
Cinta itu buta dan jodoh tak kenal siapa. Asalkan hati bertaut, jiwa mencinta, maka sesiapa pun layak untuk bahagia.
Baru-baru ini seorang jurugambar Thailand, Yusree Yusohem telah memuat naik foto pasangan jururawat dan penoreh getah di laman facebook. Gambar ini menjadi viral dengan lebih 11,000 perkongsian di facebook. Menurut jurugambar tersebut, ini merupakan foto praperkahwinan kliennya.
Apa yang menarik, bakal raja sehari ini mengenakan pakaian yang menjadi rutin mereka. Jururawat mengenakan uniform, manakala si penoreh mengenakan pakaiannya sebagai penoreh. Jimat kos namun sangat menarik. Untuk tampak lebih unik, lokasinya ialah di kebun getah. Best, kan?
Menurut Yusree, Sunita Salaemae yang merupakan bekas pelajar di Fakulti Kejururawatan, Universiti Surat Thani Rajabhat. Manakala penoreh getah itu ialah Adeelan Salae.
VK kagum betul dengan cinta merpati dua sejoli ni. Ikhlas si wanita menerima si jejaka. Semoga jodoh mereka berpanjangan dan kekal hingga ke akhir hayat. Gambar pun cantik sungguh!
Sumber : Yusree Yusohem
Sayunya…Arwah Dah Beli Barang Kemas Hadiah Untuk Adik-adik Tapi Tak Sempat Beri

Isi Kandungan
Toggle
Satu persatu kisah menyentuh hati membabitkan enam anggota bomba yang terkorban dalam insiden lombong tinggal di Puchong dikongsi di media sosial.
Daripada kisah di lokasi hinggalah ahli keluarga mangsa yang terlibat. Terbaru adalah melibatkan allahyarham Yahya Ali, 24 tahun yang berasal dari Mukah Sarawak ini.
Pemergiannya meninggal ibu dan ayah tersayang selain tiga orang adik beradiknya. Arwah Disifatkan sebagai abang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal adik beradiknya.
Sempat beli tapi tak sempat serah
Apa yang menyentuh hati, arwah sempat membeli dua utas barang kemas untuk dihadiahkan kepada adik-adiknya.
Perkara itu didedahkan oleh Zubaidahsbahii Idah yang juga kenalan rapat arwah Yahya. Dalam satu posting di Facebook beliau menceritakan bagaimana Yahya yang dianggap sebagai sebahagian keluarganya sempat membeli dua utas barang kemas untuk diberikan kepada adik-adiknya di Sarawak.
“Tak sempat nak post untuk keluarga di kampung. Takpe kita kat sini akan tolong post kan. Kepunyaan arwah untuk adik-adiknya di sarawak. Ya Allah semoga kau tempatkan anak ini di kalangan orang2 yg beriman. Amin,”tulisnya dalam satu posting.
Dalam pada itu wanita ini turut bertekad untuk menghantar barang kemas ini pada keluarga arwah di Sarawak sebagai untuk memenuhi hasrat yang tidak sempat ditunaikan itu.
Yahya macam anak sendiri
Menurut Zubaidah dalam posting sebelum itu, arwah Yahya dianggap seperti anaknya sendiri. Hampir setiap hari dia bertemu dengan arwah malah mereka juga akan beraya bersama memandangkan keluarganya berada jauh di Sarawak.
Dalam pada itu posting Zubaidah ini juga tular di Facebook hingga mendapat ribuan komen yang rata-ratanya dipenuhi kata-kata doa untuk arwah selain takziah untuk keluarganya.
Sama-sama kita doakan agar roh Yahya serta lima lagi rakannya ditempatkan penghuni syurga. Amin.
Sumber: Zubaidahsbahii Idah
Akad Nikah Depan Bapa Tenat Di Hospital, Sejurus Selesai Bapa Hembuskan Nafas Terakhir

Perkongsian daripada seorang jurugambar Ayul Rahman sejak semalam mencetuskan simpati netizen di laman sosial bila beliau menceritakan pengalamannya bertugas dalam satu majlis akad nikah yang suasananya cukup berbeza.
Menurut Ayul beliau diminta merakamkan gambar untuk majlis akad nikah yang diadakan di sebuah hospital di hadapan bapa pengantin lelaki yang sedang sakit tenat.
Diadakan di wad dalam keadaan sedih namun pasangan pengantin selamat dinikahkan demi menyempurnakan hajat si bapa.
Bagaimana pun ujar Ayul berita duka menyusul bila tak lama majlis selesai, dia dimaklum bahawa bapa pengantin lelaki menghembuskan nafas terakhir.
Kisah ini dikongsi Ayul dalam laman sosialnya hingga menarik perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan simpati mereka.
“Hari ni merupakan sejarah bagi aku selama 7 tahun dalam industri photography.
Last minute dapat inquiry untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.
All the way event aku tak dapat tahan air mata. Sebak gila.
Right after majlis selesai, dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak. a few minutes after that, bapa beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
a bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah. Salam takziah dari Dreamy Weds Company.
Demikian tulis Ayul yang turut menyertakan beberapa foto dari majlis berkenaan yang diiringi air mata.
Sumber: Ayul Rahman
Biasa Beri Duit & Makanan Tapi Pak Nil Sedekah Telefon Bimbit Pada Penjual Tisu. Doa Dititip Buat Hati Terharu

Isi Kandungan
Toggle
Ada pelbagai cara untuk kita bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Kebiasaannya kita memberikan makanan atau wang untuk membantu mereka.
Tapi lain pula bagi selebriti terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, beliau telah memberikan telefon bimbit kepada seorang warga emas yang juga penjual tisu.
Menurut Aznil dalam video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di instagramnya, Aznil dilihat telah menghampiri warga emas bersama seorang kanak-kanak perempuan. Kemudian beliau bersalam dengan warga emas tersebut lalu menghadiahkan telefon bimbit. Menyentuh hati apabila warga emas itu mendoakan supaya Aznil bertambah murah rezeki dan panjang umur.
A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Doa tulus daripada pak cik ini sudah mencukupi
Tadi dalam perjalanan ke Spura, #paknil berhenti di stesen minyak Petronas Bukit Senyum, JB. Paknil tersentuh melihat seorang tua ditemani cucunya menjual tisu tersimpuh bersila di atas simen. Secara kebetulan dalam kereta Paknil ada telefon bimbit Leego yg bakal Paknil jual di #GoPaknil Rabu depan. Paknil turun dan hadiahkan padanya. Doa tulus dari pakcik itu untuk Paknil sudah cukup buat Paknil…
A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Peka terhadap golongan memerlukan
Tak sangka pulak video yg paknil letak di IG ni viral sebegini. Sebenarnya tujuan #paknil letak video ni untuk paparkan kewujudan golongan demikian depan mata kita. Mampu ke melihat sahaja mereka ini? Alhamdulillah. Dari pengamatan Paknil yg seketika berada di situ, ramai juga yg menghulur pd pakcik ni. Paknil pun kebetulan ada stok henfon tu dlm kereta, jd paknil hadiahkan pd pakcik itu. Alhamdulillah semua berlaku dgn izin Allah. Dgn viral dan diperkatakan ini jika akhirnya dpt lebih membantu pakcik ni selepas ini, sememangnya itu haluan rezekinya yg ditunjukkan Allah. Husnuzon
Menurut kata Aznil, tujuan beliau memuat naik video itu ialah untuk menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap kewujudan golongan yang memerlukan. Beliau juga gembira jika apabila video itu tular, sekurang-kurangnya boleh membantu lelaki warga emas yang menjual tisu itu.
Sumber: https://www.instagram.com/aznilnawawihm/?hl=en