Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Ads
Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Kena banyak minum air
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Kita sangka selesema biasa, tapi selepas tiga empat hari disahkan kena influenza. Ada banyak kes begini berlaku memandangkan simptom demam selesema malah Covid-19 dengan influenza ini sama saja.
Memandang wabak influenza semakin menular maka ramai yang gusar terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Adalah penting untuk kita membezakan dua masalah kesihatan ini supaya rawatan boleh diambil secepat mungkin jika disahkan mengalami influenza.
Untuk pengetahuan semua demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan, adalah simptom demam selesema biasa. Walau bagaimanapun, ia mungkin juga bukan. Sebaliknya, influenza (juga dikenali sebagai flu) berkemungkinan adalah penyebabnya.
Dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza. Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus.
Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza.
Selesema
Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C. Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.
Influenza
Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D. Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil. Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1. Bagaimana ingin membezakannya?
Cara untuk membezakan
Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan antara kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom yang dialami.
Namun, secara amnya simptom influenza lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Berbeza dengan selesema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur. Beberapa perbezaan lain pula adalah:
Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
Influenza menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom influenza.
Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam influenza.
Tanda bahaya
Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:
Sesak nafas.
Bibir dan kulit berwarna biru.
Ruam.
Terlalu penat sehingga tidak mampu bangun.
Mungkin bukan kedua-duanya, tetapi denggi
Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi. Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.
Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala. Jangan lupa juga untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang berkesan.
Antara tanaman yang biasa kita tanam di rumah selain serai, daun pandan dan cili adalah daun kunyit dan halia.
Tapi masalahnya selalu tak menjadi. Jika berdepan masalah sama boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Robiah Abdrahman ini.
Cara mudah benihkan pokok kunyit & halia
Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas (biasanya 1-2 minggu), boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Kalau ruang bawah tangga di rumah masih kosong boleh ikut idea DIY yang dilakukan Norasly Omalicha ini.
Hanya guna kayu, playwood dan span. Kemudian ditutup dengan kain velvet yang dihiasi butang berkilat terus nampak menyerlah dan mahal.
Kata Norasly, sofa ini memang jadi tempat kegemaran ahli keluarga dan tetamu untuk bersantai. Selain tahan lasak, ruang bawah sofa ini juga boleh dijadikan tempat simpan barang juga. Memang berbaloi buat.
DIY sofa bawah tangga
Barang yang digunakan:
Span kuning sekeping RM2.50 (beli di hardware)
Kayu 4×4, 2×4, plywood tebal setengah inci (beli di hardware)
Roda (beli di Ace Hardware)
Kain velvet Biru (beli di Sportlight)
Buttons Diamond (Lazada @ Shoppe) Klik SINI untuk beli
Bamboo Batting (Sportlight)
Polyester Fiber Batting (Sportlight)
Langkah demi langkah:
Gambar sebelum ruang tangga masih kosong
2. Buat rangka sofa guna kayu dan plywood untuk tempat duduk dan bahagian bawah. Alas dengan span dan Polyester Fiber Batting sebelum pasang kain velvet.
3. Atur & lekatkan span untuk tempat duduk
4. Sebelum pasang kain velvet, alas dengan Polyester Fiber batting.
5. Siap pasang kain velvet. Kemaskan.
6. Sebelum itu letak button diamond dan rosa di bahagian bawah.
Siap!
Buat bantal juga supaya selesa kalau nak bersandar.
Deko sikit supaya cantik. Memang jadi port santai hari siang.
INFO
Lebihan kain velvet boleh buat bantal.
Letak roda dan tali supaya senang ditarik untuk kerja pembersihan.
Sofa begini kalau nak beli mungkin cecah harga ribu, bila buat sendiri banyak yang boleh dijimatkan.
Boleh juga cari idea di Youtube, Pinterest, blog dan sebagainya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...