
Video yang dikongsi pemuda bernama Faizal Faiz Farish ini sebenarnya sesuatu yang menggembirakan tapi entah kenapa kebanyakan yang menontonnya rasa sayu hingga mengalirkan air mata.
Sudah ditonton hampir sejuta kali sejak dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu, Faizal mengusik ibunya sebagai cara untuk membuat kejutan di hari lahir wanita itu.
Berpura-pura sakit hingga muntah darah, ibu Faizal pulang ke rumah dan terus merangkul anak bujangnya itu dengan penuh kasih sayang hingga membuatkan ramai yang sebak menontonnya.
Tatkala ibu memeluk anak dengan penuh kerisauan, Faizal akhirnya menamatkan drama dengan mengeluarkan hadiah berupa jam tangan untuk ibunya.
Sambil mengalirkan air mata, si ibu tidak marah sebaliknya anak bujang itu terus dipeluk dan dicium berulang kali. Situasi ini sekali lagi membuat ramai netizen terharu.
‘Hari ni birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya, ingat 31 Oct. Bila ingat balik, 30 Oct rupanya. So saya kelam kabut la pergi ambil kek, masa dekat kedai kek, saya call mak saya, bagitau saya tak sihat. Minta tolong mak bawa pergi hospital. Saya bagitau saya otw blk rumah. So my mom kelam kabut la. Sampai rumah saya suruh adik standby plan kami. So this is the video.’
Demikian catatan Faizal yang turut disertakan dengan video bersama ibu yang kini tular di media sosial.
Sumber: Faizal Faiz Farish
‘Saya Takut Kalau Tun M Tiba Tiba Buat Kelakar’, Bahaya Tu!’ Video Sempena Hari Jadi Tun Dr Mahathir ke-93 Cuit Hati Netizen

Isi Kandungan
Toggle
Tanggal 10 Julai hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad genap 93 tahun. Sempena hari jadi beliau, portal Astro Gempak telah memuat naik rakaman video mencuit hati bersama negarawan ini.
Banyak soalan yang dijawab secara spontan dan begitu menyerlahkan sisi romantik pasangan favourite tanah air ini. Keceriaan, kebahagiaan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Apa lagi yang dimahukan dalam hidup selain kekal sihat pada usia begini dan kebahagiaan bersama pasangan.
Memberikan kelainan, video ini dihoskan oleh artis cilik daripada rancangan Ceria Pos Star, Kashika.
Ini soalan yang ditanya dan dijawab. Memang lucu
Adakah Tun M kelakar?
Tun Siti: Kadang-kadang. Bukan selalu. Tapi saya takut kalau tiba-tiba Tun M kelakar. Sebab orang mungkin akan salah faham apa yang dia lawakkan tu sebagai sesuatu yang serius. Bahaya tu.
Bata atau Berocca?
Tun M dan Tun Siti: Bata.
Eating or working?
Tun M dan Tun Siti: Working.
Tun M selalu nampak bijak dan kadangkala kelihatan agak serius. Apakah benda paling gila Tun M pernah lakukan?
Tun M: Benda paling gila pernah saya lakukan….
Tun Siti: Kahwin dengan saya.
Tun M: Ya, itu menyeronokkan.
Fikir sebelum bercakap atau bercakap sebelum fikir?
Tun M dan Tun Siti: Fikir dulu.
Proton atau Perodua?
Tun M dan Tun Siti: Proton.
Writing or reading?
Tun M: Reading
Tun Siti: Both
Apa perkara Tun M paling suka tentang Tun Siti?
Tun M: Susah nak fikirlah.
Tun Siti: Banyak sangat.
Tun M: Tapi yang paling saya suka adalah dia tak kacau saya. Kerana saya ni selalu keluar, selalu
ada kerja, tak cukup masa untuk famili, untuk anak-anak, tapi dia tak bersungut.
Piano or violin?
Tun M dan Tun Siti: Piano.
K pop or hip hop?
Tun M dan Tun Siti: Hip hop.
Tun M: Sebenarnya, saya tak berapa faham soalan tu.
Soalan: Novels or movies?
Tun M dan Tun Siti: Novels.
Pasangan yang telah hidup bersama selama 62 tahun.
Tun berdua adalah pasangan paling digemari oleh rakyat Malaysia. Gambarkan pasangan masing-masing dalam 3 perkataan.
Tun Siti: Saya tak nak dengar.
Tun M: Dia selalu lambat.
Durian or cheese?
Tun M dan Tun Siti: Durian.
Work hard or play hard?
Tun M dan Tun Siti: Work hard.
Logik atau kreativiti?
Tun Siti: Kreativiti. Eh, apa jawapan awak?
Tun M: Saya setuju dengan awak jelah….
Apa kelemahan Tun M?
Tun Siti: Kelemahan? Itulah, kerja kuat. Tu je. Kerja, saban hari, kadang-kadang sampai lupa kat saya di rumah. Seperti mana yang disebut tadi, itu tugas dia, maka saya kena terima. Ini satu pengorbanan untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab untuk bangsa dan negara.
Tun M: Kalau bolehlah, ke mana pun kita pergi, biarlah berdua. Ke mana juga saya pergi, Tun Siti ikut.
Tun Siti: Mengekorlah, kan.
Tun M: Tapi dia tak suka dengar ucapan. Bila saya beri ucapan, dia lena. Dia tidur.
Apa yang Tun berdua ingin jadi ketika berusia 10 tahun?
Tun M: Saya bercita-cita untuk jadi seorang peguam. Tapi tak berjaya dapat biasiswa. Sebaliknya saya dapat biasiswa untuk bidang perubatan.
Tun Siti: Saya nak jadi wartawan sebab saya banyak membaca dan menulis. Tapi ketika zaman pendudukan jepun, ibu saya sakit teruk. Saya ubah fikiran saya untuk jadi seorang doktor.
Perancis atau Belgium?
Tun M dan Tun Siti: Belgium
Being nice or being fair?
Tun M dan Tun Siti: Being fair.
Hugs or kisses?
Tun Siti: Both.
Tun M: Hugs.
Tun Siti: Dua-dua la. Hugs and kisses.
Adakah saya boleh jadi Perdana Menteri?
Tun M: Semestinya. Tapi awak mesti kerja kuat. Buat baik pada orang. Menangi sokongan mereka. Awak juga mesti sentiasa berpegang pada janji. Buat perkara yang betul. Jangan menipu. Semua ini, jika awak ada, orang akan suka dan mengikut demokrasi, awak boleh jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah terfikir saya akan dapat jadi Perdana Menteri. Saya bukanlah siapa-siapa. Keluarga saya bukanlah dari kelas atasan. Saya hanya anak seorang guru sekolah. Tapi saya tetap cuba, bertanding dalam pilihanraya dan menang.
Selamat hari jadi, Tun. Semoga kekal sihat dan dapat menerajui Malaysia menjadi lebih kaya, aman dan harmoni.
Sumber: Youtube Astro Gempak https://www.youtube.com/watch?v=lFyoOUaK1zo
Sebelum Nak Beli ‘Dryer’ Gara-Gara Baju Tak Kering Cuaca Sejuk, Baca Dulu Penjelasan Lelaki Ini

Isi Kandungan
Toggle
Bila musim hujan macam sekarang kedai dobi terutama layan diri memang penuh gara-gara baju yang dibasuh tak kering.
Selalunya mesim pengeringlah yang akan jadi rebutan.
Bila dah buang masa beratur panjang di kedai dobi ni maka ramailah kaum wanita terfikir nak beli dryer. Mesti korang pun salah seorang kan.
Tapi berbaloi ke kalau nak beli dryer ini di rumah. Jika perkara yang sama bermain dalam fikiran, perkongsian daripada Afyan Mat Rawi ini sangat membantu. Satu ketika dulu inilah juga dilema yang dihadapi.
Tak beratur dah lepas ada ‘bibik’ elektrik’
1. Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe…
2. Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini ?
3. Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!
4. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.
5. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.
6. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga.
Ini hasil survey saya
7. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?
Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
8. Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai.
9. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
10. Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik.
11. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.
12. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg. Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.
13. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan. Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya.
Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
14. Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.
Selepas setahun guna
15. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
✔️ Tak perlu lagi sidai baju.
✔️ Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
✔️ Tak perlu risau baju lambat kering.
✔️ Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
✔️ Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
✔️ Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
✔️ Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
✔️ Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
Paling penting dapat ringankan beban isteri
✔️✔️✔️✔️ Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa;
“Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri”
Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
Apa lagi, share dan tag pasangan masing-masing minta belikan.
Afyan Mat Rawi, IFP
Ok, dah baca penjelasan Encik Afyan bolehlah buat keputusan. Apapun VK suka bab ringankan kerja isteri tu.
Sumber: Afyan Mat Rawi
Baru Kematian Suami, Orang WhatsApp Tuntut Hutang Arwah Suami. Baca Nasihat Wanita Ini Supaya Tak Mudah Orang Ambil Kesempatan

Isi Kandungan
Toggle
Baru-baru ini, seorang wanita yang menggunakan nama facebook Noor Zamzuriani Zakaria telah meluahkan di facebooknya mengenai kisah seseorang menuntut kembali deposit servis jurugambar yang telah dibayar kepada arwah suaminya.
Baru 2 hari kematian suami, sayu pun belum hilang, namun Zamzuriani agak terkesan dengan situasi yang dihadapinya. Dia tidak kisah untuk melangsaikan hutang suaminya namun nama pun bisnes jadi setiap keluar masuk duit perlu ada rekod.
“Saya tak nak tuduh orang itu menipu sebab saya pun tak nak ada apa-apa effect pada suami saya. Suami saya dah pergi menghadap Ilahi. Kalau benar suami saya ada ambil deposit daripada pihak dia, saya akan teruskan dengan kerja yang suami saya tinggalkan.
Tapi memang saya tak ada apa-apa detail berkenaan nama dan nombor ‘klient’ tu. Tak ada bukti transaction duit masuk daripada pihak dia. Bila saya minta bukti resit, memang dia terus senyap,” kata Zamzuriani.
Curiga dengan jumlah deposit
“Dan lagi satu, untuk servis fotografer, kami hanya ambil deposit RM100. Tak pernah kami ambil RM150. Deposit RM100 untuk pakej paling rendah dan RM300 untuk pakej yang paling mahal dalam pakej kami. Sebab tu saya agak ragu bila dia kata dia bagi cash RM150 kat suami saya. Ini semua buat pengajaran. Bukan saya nak buka aib sesiapa sebab saya pun takut jika suami saya yang bersalah. Saya berani untuk post pun sebab saya percaya yang ini bukan salah di pihak suami saya,” tambahnya yang kini hamil 28 minggu.
Mula dengan ucapan takziah
Dalam keadaan kita masih bersedih, masih ada yang ingin mencari kesempatan.
Bukan nak buat cerita tapi aku menceritakan akan yang benar. Semoga jadi pengajaran kepada yang lain.
2 september 2018,
Belumpun sempat 48 jam arwah pergi, dan dalam keadaanku yang masih dalam kesedihan. Terdapat satu whatsapp yang masuk dalam hp. Whatsapp dari nombor yang tak dikenali.Pada awalnya si empunya nombor memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah. Ya, aku berterima kasih kepada semua yang tak pernah jemu memberi sokongan dan kata semangat.
Tanya pasal servis jurugambar
Seperti kebiasaannya, aku akan meminta maaf bagi pihak suami aku pada sesiapa yang mengenali beliau. Tapi kali ini, belum pun sempat aku nak mintak maaf bagi pihak sang suami, si empunya nombor memperkenalkan diri dia sebagai Tuan ** dan terus bertanyakan sama ada suami ku seorang jurugambar atau tidak?
Dan ya, semestinya suami aku seorang jurugambar dan aku meng’iya’kan pertanyaannya.
Seterusnya Tuan ** menyatakan bahawa ada perkara yang beliau ingin sampaikan padaku untuk pengetahuan aku dan ahli keluarga yang lain dan Tuan ** meminta aku untuk kembali whatsapp beliau jika mempunyai masa terluang. Dalam keadaan aku masih dalam kesedihan, aku bertanyakan tentang perkara berkenaan. Apa yang penting yang aku perlu tahu berkenaan sang suami tercinta?
Tuan ** menyatakan bahawa beliau ada memberikan booking payment untuk job photographer pada 24.9.2018. Dan telah membayar certain amount which is tak lah banyak tapi aku seperti curious.
Aku lihat calendar, tarikh yang diberikan 24.9.18 tu jatuh pada hari isnin dan ianya bukanlah musim cuti. Jadi aku ajukan soalan padanya berkenaan tarikh yang diberikan. Tuan ** menyatakan bahawa ianya untuk majlis hari jadi anaknya.
Bayar RM150
Dia juga menyatakan bahawa dia telah membayar secara tunai pada arwah suamiku sebanyak Rm150 di bukit jelutong. Tapi setahu aku, suami aku tidak akan pernah pergi berjumpa mana-mana client berseorangan. Suami aku pasti bawa aku sebab segala detail aku yang akan catit. Dan itu kelebihan suamiku. Tidak membelakangkan isteri walau dalam apa jua perkara.
Seterusnya bila aku meminta resit bagi deposit yang telah dibayar, Tuan terbabit tidak membalas whatsapp ku sehingga hari ini.
Mesej untuk si penuntut
Kepada Tuan yang berkenaan, kemungkinan anda mengikuti kisah pemergian suami saya dari dalam fb. Terima kasih kerana mendoakan suami sy. Jika benar, suami saya berhutang deposit kepada tuan, tuan boleh tunjukkan bukti kepada saya dan saya akan proceed dengan job yang diberi mengikut persetujuan.
Deposit yang diberi bukan dibatalkan oleh pihak saya dan pihak saya masih mempunyai shooter untuk teruskan kerja pada tarikh majlis yang berkenaan jika benar apa yang tuan katakan.
Untuk pengetahuan, suami saya mempunyai jadual yang penuh sehingga bulan 12 dan ada deposit yang telah di ambil tapi pihak saya masih tetap akan meneruskan kerja yang telah di tempah kerana saya sendiri tahu setiap apa yang suami saya lakukan kerana kami adalah partner bukan sahaja partner dari segi hidup dan mati semata, tapi kami juga adalah partner business. Jadi setiap jadual arwah suami saya, sy yang aturkan.
Kepada semua client, anda tak perlu risau kerana segala kerja yang ditinggalkan akan di ambil alih oleh saya sendiri. Anda boleh direct contact saya atau nombor suami saya kerna saya tidak akan lari kemana-mana. Kerja dan tanggungjawab arwah telah menjadi tanggungjawab saya.
Cuma saya minta sedikit masa untuk saya ambil alih segalanya due to my circumtances.
Coretan sang isteri
*partner dalam segala-galanya*
Pesanan buat isteri yang kematian suami
VK berkesempatan meminta pendapat Noor Zamzuriani mengenai apa yang patut dilakukan oleh isteri kematian suami supaya tidak mudah ditipu oleh pihak yang suka mengambil kesempatan. Maklumlah, sebagai waris kita cuba sedaya upaya untuk melangsaikan hutang si mati. Namun tidak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan.
Pesanan untuk setiap pasangan suami isteri. Tolong jangan membelakangkan isteri walau dalam apa hal sekalipun sebab hidup berumah tangga ni tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu. Suami atau isteri?
Jadi setiap hutang perlu diberitahu pada pasangan masing-masing. Buat isteri, Memang kita akan sedaya upaya lunaskan segala hutang arwah, tapi kalau boleh kita siasat dahulu sama ada betul atau tidak. Bukan tujuan untuk menidakkan sebab hutang dibawa ke mati. Tapi sekarang ni bukan semua orang boleh dipercayai. Jadi yang paling utama dalam hubungan tu TOLONG sangat jangan membelakangkan pasangan masing-masing sebab benda macam ni boleh jadi bila-bila masa.
Saya bersyukur sangat sebab suami saya tak pernah sorokkan apa-apa daripada saya. Dan say bersyukur sangat-sangat sebab segala perbelanjaan dia akan inform kat saya. Setiap duit keluar masuk pun saya tau. Sama juga halnya dengan saya. Saya akan inform dia jika saya ada berhutang di mana-mana.
Sumber: Noor Zamzuriani Zakaria