
Isi Kandungan
ToggleSelalu terjadi dah beli roti pek besar tapi dah sampai tarikh luput tak juga habis. Daripada terbiar naik kulat, elok guna buat pizza roti tawar begini. Cara buat pun mudah, tak perlu bakar dalam ketuhar bagai. Boleh guna kuali saja.
Resipi pizza roti tawar
Bahan-bahan
4-5 keeping roti tawar
2 butir telur
100 ml susu UHT
Bahan topping
2 sosej -dihiris
Sos Bolognese (sos tomato)
Parutan keju
Serbuk parsley (jika ada)
Cara membuat
1. Campur telur dan susu UHT dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
2. Potong dadu roti tawar kemudian campur dalam bancuhan telur tadi. Gaul hingga bancuhan menyerap dalam roti.
3. Panaskan kuali non stick kemudian oles dengan marjerin.
4. Letakkan adunan roti tadi di dalam kuali. Letak sos, tabur sosej, keju dan serbuk parsley di atasnya.
5. Kemudian tutup kuali, bakar dengan api kecil hingga pizza dan bahan toping masak.
Sumber: Musfina Ayub
Cara Buat Siakap Goreng Pedas Manis, Buat Sendiri Lagi Jimat

Isi Kandungan
ToggleBiasa bila beli ikan siakap, kita buat masak tiga rasa tapi apa kata buat menu lain pula. Kita buat siakap goreng pedas manis macam ni. Tengok pun dah tahu sedap kan, lagi menarik bahan nak membuatnya pun tak banyak.
Kalau makan di restoren harga lauk berasas siakap begini agak mahal, tapi kalau buat sendiri memang jimat. Caranya dikongsi oleh Wan LuQman.
Cara Buat Siakap Goreng Pedas Manis
Bahan-bahan
1 ekor siakap saiz kecil / sederhana
2sb cili dan bawang kisar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang holland
Tepung jagung
Sos tiram, sos nampla (sos ikan), cili sos
Garam
Cili padi, nenas
Air limau / air asam jawa
Gula
Daun sup
Cara membuat:
1. Siakap yang dah dibersihkan dilumur dengan garam dan tepung jagung seluruh bahagian.
2. Panas minyak dalam kuali, guna minyak yang banyak supaya ikan tenggelam bila digoreng. Bila dah garing, angkat dan tos.
3. Cincang bawang putih kemudian tumis sampai garing. Seterusnya masukkan cili dan bawang kisar, tumis lagi sampai garing.
4. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan air limau. Kacau sebati.
5. Bubuh gula dan renjis sedikit nampla. Kacau.
6. Masukan cili padi yang dihiris serta nenas yang dipotong bersama bawang.
7. Akhir sekali masukkan daun sup. Kacau kemudian tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Sedia dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan LuQman.
Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Isi Kandungan
ToggleRamai yang tahu sisa ikan dan udang memang baja yang sangat baik untuk menyuburkan tanaman. Malah ramai yang mempraktikkannya untuk tanaman di rumah.
Tapi betulkah cara kita membaja menggunakan sisa ikan dan udang ini. Silap cara kawasan rumah boleh jadi busuk. Supaya baja ini memberi kesan yang ‘power’ pada tanaman, usahawan tani Azuan Abdullah (AA) memberi panduan yang betul menggunakan baja organik ini.
5 langkah membaja pokok guna sisa ikan dan udang
Setiap kali siang udang dan ikan, AA akan simpan kepala udang dan perut ikan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. Kedua jenis sisa ini sangat power bila digunakan pada pokok.
Khasiat perut ikan dan sisa udang
Kepala dan kulit udang ini kaya dengan chitin atau chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ini. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.
Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga. Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.
Saya guna terus 2-2 sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar di bawah.
Langkah membaja
Pokok limau kasturi ini ditanam dalam tayar di tepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.
Langkah 1
Ambil sisa kepala/kulit udang dan insang/perut ikan yang baru lepas disiang.
Langkah 2
Mula-mula kita buat alur di bawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.
Langkah 3
Tabur saja kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.
Langkah 4
Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.
Langkah 5
Akhir sekali, siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.
Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.
Selamat mencuba.
Sumber: Azuan Abdullah
Kalau Mahu Anak Cepat Pandai Menulis, Guru Ini Pesan Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Isi Kandungan
ToggleMak dan ayah mana yang tak mahu anak cepat menulis. Jadi satu kebanggaan bila jika anak pada usia seawal tiga atau empat tahun sudah mampu melakukannya.
Kalau ini yang mak ayah inginkan, maka kita memang kena bantu anak. Selalunya kita akan beri anak pensel dan kertas pada mereka untuk dibiasakan.
Pada pemikiran kita ibu bapa inilah asasnya, walhal hakikat sebenar untuk melatih anak cepat menulis bukanlah dengan cara ini.
Sebaliknya menggunakan kaedah latihan yang langsung tak kita jangka kesannya. Gumpal kertas, guna gunting, mengecop dan sebagainya.
Inilah yang dikongsi oleh seorang guru pendidkan awal kanak-kanak Puan Ashikin Hashim
Aktiviti ini bantu skill menulis anak
Nak ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu???? Nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet :
Ashikin Hashim 🙂
Early Childhood Practitioner
Menggumpal kertas | Menekan | Menggunting
Mengecop | Mengoyak | Mengupas
Bermain bongkah & tali | Permainan manipulatif | Bermain Lego
Merangkak dan melukis menggunakan jari
Senang saja kan. Tak sangka aktiviti biasa tapi sebenarnya inilah yang bantu anak cepat menulis. Harap ibu bapa dapat aplikasikan cara paling mudah ini pada anak-anak.