
Isi Kandungan
Toggle
Sekali lagi foto-foto majlis resepsi anak kepada pelakon, Datuk Ziela Jalil mencuri perhatian netizen. Kali ini tampil anggun dengan busana kuning hasil rekaan pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman Ruzaini. Dr Puteri Julia Nabilah dengan pasangan, Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi meraikan tetamu yang termasuklah insan terdekat dan juga rakan artis.
Cantiknya…
Semoga bahagia
Sama cantik, sama padan
Pesona memukau
Perincian renda di dada sangat menarik
Antara tetamu yang hadir
Sumber: https://www.instagram.com/explore/tags/dziyaputeringonit/?hl=en
Replika Botol Syampu Terbesar Di Malaysia Ada Di Shah Alam. Korang Takkan Percaya Apa Ada Di Dalamnya

Jenama syampu Sunsilk mencatat sejarah bila melancarkan replika botol syampu terbesar di Malaysia semalam.
VK pun hadir jugak dalam majlis yang diadakan di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam ni. Terkejut tengok botol besar dan tinggi nih, sampai kena mendongak ke langit!
Dengan ketinggian 12.25m dan 9.66m lebar ia secara rasmi diiktiraf sebagai Replika Botol Syampu Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.
Replika botol gergasi syampu varian ‘Segar Berhijab Sunsilk Hijab Recharge ditempatkan di sini dari 23-26 November 2017. Jadi sesiapa yang nak tengok bolehlah datang ke sini.
Pasal apa buat botol besar nih?
Sebagai jenama syampu dan perapi nombor satu di Semenanjung Malaysia tanggungjawab Sunsilk bukan sekadar menawarkan produk penjagaan yang inovatif tapi juga mahu memberi inspirasi kepada wanita muda berhijab supaya bercita-cita besar dan berusaha mencapainya.
Inilah yang yang mengilhamkan mereka mencipta ‘Replika Botol Syampu Terbesar’ yang turut mendapat kerjasama dengan Giant.
Paling best jangan ingat replika botol syampu ini kosong tau. Replika ini penuh dengan hadiah untuk diberi kepada pelanggan.
Dari 23-26 November sesiapa yang membeli sebotol Sunsilk Hijab Recharge 320ml di pameran bergerak yang terletak di pintu masuk Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam boleh menebus hadiah yang letakkan di dalam replika tersebut sementara stok masih ada.
Orang perempuan yang tinggal kat Shah Alam rugi kalau tak ambil peluang ni.
Hadiah percutian ke Korea, boleh sorang bawak kawan!
Tak cukup beri hadiah, Sunsilk juga tawarkan hadiah percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan bersama seorang rakan ditanggung. Maknanya boleh pergi bercuti bawa seorang kawan. Syok kan.
Korang yang teringin nak pergi Korea bolehlah masuk pertandingan ni. Caranya mudah sangat, ada tiga langkah saja:
1. Ambil swafoto atau gambar dengan tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak di hadapan kedai Emas zeni di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam.
2. Muat naik foto dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.
3. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam korang pada tahun 2018 bersama hashtag #SunsilkCoverKita #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Tarikh akhir peraduan 27 Disember 2017. Jom lah join!
Inilah Pramugari Paling Tua Di Dunia, Usia 81 Tahun Tapi Masih Bertugas Di Awan Biru

Kalau pramugari di negara kita kebanyakannya muda-muda dan cantik-cantik belaka lain pula dengan pramugari syarikat penerbangan American Airlines. Cantik dan muda bukan kriteria utama.
Ini pada usia yang layak dipanggil warga emas masih ada lagi yang bertugas awan biru. Begitulah kelebihan Bette Nash. Berusia 81 tahun, Nash masih bagi bekerja sebagai pramugari dan dikatakan pramugari tertua di dunia!
Nash memulakan kariernya sebagai krew kabin pada tahun 1957, ketika usianya 21 tahun. Bagi Nash, kerjaya sebagai pramugari cukup glamor dan atas sebab itulah dia rela menghabiskan sebahagian besar usianya bertugas di awan biru.
Nash menjadi pramugari selama lebih kurang 60 tahun. Penerbangan pertamanya adalah ketika bersama Eastern Airlines. Malah dia juga sempat terbang dan melayani penumpang seperti Jackie Kennedy, isteri bekas Presiden Amerika, John F. Kennedy.
“Ramai juruterbang yang datang dan pergi. Ada juga yang dah pencen tapi saya tetap di sini,” ujar Nash.
Mengimbas pengalaman menarik bekerja katanya, dahulu penumpang pesawat dibolehkan untuk merokok. Malah dia menghidangkan makanan menggunakan dulang perak dan masih mengenakan sarung tangan putih.
Kini keadaannya sudah jauh berbeza cuma Nash saja yang tidak berubah. Dia masih lagi bekerja memulakan waktu paginya dengan mengenakan mekap selepas sampai di Reagan National Airport di Washington.
Ujar Nash dia tidak mahu terburu-buru menamatkan perkhidmatannya. Selagi masih diberi kesihatan yang baik dia akan tetap mahu bekerja di sebagai krew kabin dan melayani penumpang dengan senyuman dan ramah.
“Berada di sini adalah kehidupan saya,”ujar Nash.
Sumber: http://www.independent.co.uk
Video Comel Abah ‘Tadah Dagu’ Tular, “Abah Kami Memang Lucu Dan Dia Tak Tahu Pun Video Tu Viral!”

Bermula daripada Korea, kini hampir seluruh dunia sedang trending dengan video ‘tadah dagu’ atau sebenarnya dikenali sebagai aksi ‘count on me challenge.’
Trend yang simbolik kepada persahabatan dan juga kasih sayang ini tidak terkecuali sampai di negara kita. Antara selebriti yang turut terjebak melakukannya adalah pelawak Achey dan isteri.
Tapi video itu tak boleh menandingi kecomelan pasangan anak dan ayah yang melakukan video ‘count on me challenge.’
Dimuat naik oleh Siti Erma Mohd Yunus di akaun Facebook miliknya, video yang dilakukan bersama dengan ayahnya, Mohd Yunus Haji Hussien secara suka-suka itu itu tanpa disangka tular di media sosial.
‘Comel dan abah lucu’ itulah reaksi kebanyakan netizen yang menonton video ini. Malah ramai juga yang kagum dengan sikap sporting bapa Erma meskipun sudah berusia 72 tahun.
“Abah memang lucu, kami adik beradik memang dah faham. Dan dia juga sporting melayan kerenah anak-anak dan cucu, sebab itu dia ok jer bila diajak melakukan aksi ‘count on me challenge’ ini,” ujar Siti Erma.
Ceritanya idea untuk membuat video itu tercetus bila dia melihat selebriti Achey dan isteri melakukannya.
“Bila saya tengok video Achey dan isteri serta video dari Korea buat ‘count on me challenge’ saya rasa ia cute sangat. Jadi saya dapat idea nak buat juga dengan abah dan mama saya.
“Abah pula ikut saja bila saja ajak dia buat video ni dan abah sendiri pun suka bila tengok video ni yang kami buat dalam masa dua hari,” ujarnya yang turut memuatkan aksi ibunya Zahirah binti Awang dalam video tersebut.
Kata Siti Erma lagi ayahnya tidak mengetahui video itu viral sehingga dia memberitahunya malah berasa pelik mengapa ia boleh viral.
“Abah memang tak tahu pun video dia dah viral sampailah saya beritahu dan abah pun pelik kenapa boleh jadi macam tu. Bila saya tunjukkan video Achey pada abah barulah dia faham rupanya apa yang dia buat itu sebenarnya sedang trending.
“Saya sendiri tak sangka video ini boleh viral begitu juga abang dan kakak termasuk ahli keluarga yang lain. Maklumlah saya buat untuk suka-suka saja,”ceritanya.
Jelas Siti Erma lagi walaupun ayahnya kelihatan lucu dan sporting tapi dia sebenarnya tegas dalam hal mendidik.
“Allhamdullilah saya bersyukur sebab ada abah yang sangat memahami setiap perangai anak-anak, abah tegas dalam mendidik tapi dalam tegas abah tetap sporting melayan kerenah anak dan cucu. Kalau lihat cara abah melayan cucu kadang-kadang saya sendiri pun boleh jeles,”beritahunya lagi.
Namun begitu kata Siti Erma terdetik juga rasa bersalah bila memuat naik video tersebut terutama bila membaca komen-komen netizen yang berasa sedih kerana ada kalangan mereka tidak lagi dapat merasa kemesraan bersama ayah seperti yang dirasainya.
“Bila saya post video ini, di ruangan komen ramai juga yang berasa sedih sebab tak dapat lagi merasa kasih sayang dari bapa seperti yang saya rasa kerana ketiadaan ayah ibu. Terdetik juga rasa bersalah bila baca komen sebegitu,”ujar Siti Erma anak bongsu dari tujuh adik beradik ini.
-vanillakismis