Pinggan bercorak ini memang cantik malah harganya juga banyak yang murah. Sebab itu ramai yang teruja membelinya hingga ada banyak koleksi di rumah.
Dekat nak sambut raya ini, lagi lah ramai yang suka tambah koleksi. Tapi sebaiknya hentikan terutama jika di rumah ada wanita hamil dan juga kanak-kanak.
Ini kerana kebanyakan pinggan bercorak ini mempunyai logam plumbum (dalam penghasilannya dan berbahaya kepada dua golongan ini.
Ads
Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
Ads
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Ads
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Hidangan kerabu ada pelbagai dan selalu jadi pilihan terutama bagi yang mahu menu sihat namun sedap. Antara yang disukai adalah kerabu mangga, kerabu tauge, kerabu Maggi dan tak terkecuali adalah kerabu sotong.
Kalau biasa sotong kita masak sambal, bakar atau kari, kali ni kita buat pula kerabu sotong Thai. Mudah dan tak perlu banyak bahan. Caranya dikongsi oleh Yani Nadzirah II.
Cara buat kerabu sotong yang mudah, banyak tak banyak tapi sedap
Bahan-bahan
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar – siap hiris
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi – campur merah & hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey Thai – boleh ganti dengan gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (Nampla)
1 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar – dihiris
Cara membuat:
1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan dalam satu bekas dan letak air rebusan sotong satu sudu.
3) Masukkan nisey Thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.
4) Perasakan ikut cita rasa kita. Kemudian masukkan sotong yang sudah ditos bersama bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sampai mesra cili dengan sotong tadi.
5) Tabur tomato yang dah dipotong dadu dan daun ketumbar yang dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!
Sekarang ini kalau nak pergi mana-mana kebanyakannya mesti check in apps MySejahtera.
Kalau check in sorang-sorang takde masalah. Tapi kalau keluar satu famili dengan anak-anak kecil kenalah tulis dalam buku. Leceh juga sebab kena tulis nama
sorang-sorang.
Tapi sebenarnya kita boleh saja check in beramai-ramai sekaligus jika keluar dengan anak menggunakan app My Sejahtera. Mudahlah sikit, sekali saja check in walau ada tiga anak, contohnya.
Langkah nak ‘check in’ MySejahtera beramai-ramai sekaligus
Macam mana nak buat? boleh ikut langkah ini.
1. Klik Apps MySejahtera di telefon kemudian kemudian pergi ke Home. Bahagian atas sebelah kanan ada kategori More. Klik di situ.
2. Bila klik akan keluar seperti di bawah. Cari Manage Dependents dan klik.
3. Kemudian akan keluar seperti ini. Add dependents pada bahagian bawah.
Isi detail pada borang, pastikan isi nama penuh. Kalau lebih daripada seorang, tekan add another kemudian save. Selain anak boleh juga letak sekali nama ibu bapa kita yang tiada kemudahan smartphone jika kita selalu keluar dengan mereka.
Setiap kali nak ‘check in’ guna apps MySejahtera, akan tertera I’m with…. Klik pada nama yang bersama dengan kita. Jika sendirian, boleh terus tekan check in di bahagian bawah.
Jadi mudahlah kita nak patuhi SOP, check in sekali gus bila keluar dengan anak-anak.
NOTA
Perlu diingat, add dependents ini adalah untuk mereka yang tiada kemudahan smartphones seperti anak-anak kecil dan orang tua. Bagi yang dah ada boleh check in MySejahtera guna telefon sendiri.
Ikan bakar ada macam-macam versi, ada yang cuma kosong hanya garam dan kunyit dan ada juga menggunakan bahan perapan. Tapi apapun caranya ia tetap sedap.
Satu lagi cara olahan ikan bakar yang enak adalah ikan bakar sumbat rempah ratus. Tak ada air asam untuk cicah pun sedap dah, aromanya pun harum sebab dibakar dengan daun kunyit.
Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Fannil Nadzirah ini. Menurut beliau, ikan bakar ini adalah resepi dari keluarganya.
Ikan bakar sumbat rempah ratus
Menu rare kluarga kita, ikan bakar sumbat rempah ratus resepi Madura. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan:
Ikan cencaru – dibelah belakang.
Daun kunyit – untuk balut ikan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
5 biji buah keras
9 biji lada putih (tak nak pedas kurangkan)
Asam jawa – ikut cita rasa
3 biji cili hidup/besar merah
2-3 helai daun limau purut
Cara membuat:
1. Tumbuk lumat atau kisar bawang, buah keras, cili dan lada putih.
2. Kemudian tumis hingga masak, perasakan dengan asam jawa, garam dan gula.
3. Carikkan daun limau dan masukkan dalam tumisan. Dah masak elok tutup api dan biarkan sejuk.
4. Tumisan yang dah sejuk boleh disumbat dalam perut ikan.
5. Balut dengan daun kunyit dan bakar hingga masak sama ada atas dapur atau dalam oven.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...