Selain pokok cili biasa, pokok cili jambak juga sering ditanam keliling rumah. Seronok bila tengok hasilnya, sekali berbuah memang meriah.
Teringin untuk mendapat hasil cili sejambak begini, perkongsian di laman sosial Facebook Adam Harris Mohd Shaifullah memberi panduan untuk menanamnya di laman rumah sendiri.
Tanam cili jambak seperti jambangan bunga
Langkah 1 :
– Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8 jam atau 1 malam .
– Tujuan rendam ini untuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
– Seeloknya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
– Keringkan benih yang sudah direndam mengunakan penapis, kertas atau tisu. Tujuan kering ini supaya mudah untuk disemai dan benih mudah untuk dikendalikan.
Langkah 3 :
– Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
– Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Ads
Langkah 4 :
– Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
– Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
– Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
– Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
– Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam keseluruhan selama 3 ke 5 hari.
Ads
– Hari ke 3 hingga 5 benih sudah mula bercambah. Anda boleh mengalihkan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
– Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan benih ke kawasan yang menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
– Siram setiap pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
– Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit (beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh juga gunakan baja organik.
– Setelah usia 2 minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alihkan pula ke pasu, polybag atau atas tanah.
Ads
Langkah 9 :
– Baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali. Untuk pokok yang bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
– Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda menggunakan baja biji NPK, berhenti guna baja apabila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Nota: Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.
Kebiasaanya setelah kita mengupas bawang yang digunakan dalam sesuatu masakan, kulitnya akan dibuang begitu saja.
Namun selepas ini eloklah disimpan kerana kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja untuk menyuburkan pelbagai jenis pokok herba serta tanaman lain.
Suburkan pelbagai jenis pokok tanaman.
Selain itu, ia juga boleh menggalak pertumbuan pucuk baru dan mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman.
Kulit Bawang Sebagai Baja Penggalak Tanaman
Caranya:
1. Simpan kulit bawang yang dikupas untuk masak sehari-hari & masukkan dalam plastik atau kotak.
2. Apabila sudah banyak, cuci kulit bawang tersebut. Seterusnya rendam kulit bawang semalaman.
Rendam semalaman.
3. Esoknya sudah boleh siram pada pokok herba atau tanaman.
4. Kalau tidak mahu rendam dulu, boleh terus tabur pada pangkal-pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya tidak diterbangkan angin.
Elak serangga perosak.
Manfaat kulit bawang:
– Mampu membantu menyuburkan tanaman anda
– Mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
– Mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
– Mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak..
– Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga & buahan.
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai, sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat. Kalau ke pasar brokoli antara sayur yang mesti dibeli.
Tapi bila pulang dan bersihkan sayur ini kita mesti perasan pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.
Kita sendiri tahu untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun digunakan.
Menyedari perkara ini, Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.
Warna putih seakan lilin
Dulu Kak Mie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu. Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la Kak Mie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Bersih guna 3 bahan dapur ini saja
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. Insya-Allah.
Cuba rujuk video kat bawah. Kak Mie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam. – Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli (racun lilin dah hilang).
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...