Semalam pandu kereta ok saja, tapi pagi ini nak pergi kerja kereta tak boleh dihidupkan walau sudah dicuba berkali-kali. Salah satu punca biasa situasi ini adalah bateri dah ‘kong’.
Sudahnya kena cari bateri baru, lambat pergi kerja selain menjejaskan berapa lagi rutin harian. Sebenarnya sebelum bateri kereta tamat tempohnya, ia sudah memberi beberapa petanda, cuma kebanyakan kita tidak mengendahkannya. Malah menganggap ia perkara biasa.
Supaya tak menimbulkan masalah berikut adalah petunjuk bateri kereta anda sudah sampai masanya untuk diganti:
Enjin sukar untuk dihidupkan atau tidak dapat dihidupkan langsung.
2. Lampu dan aksesori kereta menjadi malap atau tidak berfungsi dengan baik.
Ads
3. Bunyi ‘klik’ terdengar apabila cuba menghidupkan enjin, tetapi enjin tidak berputar.
4. Lampu amaran bateri menyala pada papan pemuka.
Ads
5. Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi asal hilang.
Ads
6. Tetapan jam tiba-tiba tidak menunjukkan waktu yang tidak tepat.
Jika terdapat satu daripada enam petunjuk ini berlaku pada kereta, sebaiknya pergi ke bengkel untuk memeriksa bateri dan menggantikannya.
Teringin nak makan asam pedas, hirup kuah yang pekat sedap. Tapi masalahnya selalu masak tak menjadi.
Kalau dah begitu, ikut saja step by step buat asam pedas Melaka asli yang dikongsi oleh Liza Idris.
Cara masak asam pedas Melaka Asli, kuah pekat sedap & padu
Nah, resipi Asam Pedas Melaka Asli. Rahsia kuahnya pekat, sedap dan padu saya kongsikan. Makan je, terus terasa seolah berada di negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Cara masak dan bahan ada pada setiap gambar.
Bahan-bahan
2 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
(Kisar semua bahan)
1 mangkuk cili kering yang dikisar asingkan
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula Melaka, lagi sedap.
4. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu pes asam jawa. Kacau dan kacau.
5. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau biar didih sedikit.
6. Masukkan bendi diikuti daun kesum.
7. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.
8. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisah ikan apa nak guna.
9. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
10. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.
11. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Siap asam pedas asli Melaka. Kuah pekat, sedap, terangkat.
Kari mamak memang tak guna santan tapi tetap sedap dan buat kita ketagih nak makan selalu. Daripada kerap ke kedai mamak, elok juga kalau kita belajar buat sendiri.
Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.
Kali kedua cuba resepi kari Mamak tanpa santan. Resipi ini diberikan oleh oleh mamak nasik kandar pokok ketapang satu ketika dulu.
TIP:
Santan digantikan dengan beras yg disangai & ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak. Kena cuba baru tau. Mesti makan smpai menjilat pinggan.
Kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak
Bahan-bahan:
3 ketul ikan (ikan yg sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari
Cara membuat:
1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu. 2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari. 3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan. 4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air. 5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan. 6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!
Hobi bercucuk tanam ini akan jadi seronok apabila kita memilih tanaman yang digunakan dalam masakan harian.
Misalnya pokok cili, pandan, daun sup, pudina, daun bawang, kari dan juga pokok kesum.
Kerja memasak jadi lebih mudah kerana tidak perlu membelinya di kedai dan hanya boleh dipetik di halaman sendiri.
Dan bagi mereka yang tinggal di rumah jenis tingkat, apartment, pangsapuri atau kondominium masih boleh menanamnya dari balkoni sahaja.
Perkongsian pengalaman dari Cik Pooja yang memberitahu cara menanam pokok kesum bagi mereka yang mendiami rumah jenis bertingkat dengan menanam di balkoni saja.
Ikuti perkongsiannya yang mengajar cara menanam kesum dalam baldi dan ini adalah untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik.
Bahan-Bahan:
1 biji pasu
1 biji baldi sesuai saiz pasu
Medium tanaman lembap
Air secukupnya
Keratan batang kesum
*Nota kaki: Pasu dan baldi perlu sepadan agar boleh dimasukkan dalam baldi
Cara Membuatnya:
1. Sediakan keratan kesum yang betul-betul matang dan ruasnya keras. Lebih baik kalau dan ada anak tunas atau sedikit berakar. Tinggalkan 3 hingga 4 helai daun sahaja di bahagian pucuk. Sediakan keratan batang yang hendak disemai pada ukuran 3 hingga 4 inci panjang.
2. Masukkan medium tanah lembap dalam pasu dan rendamkan dalam baldi berisi air.
3. Sediakan lubang tanaman berkedalaman 2 inci. Boleh guna jari telunjuk untuk buat lubang tersebut. Ia berupaya mengelak keratan kesum yang dicucuk atau ditanam dari patah.
4. Tanam keratan batang kesum ke dalam lubang yang telah disediakan dan padatkan. Jangan lupa baca Bismillah dan niat dalam hati supaya pokok yang ditanam hidup subur.
5. Selesai tanam, letak pasu di kawasan separa teduhan. Apabila kelihatan mula stabil dan mengeluarkan pucuk, baru boleh dipindahkan ke tempat yang menerima cahaya penuh.
Tip Tambahan:
1. Masa mula-mula tanam letakkan pasu di tempat redup tetapi ada cahaya supaya pokok tidak akan kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.
2. Apabila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari
3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah.
4. Apabila sudah hidup dengan cantik, bolehlah tambahkan air dalam baldi dengan larutan bancuhan baja AB.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...