Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465.
Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.
Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.
Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.
Simpan duit cara ekstrim
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Ads
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.
Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni? – kumpul modal deposit rumah – kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi) – dana kecemasan keluarga – dana pendidikan anak-anak – dana umrah/haji – spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Ads
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Bagi yang memelihara kucing di rumah tip yang dikongsi oleh Lembayung Cahya Rabbani ini memang sangat berguna.
Ia membantu menyelesaikan bau najis kucing yang selalu jadi masalah utama mereka yang memelihara haiwan ini dalam rumah.
Bagusnya cara yang dikongsi cukup mudah dan murah iaitu hanya menggunakan arang. Kosnya hanya sekitar RM4-RM6 saja.
Cara berkesan hilangkan bau najis kucing dalam rumah, guna arang
Saya nak berkongsi satu tip yang baru saya buat dua hari lepas. Tip ini bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.
Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).
Letak dalam botol yang dilubangkan
Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).
Gantung tepi litter box
Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.
Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.
Cara ini jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik, saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.
Ikan cencaru sumbat memang ramai yang suka. Cuma yang tak best bila nak goreng ikan ini.
Habis minyak jadi hitam dek sambal yang terkeluar. Dah lah sekarang minyak mahal kan. Nak kena tukar minyak bila goreng banyak.
Supaya tak berdepan masalah minyak hitam dan sambal terkeluar ini sebenarnya ada caranya. Bakar saja dalam air fryer atau oven, setel masalah. Minyak guna sikit dan sambal pun kekal dalam ikan. Caranya dikongsi oleh Munira Ali.
Cencaru sumbat sambal guna air fryer lagi senang
Cencaru sumbat sambal. Asal nak goreng tapi bila malas nak kotorkan minyak dan kuali. Jadi saya bakar dalam air fryer saja, dalam oven pun boleh. Jadi tak lah kotorkan minyak kan. Rempah dalam ikan pun tak keluar. Lawan pulak dengan air asam. Yummy
Bahan-bahan untuk sambal
1½biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4-5 tangkai cili api
Belacan sikit
Cukup rasa
Asam jawa
Gula 1 sudu Nota: Sukatan bahan untuk 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalai ikan banyak boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas tambah cili.
Cara membuat:
1. Kisar kasar bawang, cili serta belacan, kalau tumbuk lagi sedap.
2. Tumis sekejap sambal tadi hingga masak, masukkan perasa, air asam dan gula.
3. Dah siap tumis, sumbat dalam ikan yang dibelah.
4. Masukkan dalam air fryer. Sembur minyak sikit supaya ikan tak kering sangat.
5. Guna suhu 180 darjah Celsius, masa 15 minit kemudian terbalikkan. Biar lagi 15 minit. Nak lebih garing tambah lagi 5 minit. Siap!
Hujung minggu ramai yang akan bersihkan rumah. Sebelum puasa ini masa yang elok untuk cuci sekali langsir memandangkan nak buka dan pasang memerlukan tenaga juga.
Bagi yang menggunakan langsir eyelet, mungkin memilih mencucinya menggunakan tangan saja kerana adanya ring eyelet. Ada juga yang buka ring untuk dicuci dalam mesin basuh dan memasangnya semula.
Tapi sebenarnya boleh saja mencuci langsir eyelet ini menggunakan mesin basuh tanpa membuka ring tersebut. Cara ini dipraktikkan oleh Hashimah Hassan.
Cara cuci langsir eyelet dalam mesin basuh
Ini cara saya ya;
1. Buang habuk atau vacum langsir. Kotoran langsir selalunya debu saja. Jadi sebaiknya vacum saja.
2. Cantumkan bahagian eyelet setiap helai langsing dan ikat dengan tali pada 3 bahagian supaya tanggal ketika berpusing dalam mesin basuh.
3. Kemudian masukkan dalam mesin basuh dan mulakan proses cucian. Tak perlu gunakan spin. Basuh dan bilas saja.
4. Dah siap boleh perah dan terus jemur, jangan biarkan terperuk lama dalam mesin basuh atau besen supaya tak berkedut.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...