Selalu bila dekat nak raya baru kita hantar kedai untuk bersih barang kemas, sekarang bolehlah ambil masa untuk kilatkan semula rantai, gelang dan cincin emas yang ada. Hari- hari pakai, dah tentu nampak kusam kan. Buat sendiri saja sebab petuanya mudah sangat.
1. Ubat gigi
Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.
Ads
2. Air asam jawa
Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.
3. Guna air teh
Ads
Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.
4. Air panas
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
Ads
5. Cecair pencuci pinggan
Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.
Bagi memastikan tanaman yang kita tanam di rumah subur, faktor tanah atau media cukup penting. Selalunya kita guna tanah campuran yang kita beli terus di nurseri. Tanah jenis ini memang membantu tanaman kita subur.
Tapi daripada beli apa kata kita buat sendiri tanah campuran ini. Lagi jimat dan cara menyediakannya juga mudah. Bagi yang banyak bercucuk tanam boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah untuk membuatnya.
Cara buat tanah campuran yang paling mudah
Nisbah untuk buat tanah campuran ini tiada yang tepat sebenarnya, sebab ia bergantung kepada jenis dan tekstur tanah top soil tersebut.
Kebiasaan yang selalu saya buat adalah nisbah 2:1:1 dan 1:1:1. Yang saya ajar ini adalah nisbah 2:1:1. Ianya bermaksud 2 bahagian tanah top soil, 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik.
Ini bahan-bahan yang digunakan:
Tanah top soil
Pasir halus (nak guna cocopeat pun boleh)
Tinja lembu kering (nak guna bokashi, kompos atau lain-lain bahan organik pun boleh)
EM atau Plant Booster
Cara membuat:
1. Ambil 2 bahagian tanah top soil. Tanah ini saya ambil depan rumah saja.
2. Ambil 1 bahagian pasir halus. Ini pasir lebihan buat pagar rumah.
3. Ambil 1 bahagian tinja lembu kering. Pastikan ianya dah betul-betul kering (boleh juga guna tinja ayam, kambing bokashi atau kompos).
4. Gaulkan ke 3-3 bahan tadi hingga sebati.
5. Isikan campuran yang dah siap di dalam bekas tanaman yang kita nak guna. Saya guna tong cat terpakai saja.
6. Siram tanah campuran tadi dengan plant booster atau EM. Kadar pencairan adalah 15-20 ml untuk 1 liter air. Saya siram lebih kurang 2 liter untuk satu tong cat.
7. Jika tak ada EM atau Plant Booster, tak jadi masalah. Siram saja dengan air kosong.
8. Biarkan tanah selama satu minggu. Lepas satu minggu boleh tanam dengan pokok yang kita suka.
9. Media campuran yang lebih, saya simpan dalam tong sampah hitam sebagai stok. Tutup dan simpan ditempat redup. 2 minggu sekali siram dengan plant booster. Senang bila nak guna, terus ambil.
10. Pastikan tong cat dan tong sampah tadi ditebuk dibahagian bawah. Jika tak tebuk, tanah campuran kita akan rosak nanti.
Nisbah tanah campuran 2:1:1 ini sesuai untuk semua jenis tanaman kecuali nanas MD2. Untuk nanas MD2, saya guna nisbah 1:1:1.
Kelebihan guna tanah campuran
Kenapa bila berkebun dapur, saya suka guna tanah campuran berbanding media lain. Sebabnya bila guna tanah campuran, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua hari pun pokok steady jer. Tak layu.
Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok di rumah saya, hanya 2 kali seminggu diberi air baja. Jimat tak?
Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.
Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.
Buat sendiri kacang goreng bawang putih
1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.
2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.
Ini bawang putih siap digoreng.
3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).
4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.
5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.
Kacang ditoskan
6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.
7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.
Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.
Selalu masak sambal cara kita, apa kata cuba pula masak udang Thai style yang viral sebelum ini.
Resepi yang dikongsi oleh Ameera ini mendapat hingga 28 ribu share di Facebook. Kalau masakan ala Thai selalu akan letak akar ketumbar, inilah yang buat sedap.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Ameera ini.
Udang masak Thai style resepi 28k share
1. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak kemudian goreng sekejap sahaja.
2. Sediakan bahan kisar;
15 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 tangkai cili hidup
Batang ketumbar
Nota: Cili kalau nak pedas lagi boleh letak lebih. Ini sukatan ibu masak anak anak boleh makan sekali. Bawang merah kecil lagi padu rasanya bila masak begini. Cubalah.
3. Gunakan minyak udang kemudian tumis dua batang serai yang dititik. Minyak kalau banyak boleh keluarkan.
4. Masukkan bahan dikisar lalu tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan sos cili 2 sudu makan, sos tiram 2 sudu makan, sos ikan 1 sudu makan (cari yang ada gambar sotong ni sedap).
6. Letakkan air sedikit sahaja untuk menumis bahan tadi. Bagi ada kuah sikit.
7. Masukkan daun limau purut 6 helai yang dihiris.
8. Tambah gula 1 sudu makan dan mushroom seasoning sedikit bagi melazatkan lagi sambal kita. Kalau tak ada benda ni boleh pakai secukup rasa.
9. Dah sebati semua masukkan udang. Gaul lagi.
10. Dah mesra akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kemudian gaul rata. Siap
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...