Salah satu tempat dalam rumah yang wajib kita bersihkan dan akan selalu buat kita geram adalah tepi tingkap. Selalunya inilah lokasi yang penuh dengan tahi cicak.
Bukan saja nampak kotor tapi baunya pun busuk. Bagi yang ada masalah ini di rumah boleh ikut petua daripada Roslina Hashim ini untuk menghalau cicak sekali gus menghindarkan dari masalah tahi cicak di lantai dan juga tepi tingkap.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair pencuci pinggan
Ads
Ads
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Sembur di kawasan yang cicak suka bersembunyi terutama berhampiran dengan lampu.
Ads
Racun ini boleh juga digunakan untuk halau semut. Lepas semburan, cicak takkan lagi berani datang di kawasan yang telah di spray tadi. Semoga membantu.
Cendawan celup tepung yang garing dan rangup memang sedap. Boleh makan macam tu saja macam makan kerepek. Kalau hidang sepinggan memang sekejap saja licin.
Nak hasilkan cendawan yang rangup dan sedap ini ada caranya, kalau teringin bolehlah ikut perkongsian Aisyah Humaira.
Bahan kering
1 paket cendawan
1 cawan tepung Bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit -ikut warna kuning yang diingini
Bahan lain:
2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Basuh cendawan tiram. Cukup lalukan pada air untuk bersihkannya. Jangan basuh sampai cendawan serap air. Tak perlu kering sangat sebab nanti akan diadun dalam bahan adunan basah.
2. Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
3. Tip menggoreng supaya rangup, letak separuh dulu cendawan dalam bekas adunan ratakan, kemudian masuk satu dalam kuali. Guna minyak yang banyak lagi bagus.
4. Dah hampir masak baru balikkan cendawan. Apabila cendawan dah nak garing baru leraikan yang melekat.
Guna api kena kuat, kecilkan api kalau nampak dah berasap ya. Goreng sampai bunyi desir dah kurang. Itu tanda cendawan dah masak elok.
Cendawan kena masak betul garing baru ranggup dan tak serap minyak.
Kalau suka beli kuih akok tapi selalu frust sebab rasanya ‘kureng’, banyak tepung dari telur, mungkin tiba masanya kita buat sendiri.
Nampak macam remeh nak buat kuih tradisional ini tapi sebenarnya kalau ikut cara yang dikongsi Ain Niey takdelah sesusah mana.
Tak perlu nak cari sabut bagai untuk bakar, pakai apa yang ada saja di dapur rumah kita.
Akok kedut cara saya
Bahan A
3 keping nise atau gula melaka saiz kecil
1 cawan air
2 helai daun pandan- simpul
Bahan B
10 biji telur ayam gred A
1 cawan santan + air 50ml
(saya guna Santan Kotak KARA )
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Cara buat akok kedut
1. Mula-mula masak gula melaka dengan secawan air serta dua helai daun pandan yang telah disimpulkan. Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya.
2. Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan ianya sejuk seketika pada suhu bilik.
3. Masukkan bahan B ke dalam pengisar bersama air gula melaka yang kita telah sejukkan. Kisar sekali sampai sebati.
4. Sapu minyak masak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar atas dapur gas hingga masak. Tutup dengan penutup periuk yang sesuai dengan acuan tu ya.
5. Agak-agak akok dah kembang dan naik boleh angkat. Sebenarnya nak bakar atas apa dan acuan apa terpulang pada kita. saya guna acuan kuih cara, itu saja yang ada.
Laksa ini memang ramai peminat. Tapi takkan nak pergi sini selalu kan. Kalau masuk mall faham-fahamlah mesti duit pun banyak keluar lagi lagi kalau anak ramai.
Jadinya kalau teringin nak makan, kita buatlah sendiri. Jangan risau ada yang sudi berkongsi resipi laksa yang rasanya ala-ala D Laksa. Jamu tetamu pun boleh dengan menu ini.
Nak buat pun senang, pakai pes dan sardin dalam tin saja. Boleh ikut resipi dikongsi Sharifah Zuhaiza.
Bahan-bahan:
Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar) Pes asam pedas adabi Bawang besar Bawang holland setengah biji Asam keping Belacan Daun kesum Bunga kantan Bebola ikan (option) Laksa basah
Cara membuat
1. Kisar sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. Nak lagi power, boleh juga blend sekali dengan nenas.
2. Masuk semua bahan dalam periuk. Masukkan air, masak ikut kepekatan kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin boleh ikut selera. Kalau suka rasa ikan yang kuat masuk semua pun boleh. Atau cuba letak sikit dulu, takut hanyir.
4. Akhir sekali masukkan bebola ikan. Petis udang ikut selera sama amda nak guna atau tak. Nak masukkan nenas dan daun pudina pun boleh.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...