Masalah bau busuk dan kehadiran lipas dalam bilik air memang biasa. Tapi keduanya memang boleh buat kita segan terutama kalau ada tetamu berkunjung di rumah.
Kalau dah sembur pewangi dan semburan untuk serangga tapi tetap ada bau dan lipas menjalar apa kata kita buat sendiri penyelesaiannya.
Dikongsi oleh Azlin Alias di TikTok beliau berkongsi cara untuk mewangikan bilik air di samping menghalau lipas.
DIY pewangi bilik air & penghalau lipas
Tips jimat namanya. Insya-Allah bilik air sentiasa wangi dan ubat gegat untuk halau lipas pun tak cepat kecut.
Di sekitar kawasan rumah ada pokok buah, tapi daun saja lebat buahnya tak pernah ada walaupun pokok dah besar.
Apa nak buat dengan pokok yang dah matang macam ni tapi tiada hasil. Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah buat kaedah pruning. Perkongsian daripada Asri Atan ini boleh dijadikan panduan.
Ada pokok buah di kebun/dusun/tepi rumah, tapi daun saja lebat, buah tiada? Cuba buat pruning;
1. Buang semua daun/tunas air pada tengah dahan. Tinggalkan daun pada bahagian hujung sahaja. Sila rujuk gambar.
2. Kemudian letak baja buah. Saya pakai baja Novatec 15-3-20. Saya dah buat pada 2 pokok manggis di kebun dan alhamdulillah dah berbunga dengan lebatnya.
Sebenarnya kedua-dua pokok manggis ini dah dua tahun tiada buah walaupun sebelum ini elok saja berbuah. Selepas melakukan pemangkasan barulah nampak hasilnya semula.
Info pruning atau pemangkasan
Pemangkasan pada dasarnya adalah membuang mana-mana bahagian pada pokok yang tidak diperlukan seperti tunas air, ranting yang melempai ke tanah, berpenyakit atau rosak dan dahan yang meninggi.
Teknik pemangkasan yang betul boleh membawa pulangan hasil lumayan kepada tanaman yang anda usahakan.
Cara pemangkasan
Terdapat 3 sistem pemangkasan iaitu sistem batang utama, sistem terbuka tengah dan sistem terbuka tengah diubahsuai.
Sistem Terbuka Tengah – Dahannya yang meninggi di tengah pokok dipangkas, kemudiam dibiarkan 3-4 dahan sebagai dahan pembuahan. Biasanya digunakan pada pokok rambutan, longan, pulasan, jambu dan nangka.
Sistem Batang Utama – Sistem ini hanya memerlukan hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh menegak dan dahan sisinya akan tumbuh secara mendatar. Sistem ini biasa digunakan untuk pokok durian, manggis, dokong dan cempedak.
Bila muka ada masalah terutamanya breakout kebanyakan kita biasanya akan terus cari produk kat farmasi untuk atasinya.
Sama juga dengan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Ji ini. Akibat masalah jerawat yang teruk dalam tempoh yang lama gadis dia sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk merawatnya.
Tapi hasilnya tetap hampa. Sehinggalah satu ketika dia mencuba rawatan secara tradisional yang dicadangkan oleh seorang nenek di kampungnya.
Menggunakan tepung pulut sebagai mask ternyata inilah rawatan yang berkesan dan serasi dengannya. Malah kulit yang dulu penuh jerawat merah kembali pulih dan halus. Ha…hebat tak penangan tepung pulut!
Nak tahu macam mana petuanya boleh ikut thread yang dikongsi oleh t$unadeh .
Ambik petua dari nenek kat kampung
Cara buat mask
Hasilnya jerawat surut, kulit mulus macam punggung baby
Buat mask sekerap mungkin
Untuk yang ada masalah jerawat bolehlah cuba ni dulu sebelum beli produk mahal. Tak rugi, tepung pulut berapa ringgit jer pun uols.
Kerja membersihkan rumah terutama di dapur memang tak pernah sudah. Tapi kalau nak mudahkan kerja membersih dan juga jimat boleh cuba homemade semburan perkongsian dari Yatie Eimra.
Dia menggunakan semburan ini untuk bersihkan macam-macam perkara di rumah. Antaranya bersih kesan minyak, hilangkan bau hanyir, cuci kain lap dapur, bersih cerek berkarat, malah boleh juga untuk halau semut. Hebat kan!
Bahan yang digunakan pun senang dicari, jadi tak perlu beli pelbagai produk pembersih.
Spray serbaguna (homemade)
Bahan yang digunakan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Essential oil/ kulit kayu manis- jika tak mahu ada bau masam
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray. Sedia digunakan.
Kegunaan
1. Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & singki dengan spray ini untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
2. Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas makanan yang berminyak penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
3. Masa baking
Jika mahu’membaking, nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi. Boleh spray pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun
4. Bersih kain lap dapur
Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan minyak akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit, melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum).
Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
5. Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender
Yang suka buat kek guna blender elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan. Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak. Tapi kena rendam kejap la. Jangan terus basuh lak..
6. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik
Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
7. Semburan ini juga berguna untuk halau semut daripada menjalar di atas dapur
Cuma sembur saja di bahagian yang selalu ada semut. Selamat untuk digunakan kalau di rumah ada anak kecil. Tak perlu lah guna bahan kimia.
TIP: Jika nak buat dalam kuantiti banyak
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat).
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...