Kehadiran lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh kuman.
Nak guna penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet sebegini memang tak sesuai, nanti habis semua bahan makanan yang disimpan berbau kimia ini.
Jadi kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih semula jadi iaitu gunakan rempah ratus.
Caranya mudah, tiada bahan kimia dan tak keluar modal kerana guna bahan yang memang sedia ada di rumah.
Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya. Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
Ads
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
Ads
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Ads
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Masalah batuk ini biasa kita alami tapi ia boleh buat kita tension berlarutan berminggu-minggu malah ada yang sampai mencecah 3 bulan.
Tak juga reda walaupun dah berbotol-botol ubat batuk diambil. Bagi korang yang sedang dalam situasi ini mungkin boleh cuba petua dari Ruziani Radzi.
Dia yang mengalami masalah batuk hampir 2 bulan akhirnya reda selepas mengamalkan petua dari pengamal perubatan Cina yang hanya menggunakan buah oren. Ruziani juga turut berkongsi cara-caranya.
Ambil dari pengamal ubatan Cina
Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.
Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah.
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (asthma)
Cara-caranya:
1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist).
3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Ada orang yang alah bila makan ikan tongkol atau dipanggil juga ikan kayu serta ikan aya. Kulit jadi gatal-gatal.
Memang sejak dulu, orang orang tua kita mengatakan ikan ini ada bisa. Jika nak makan juga kena buang bisanya terlebih dahulu. Mungkin sekarang tak ramai yang tahu tentang petua ini.
Dikongsi oleh Asmimy Abu Bakar ini cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk membuang bisa ikan tongkol.
Petua buang bisa ikan tongkol
Petua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol/kayu/ aya. Petua ini arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isinya bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan.
Selalu kalau siang ikan ini saja saya buat begini, sama ada ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua’lam. Caranya boleh rujuk pada gambar.
1. Pegang hujung ekor ikan dan pusing ikut arah jam.
2. Kemudian tarik hujung ekor, isi bisanya akan tertarik keluar sekali.
Kes akaun bank kena hacked memang selalu didengar, dan kita sentiasa berharap ia tidak berlaku kepada kita. Memang menangis jika semua wang yang disimpan bertahun-tahun dalam bank hilang sekelip mata angkara scammer.
Namun begitu jika kita perasan ada notifikasi duit dalam akaun kita sedang dikeluarkan oleh pihak yang tak diketahui ada cara yang boleh kita lakukan untuk menghentikan aktiviti tersebut.
Bagi yang menggunakan akaun Maybank sudah ada fungsi baru yang dinamakan sebagai kill switch untuk menghentikan semua aktiviti Maybank online bila mendapati akaun bank ‘dihacked’.
Sebelum ini bila perasaan akaun kena hacked pengguna ambil masa yang lama untuk menghubungi bahagian customes service bank. Jadi pihak scammer ada banyak masa untuk melakukan akviti pemindahan wang dalam akaun yang dihacked sementara akaun kita ‘diblocked’ oleh pihak bank.
Adanya fungsi ini kita sendiri boleh menghentikan akviti akaun dalam talian serta merta. Tak perlu tunggu lama lagi.
Cara untuk menggunakan fungsi ini pun mudah. Ada 2 cara sama ada menggunakan laman web www.maybank2u.com.my dan juga melalui aplikasi MAE
Cara untuk activate ini pun mudah.
Via laman web Maybank2u
1. Log ini www.maybank2u.com.my
2. Pergi ke Setting
3. Klik Security dan pilih Kill Switch
4. Di bawah Deactivate M2U akses, klik Deactivate
5. Baca terma dan klik Proceed
6. Klik ‘Confirm’ untuk teruskan.
Via aplikasi MAE
1. Buka ap MAE dan pilih More di bahagian bawah kanan
2. Klik Kill Switch
3. Pilih Deactivate M2U Access
4. Baca terma dan tekan Deactivate Now
5. Klik ‘Confirm’ untuk teruskan
Sebagai langkah mencegah akaun kita dari kena hack, elakkan dari klik link yang tidak kita ketahui dan meragukan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...