
Membayangkan kemalangan ini saja sudah cukup mengerikan. Seorang wanita yang sarat hamil 39 minggu maut dalam satu kemalangan namun ajaibnya bayi ini masih hidup!
Impak daripada kemalangan tersebut bayi dalam kandungan terkeluar dari rahim ibu dan tercampak di atas rumput.
Wanita hamil itu merupakan penumpang sebuah lori yang membawa muatan kayu. Pemandunya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian yang berlaku di Cajati, Brazil.
Kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan wanita hamil itu dihempap kayu muatan lori tersebut.
Hentakan yang kuat mengakibatkan bayi terkeluar dari rahim ibunya. Bayi ajaib itu ditemui oleh pegawai perubatan selepas mendengar suara tangisan beberapa meter dari mayat ibunya.
“Ketika cuba membantu mencari mangsa di bawah timbunan kayu saya terdengar bayi menangis. Saya terkejut kerana setahu saya cuma ada dua mangsa dalam kemalangan itu,” ujar Elton Fernando Barbosa paramedik pertama yang sampai.
Selepas menemui bayi tersebut, dia terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital. Bayi tersebut bagaimana pun dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.
“Saya tak tahu bagaimana bayi ini boleh selamat kerana mayat ibunya di bawah timbunan kayu. Ia memang satu keajaiban,”ujarnya.

Bayi berkenaan bagaimanapun ditempatkan di rumah anak yatim memandang tiada ahli keluarga dan saudara yang menuntutnya.
Jururawat di hospital yang merawat bayi ini menamakannya sebagai Giovanna yang bermakna ‘dilindungi oleh Tuhan’.
Sumber: http://www.dailymail.co.uk
Aksi Anak Usik Ibu Sempena Hari Lahir Tular, Netizen Sebak Lihat Ibu Menangis Peluk Anak

Video yang dikongsi pemuda bernama Faizal Faiz Farish ini sebenarnya sesuatu yang menggembirakan tapi entah kenapa kebanyakan yang menontonnya rasa sayu hingga mengalirkan air mata.
Sudah ditonton hampir sejuta kali sejak dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu, Faizal mengusik ibunya sebagai cara untuk membuat kejutan di hari lahir wanita itu.
Berpura-pura sakit hingga muntah darah, ibu Faizal pulang ke rumah dan terus merangkul anak bujangnya itu dengan penuh kasih sayang hingga membuatkan ramai yang sebak menontonnya.
Tatkala ibu memeluk anak dengan penuh kerisauan, Faizal akhirnya menamatkan drama dengan mengeluarkan hadiah berupa jam tangan untuk ibunya.
Sambil mengalirkan air mata, si ibu tidak marah sebaliknya anak bujang itu terus dipeluk dan dicium berulang kali. Situasi ini sekali lagi membuat ramai netizen terharu.
‘Hari ni birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya, ingat 31 Oct. Bila ingat balik, 30 Oct rupanya. So saya kelam kabut la pergi ambil kek, masa dekat kedai kek, saya call mak saya, bagitau saya tak sihat. Minta tolong mak bawa pergi hospital. Saya bagitau saya otw blk rumah. So my mom kelam kabut la. Sampai rumah saya suruh adik standby plan kami. So this is the video.’
Demikian catatan Faizal yang turut disertakan dengan video bersama ibu yang kini tular di media sosial.
Sumber: Faizal Faiz Farish
Parent, Pesan Pada Anak Jangan Beli Jajan ‘Pistol’ Air Ini! Elak Kejadian Murid Koma Berulang

Isi Kandungan
Toggle
Memang perkara biasa anak-anak yang bersekolah menggunakan wang saku untuk membeli jajan. Dan air yang dipek dalam botol plastik berbentuk pistol ini salah satu daripadanya.
Menjadi kegemaran terbaru murid sekolah rendah rupanya kandungannya sangat diragui. Perkara tersebut didedahkan oleh seorang guru ohd Fadli Salleh yang merampas banyak pistol ini daripada muridnya.
Kebimbangan guru ini ada asasnya kerana beberapa tahun lalu dia pernah berdepan pengalaman murid koma akibat mengambil air minuman dari jajan seperti ini.
Berikut adalah perkongsian daripada beliau.
Gambar ini gambar mainan. Tapi artikel ini bukan main-main. Kau baca elok-elok dan ambil pengajaran.
Ini sejumlah hasil rampasan ‘perang’ hari ini. Ni baru rampas dari 3 kelas. Sesi petang sekolah aku ada 12 kelas semuanya. Memang berguni-guni aku rampas tadi.
Ini bukan pistol air yang biasa. Yang ini sangat bahaya. Apa yang bahayanya?
1. Air dalam tu. Pistol ini bila dibeli ada air manis, masin, dan masam. Bergantung pada kaler pistol kau beli.
2. Air itu aku sangat ragui banyak hal. Pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lupa aku nak snap dekat-dekat apa ‘ingredients’ air tu.
3. Lepas tu logo halal dia memang cap ayam lah. Halal betul atau haram entahlah. Tapi aku syak logo tipu.
4. Tiada tarikh luput. Barang makanan mesti ada tarikh luput kan? Yang ni yilekk. Beli hari ni, 7 tahun lagi kau nak minum pun boleh.
5. Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh pengilang ini. Kau tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?
Murid umur 8 tahun tak sedar diri berhari-hari
Baik. Kau dengar sini. Dua atau tiga tahun lepas, murid aku umur lapan tahun tidak sedarkan diri berhari-hari. Senang kata, koma.
Puas doktor cari punca, setelah kajian dibuat, mereka percaya punca utama adalah dari air minuman jenis ‘spray’ dalam mulut.
Hal ini aku pernah berkongsi dua atau tiga tahun lepas kat wall aku. Dapat beribu share jugalah sebab benda tu tengah viral dan budak-budak suka. Lagi pun harganya murah. Sekitar 50sen hingga seringgit sahaja.
Kandungan air yang tidak tahu bila lagi dibuat, bahan kimia di dalam air, bahan kimia pada bekas plastik yang rendah kualiti, spring untuk sembur air yang berkarat dan bakteria-bakteria jahat yang banyak dalam minuman air jenis ‘spray’ itu dipercayai meracuni sistem badan murid aku dulu.
Aku nak ulas lanjut pasal keracunan pun, bukan bidang aku. Karang nampak sangat aku buat-buat bijak padahal jahil dalam bab ini. Jadi aku cuma tulis apa yang disampaikan kat aku dulu dan tulis semula.
Murid beli dan tembak dalam mulut untuk rasai air, itulah yang bahaya!
Hari ini aku kesan pistol air pula dijual di luar pagar sekolah. Harganya cukup murah, RM1 untuk dua pistol air ini. Memang murid mampu beli lah. Pistol itu tiada masalah kalau diisi air dan buat main tembak-tembak.
Yang jadi masalah ialah ‘air minuman’ dalam pistol tu. Murid beli dan tembak dalam mulut untuk merasai air tu. Itu yang bahaya. Itu yang boleh mengundang maut jika silap gaya.
Peniaga kat luar pagar ni, sekolah tak boleh halau. Luar pagar sekolah beb. Bukan bidang kuasa guru lah. Aku cuma boleh pesan kat murid supaya tidak membeli diluar pagar sekolah. Itu sahaja.
Mereka peniaga pun tak tahu juga benda ni bahaya. Esok aku akan jumpa peniaga kat luar sekolah aku dan slow talk suruh dia jangan jual lagi benda ni. Stok yang ada aku nak borong semua dengan dia.
Ye lah, takkan nak suruh dia buang gitu je kan? Kena fikir periuk nasi orang juga. Peniaga luar pagar pun bukan orang senang juga. Harap mereka bagi harga modal dah la kat aku esok.
Kau kalau jumpa pistol macam ni, tolong pesan kat peniaga jangan jual lagi. Kalau kau ada duit, kau borong semua. Lepas tu kau isi air paip, kau jual la semula. Dapat la modal kau balik. Silap-silap untung lagi. ?
Buat main tembak-tembak cukuplah. Jangan bagi budak-budak minum. Tambah-tambah anak-anak kita.
Dan aku tak kata kandungan air tu boleh membawa maut. Karang tak pasal-pasal aku kena saman.
Tapi aku sangsi dan sangat meragui. Lagipun kes beberapa tahun lalu masih terbayang di mata aku. Mujur murid aku akhirnya stabil setelah beberapa hari. 3-4 minggu jugalah dia cuti sebab kes ni.
Sebelum benda sama berulang, baik kita beringat. Sebelum ada kejadian yang bakal kita kesali datang lagi, baik kita hati-hati. Sama-sama kita berpesan.
#puakabersekutu
#MFS
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Pengantin Lelaki Menangis Sentuh Tangan Isteri Kali Pertama Selepas Nikah. Video Viral dan Ini Kisah Mereka

Isi Kandungan
Toggle
Sejak kelmarin viral di laman sosial video pengantin lelaki yang gementar malah mengalirkan air mata ketika hendak memegang tangan isterinya kali pertama selepas ijab dan kabul untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka.
Video tersebut dimuat naik oleh pelakon terkenal Fasha Sandha dalam instagram miliknya semalam dengan caption berharap agar mendapat jodoh dengan lelaki yang baik seperti di dalam video tersebut.
Status tersebut mendapat reaksi ramai netizen yang mengaminkan doakan Fasha Sandha selain mendoakan jodoh pasangan dalam video berdurasi seminit itu berkekalan.
Tular hingga ke Indonesia
Dalam pada itu sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pengantin lelaki dan perempuan tersebut.
Video pernikahan itu adalah milik pasangan Nurul Hidayah Zaini dan suaminya Mohd Jazlan Mohd Jan. Malah ia pernah viral sebelum ini.
Ia dirakam selepas majlis akad nikah mereka hampir setahun yang lalu. Mengimbas jodoh pasangan ini, keduanya dipertemukan buat kali pertama oleh ibu bapa Nurul Hidayah di Masjid Nabawi.
Tidak bercinta seperti pasangan muda mudi sekarang, Nurul Hidayah dan Jazlan berkenalan hanya seketika sebelum melangsungkan pernikahan Julai tahun lalu.
Tidak hairanlah jika Jazlan yang ketika ini masih menuntut di Arab Saudi begitu gementar untuk menyarungkan cincin ketika upacara membatalkan air sembahyang.”
“Cemas sikit masa nak pegang tu, saya tak pernah pegang tangan perempuan seumur hidup saya,”kata Jazlan memetik status Nurul Hidayah ketika mengimbas kembali video pernikahan mereka yang baru-baru ini tular di Indonesia pula.
Baru sambut anniversary pertama
Selepas setahun mendirikan rumah tangga, berikut dikongsi foto pasangan ini dan sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
A post shared by محمد جزلان ? (@nurulhidayahzaini) on
A post shared by محمد جزلان ? (@nurulhidayahzaini) on
Sumber: instagram nurulhidayahzaini, jaz_z88 dan www.thevocket.com