Bila anak-anak sedang membesar, keadaan rumah memang agak sukar untuk kekal kemas dan bersih. Mesti ada permainan sana sini dan barang-barang lain berterabur atas lantai.
Walau dah cuba kemas tapi keadaan akan kembali bersepah, sudahnya membiarkan saja.
Bagi ibu yang dah pening dengan keadaan keadaan ini, perkongsian Wan Nur Atikah boleh dijadikan panduan untuk memastikan keadaan rumah kemas dan bersih. Beliau yang mempunyai tigayang yang sedang aktif mempraktikkan 7 peraturan di rumah yang perlu dipatuhi semua termasuk anak agar kediaman dalam keadaan ‘terkawal’.
7 aturan rumah ‘terkawal’ walau anak sedang membesar
Cara saya kekalkan rumah dalam keadaan terkawal. Nak kata kemas, bersih tak jugak. Dengan anak tiga yang sedang aktif, ini sedikit sebanyak perkongsian saya.
1. Anak bermain satu tempat saja
Saya tetapkan bermain hanya di dalam bilik anak anak sahaja. Di ruang tamu tak dibenarkan bermain. kalau ada mainan, satu dua boleh. Makan pun hanya di meja makan sahaja dan makan mesti serentak. Memudahkan kerja mengemas, sekali harung.
Ads
2. Tak simpan barang
Saya tak suka simpan barang sebab rumah tiada stor. Sesetengah orang akan simpan barang yang ada sentimental value seperti barang kenangan dari zaman kecik, zaman bujang tapi saya tak.
Kebanyakan barang dalam rumah adalah barang kegunaan harian. Bila rasa lama tak guna, saya akan letak di luar rumah untuk suami settle kan. Sama ade nak nak jual semula, sedekah atau buang.
3. Jangan beli barang tak bersesuaian dengan rumah
Jangan beli atau bawak masuk barag yg dirasakan tak ikut tema rumah atau akan buat rumah berserabut. Contoh dulu saya ada banyak raga raga baju yang besar besar. Warna hijau, merah,biru, bila masuk rumah baru barang ini terus saya bagi pada orang yang nak.
Ads
4. Tetapkan tema warna rumah
Nak konsep macam mana, macam saya nak simple saja sebab anak tengah melasak nak berlari, main kejar-kejar. Jadi setiap kali nak beli barang hiasan rumah kena fikir. Jangan tiba-tiba suami terbawak balik kerusi kuning ke. Saya selalu psan, bab membeli biar saya uruskan.
5. Ajak anak kemas rumah sekali
Saya bekerja sebagai jururawat, waktu tak menentu jadi saya takde masa nak kemas 24 jam. Sebelum tidur ajak anak anak kemas sama. Vacum dan mop rumah, jadi bila bangun tidur dan balik kerja rumah masih kemas. Bila rumah berserabut mood boleh berubah.
Ads
6. Baju semua gantung
Ini mengurangkan risiko lambakkan baju dalam raga, dan menjimatkan masa melipat. Baju anak yang dah tak muat saya asingkan terus bero orang atau buang. Saya takkan simpan untuk adiknya yang masih kecil. Nanti berlambak.
7. Peralatan dapur beli satu set
Peralatan, barang dapur macam pinggan saya beli satu set. Sama corak pinggan,cawan, mangkuk bagai. Itulah yang gun untuk harian dan tetamu. Saya tiada ruang khas untuk simpan piggan pinggan yang tak digunakan sebab rumah kecil.
Sambal ikan bilis memang kegemaran ramai. Termasuk sambal garing ikan bilis macam ni. Makan waktu sahur memang sesuai, dari takde selera boleh bertambah nasi. Tambah telur mata dah cukup.
Sambal garing ini memang banyak dijual tapi sebenarnya nak buat sendiri pun boleh. Caranya mudah dan yang penting boleh ikut cita rasa sendiri sama ada nak pedas, kurang pedas, rasa manis sikit atau sebaliknya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Syarah Amanina ini. Sudah empat kali menyediakan sambal menggunakan cara ini, ia memang sedap. Sentiasa tak cukup, memang laku keras!
Cara buat sambal garing ikan bilis
1. Goreng sampai garing ikan bilis. Nak cepat rangup guna yang dah siap kopek especially bilis mata biru.
2. Selepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit saja kemudian goreng pulak cili kering. Goreng sampai garing juga.
Pastikan cili kering digunting, dibuang biji, dibasuh dulu dan ditos hingga kering supaya mudah garing.
3. Dah siap goreng cili kering, masukkan dalam blender kering dan tabur kiub ikan bilis.
4. Kisar, bab ini mencabar sedikit. Kita kena buka dan kacau beberapa kali supaya ikan bilis hancur. Mencabar sebab baunya memang menusuk hidung.
5. Dah siap blend, masukkan semula dalam kuali. Pastikan tiada minyak dalam kuali ya. Kalau ada sikit-sikit minyak tak mengapa.
6. Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul gaul gaul sampai sekata.
7. Masukkan garam sikit dan gula secukup rasa. Nak lagi sedap tabur bawang goreng. Bau dia memang semerbak bau. Terus rasa nak bukak periuk nasi cedok nasi ngapp !
Dah siap boleh terus makan. Sambal ini tahan lama tapi biasanya tak sampai seminggu dah habis.
Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.
Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.
Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.
6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.
Masalah singki tersumbat memang akan ‘spoilkan mood untuk memasak. Ada masa nak tak nak kena panggil plumber untuk selesaikan masalah ini. Kosnya lebih kurang RM250.
Supaya tak berlaku kejadian macam ini lagi sebaiknya kita buat langkah pencegahan. Boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Kamal Hamid. Tip ini katanya diperoleh dari pada seorang plumber.
Bagi penjagaan singki untuk elak tersumbat, sebulan sekali lakukan perkara ini;
1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.
2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.
3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.
INFO
Ini adalah maintainance supaya singki tak tersumbat kalau dah tersumbat memang kena selesaikan dulu. Selepas itu lakukan tip di atas untuk elak kejadian berulang.
Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.
Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...