Basuh baju putih sekali dengan baju warna lain, sekali bila angkat baju putih dah tercalit dengan warna lain. Kena pulak pada baju kesayangan, memang frust kan.
Kalau terkena situasi begini waktu basuh pakaian jangan bimbang, ada cara untuk pastikan warna yang terkena pada baju putih itu hilang.
Caranya tak perlu beli produk pencuci pun, cuma guna limau nipis. Cara ini dikongsi oleh Chef Pejo yang menurut beliau kaedah ini diperoleh dari orang-orang tua.
Tip kalau baju putih kena kain luntur warna
Mesti ada dalam ni yang pernah basuh baju warna campur sekali dengan baju putih. Lepas basuh, tengok-tengok baju warna tu turun warna menyebabkan baju putih jadi ada kesan warna lain.
Ini ada tip yang tak seberapa untuk memastikan baju putih itu kembali putih. Senang saja caranya;
1. Panaskan air di dapur sehingga panas.
2. Campurkan 2-3 ulas limau nipis. Rendam baju yang terkena kesan warna. Kacau sehingga baju terjejas itu tadi kembali kepada warna asal.
Dapat tip ini pun dari orang-orang lama. Kalau rasa berguna boleh share. Tak perlu bayar pun.
Selain langsing ketinggian bak model adalah bentuk tubuh yang diidamkan wanita. Tapi tak semua kita memilikinya.
Ada yang langsing tapi rendah dan ada juga yang rendah, berisi pula. Nak tinggi memang takkan boleh kalau usia dah mencecah 20 tahun. Jadi salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah membentuk ilusi kaki yang lebih panjang. Macam mana nak buat? Tipnya mudah saja.
Lipat sikit bahagian hujung
Bila memakai seluar jeans terutama yang mengikut bentuk kaki, lipat sedikit bahagian hujungnya seperti di atas.
Pastikan anda tidak mengenakan seluar yang labuh meleret, hingga menutup tumit.
Pilih seluar yang berwarna gelap.
Jika anda selesa, ‘tuck in baju’ anda kerana baju yang labuh menutup sebahagian kaki dan menampakkan anda lebih rendah.
Kasut warna biar senada dengan kulit
Selain itu pastikan anda mengenakan kasut yang sesuai, dan ia tak semestikan kasut yang bertumit.
Ini adalah kombinasi jenis jeans/seluar dan kasut yang sesuai untuk anda pakai.
Tip ekstra
Pilih kasut yang hampir sama dengan tona kulit terutama jika mengenakan skirt untuk membentuk ilusi kaki lebih panjang.
Banyakkan koleksi kasut stiletto atau runcing di bahagian depan.
Elak pakai kasut dengan tali yang bersilang-silang dengan bahagian buku lali. Ia akan menyebabkan anda nampak lebih pendek kerana kesan gangguan di bahagian kaki.
Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web Quara mengemukakan satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an. Mereka bertanya apa yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua.
Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana ia memang ada benarnya.
1. Simpan duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.
5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...