ditipu
1. Kena tau apa beza ASB financing dan ASB Loan
ASB financing ni islamik dan patuh syariah, manakala ASB loan ni dia conventional. Hala tuju duit dijamin. So yg muslim tu, better amik yg islamik, dah banyak bank buat patuh syariah ni, jenuh nak jawab
kat akhirat nanti.
2. Kadar keuntungan vs kadar dividen
Apa benda ni?
Ads
– Kadar keuntungan ialah kadar peratus yg bank akan caj dari total pinjaman ASB korang (cari nilai yg paling rendah) lagi rendah, lagi untung la korg
– Kadar dividen ialah kadar peratus keuntungan yg korg akan dpt dari Simpanan ASB,(purata 7%) tapi tak tentu jugak sebab haritu turun (tapi korang tetap akan untung selagi tiada penurunan drastik yg mana sukar untuk berlaku)
3. Amount dan tempoh pinjaman
Selalu jumpa thread mcm ni kan?
“NAK BELI KERETA DAN KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN? AYUH MAKSIMUM KAN PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM200K, ,LEPAS 3 TAHUN ANDA DAPAT KAHWIN DAN BELI RUMAH SEKALIGUS”
Ni semua bullshit la guys! Aku tak tau la macam mana korang boleh percaya, last-last korang tak akan mampu nak bayar sebab gaji tak cukup dan komitmen tinggi sangat. Nak buat loan kereta/rumah pun sangkut
Ads
Untuk amount, korang tak perlu la start terus nak up buat banyak-banyak, start dengan RM50k dulu, ataupun max jgn lebih RM100K , yg mana bulanan dlm RM250++ dan RM500++ (purata). *Jangan mudah terpedaya dgn muslihat sesetengah pihak
Untuk tempoh pinjaman tu, tarik panjang pun tiada masalah, sebab korag nak menyimpan, bukan nak melabur, menyimpan kena lama, bukan simpan hari ni esok dapat hasil dah, (seeloknya max sampai 30 tahun je)
4- Pengiraan
Pengiraan ni penting! Senang cerita terbahagi kepada 3 jenis pengiraan yg penting iaitu pengiraan:
– Bayaran bulanan
– Nilai serahan (surrender value)
– Kadar dividen peroleh setiap tahun
Ads
Pengiraan ni korag boleh je google untuk tahu lebih lanjut, tengok youtube pun boleh
5- Kemampuan
Korang kena tahu tahap kewangan masing-masing, jangan pernah samakan dgn rakan lain, kalau mampu RM200, buat sahaja yg bayaran bulanan RM200. Lain org lain jumlah komitmen bulanannya
Yg paling penting, korang jgn la mudah terpedaya dgn muslihat yg suruh maksimumkan pinjaman untuk dapat keuntungan banyak. MENGARUT!
Ambil tahu secara keseluruhan dari segi pengiraan,keuntungan, risiko kerugian dan maklumat terperinci sebelum mula buat.
Antara tanaman yang biasa ditanam di kediaman adalah pokok kesum. Selain tanam dalam tanah atau pasu, kesum juga boleh ditanam melalui kaedah rendaman air saja.
Cara ini memang lagi mudah, malah pokok kesum akan subur merimbun jika dijaga dengan betul. Disebabkan mudah, ramai yang cuba tanam melalui kaedah ini.
Tapi masalah yang kerap dihadapi bila tanam dalam air adalah lama kelamaan daunnya mula menguning dan gugur hingga akhirnya layu dan mati. Sudahnya kita pun kecewa.
Tip tanam pokok kesum dalam air, guna botol/ balang lutsinar
Bagi yang tanam kesum guna kaedah rendaman air mungkin boleh praktikkan tip dan cara yang dikongsi oleh Nur Izzah Mahmud.
Dia menanam pokok kesum dalam balang dan botol lutsinar. Kalau dilihat hasilnya memang memberangsangkan. Daun elok subur, akar pun meriah.
Berikut adalah beberapa cara penanaman dan tip yang dikongsi;
1. Pilih dahan pokok kesum yang segar dari pokok induk dan kerat.
2. Sediakan botol/balang lutsinar sama ada plastik atau kaca.
3. Buang daun-daun di bahagian bawah dan rendam pokok kesum dalam botol berisi air. Guna air paip saja, paras air boleh rujuk gambar di bawah.
4. Letak pokok kesum yang direndam di tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan cahaya matahari terus.
5. Saya guna balang lutsinar ini supaya mudah nampak kalau ada jentik-jentik. Tapi setakat ini belum ada lagi.
6. Tambah air jika nampak dah surut. Tak perlu tukar air hari-hari. Setakat 2-3 minggu air masih elok jernih. Kalau mula nampak hijau cuci balang atau bekas saja.
7. Dalam tempoh sebulan selepas tanam, pokok kesum ini tak perlu diletakkan baja lagi. Selepas tempoh sebulan bolehlah letak baja AB atau NPK 15.
Tapi jika berhasrat nak pindahkan pokok kesum ini ke tanah tak perlu letak baja, boleh terus tanam dalam pasu atau ke tanah. Boleh guna media tanah campuran kelapa sawit dan cocopeat.
Inilah hasil pokok kesum yang direndam dan dipindahkan ke pasu selepas banyak akar.
Tip supaya pokok kesum kekal merimbun
Pokok kena selalu kerat atau trim. Tinggalkan sejengkal dari pasu/botol saja. Bila pokok kesum sudah tinggi, dan keluar bunga itu tanda pokok sudah tua. Jika tak dikerat atau trim, ia tidak bercambah, kuning dan lama kelamaan pokok layu dan mati.
Selamat mencuba!
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Kekerapan kita menggunakan telefon pintar membuatkan kebanyakan daripada kita wajib membawa power bank setiap kali keluar dari rumah.
Keperluan itu menyebabkan hadir banyak jenama power bank di pasaran. Namun begitu kita perlu hati-hati memilih power bank sebelum membelinya apatah lagi ada beberapa kali kejadian power bank meletup berlaku.
Berikut adalah tip untuk pilih power bank dipetik dari laman Sifu Power Bank.
10 Tip Pilih Power Bank
1) Jenama
Ini amat penting kerana jenama akan menentukan tahap kualiti & fungsi sesuatu power bank. Di Malaysia, banyak jenama power bank yang muncul. Ada yang baik dam ada juga jenama yang meragukan (@ powerbank tiruan). Antara brand yang dicadangkan berdasarkan pengalaman saya adalah power bank dari jenama Pineng. 100% pelanggan saya berpuas hati dengan kualiti dan ketahanannya.
2) Pengeluar / Pengilang
Buat kajian terlebih dahulu kepada brand yang anda cadang nak beli. Rujuk website syarikat mereka dan maklumat-maklumat terkini untuk mengetahui bahawa syarikat tersebut memiliki kepakaran dalam bidang industri bateri atau tidak. Ini sangat penting untuk mengelakkan anda terbeli power bank dari syarikat yang tidak WUJUD /power bank tiruan.
3) Kualiti
Periksa kualiti dengan buat kajian / baca komen-komen pengguna lain yang sudah menggunakan sesuatu jenama power bank tersebut. Kualiti ini juga menentukan prestasi power bank anda adakah dapat memberi kesan terhadap kepantasan dan ketepatan bagi memenuhkan bateri phone / tablet anda.
4) Ciri Khas
Ada pengeluar power bank yang menambah ciri-ciri unik pada power bank mereka supaya jenama mereka dapat bersaing dengan jenama power bank yang lain. Pengguna yang bijak akan memilih power bank yang mempunyai nilai-ilai tambah seperti ada fungsi torch light , LCD display, high quality USB cable dan sebagainya. Tetapi, pilih dengan berhati-hati supaya aksesori tersebut tidak mengganggu fungsi sebenar power bank anda.
5) Kapasiti
Startegi perniagaan power bank di pasaran ialah mengumpan pengguna untuk membeli power bank dengan kapasiti yang besar tetapi di jual pada harga yang sangat MURAH. Jadi amat penting untuk anda bijak memilih kapasiti bateri yang bersesuaian dengan model smartphone anda. Jangan beli kapasiti besar dan berat, tapi anda hanya guna sekali jer dalam sehari.Tak berbaloi dengan duit yang anda keluarkan.
6) Jaminan
Bagi tujuan keselamatan, cuba pilih power bank yang menawarkan tempoh jaminan paling kurang untuk satu tahun. Semasa pembelian power ban tersebut, sila dapatkan details dari penjual / pengedar anda dari segi terma dan syarat untuk claim warranty supaya anda boleh menghantar power bank yang rosak tersebut dalam tempoh jaminan jika terdapat sebarang masalah.
7) Model
Terdapat banyak model-model power bank di pasaran sekarang. Jadi, anda perlu pilih dengan mengambil kira warna, bentuk, berat , kelebihan, aksesori tambahan dan warranty. Jangan hanya pilih power bank atas sebab harga murah sahaja.
8) Jenis bateri
Ada 2 jenis bateri yang di gunakan untuk menghasilkan sesebuah power bank iaitu bateri dari jenis Lithium Ion dan Lithium Polymer. Disarankan anda untuk memilih power bank yang di buat dari jenis bateri Lithium Polymer di mana bateri jenis ini lebih tahan lasak, tahan suhu tinggi, lebih ringan dan tidak mudah meletup.
9) Kapasiti Output
Perhatikan pada USB output pada sesebuah model power bank yang anda nak beli. Ada model / brand yang mempunyai satu USB port sahaja dan ada yang menawarkan 2 USB port yang membolehkan anda mengecas 2 phone serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaannya untuk model power bank yang ada 2 USB output, ia akan menawarkan output 5V 1.0A dan 5V 2.1A.
10) Indicator
Pilih power bank yang mempunyai LCD Digital display berbanding LED indicator yang dah lapuk kerana dengan LCD digital tersebut, anda akan lebih mudah untuk mengetahui berapakah baki kuasa bateri power bank anda dengan lebih TEPAT.
Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti bila masa mereka berehat rasanya ramai yang ambil masa untuk berfikir.
Sebabnya, mereka tiada masa untuk berehat. Apa tidaknya lepas seharian di tempat kerja, kebanyakannya akan kelam kabut pulang mengambil anak dari sekolah, rumah pengasuh atau pun taska.
Sampai di rumah tak sempat tukar baju kaum ibu terus ke dapur menyiapkan makanan anak. Kemudian menyiapkan makanan seterusnya melakukan kerja rumah yang tak berkesudahan.
Walau pun bahagia melakukannya demi insan tersayang tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat.
Ini tanda sebenarnya ibu sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
1. Mudah lupa
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
2. Tak peduli
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
3. Tidur tak lena
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
4. Mudah marah
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
5. Hilang keseimbangan
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
6. Mengeluh wajah kusam
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
7. Tak fokus
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
8. Mudah tertidur
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...