
Kuih apam balik ini selalu jadi hidangan petang. Kebiasaannya kita beli saja, tapi hakikatnya nak buat sendiri apam balik ini mudah sangat.
Pakai kuali non stick saja, bahannya pun sikit. Paling best kalau buat sendiri boleh letak jagung dan kacang banyak. Terpulang nak buat tebal atau nipis dan ranggup. Boleh cuba resipi perkongsian Raihan Mahat ini.
Apam Balik Homemade
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega
Bahan tabur:
Kacang tanah ( beli yang dah siap kisar)
Jagung manis dalam tin
Gula
Cara membuat
1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sapu mentega di permukaan non stick pan. Sapu sikit saja.
4. Tuangkan 2 senduk adunan dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.
5. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula, kacang dan jagung. Kemudian lipat dua dan sapu majerin.
6. Supaya senang waktu nak memotong, lalukan pisau kat air terlebih dulu sebelum potong.
INFO: 1 adunan ini boleh dapat dalam 4 keping.
Sumber: Raihan Mahat
Dilema Ibu Bekerja dan Bayi Masih Menyusu, Ini 3 Persediaan Penting Perlu Anda Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Ibu bekerja memang selalu ada masalah untuk memastikan stok susu sentiasa banyak. Mana nak kerja, mana nak buat stok susu. Namun anda boleh cuba ikut tip yang diberikan oleh ibu ini.
Paling utama anda kena tahu corak rutin penyusuan anak anda. Ada bayi yang kuat menyusu dan ada juga yang menyusu sedikit.
Pengasas Adrini’s melalui facebook, Nini Selamat berkongsi tip persediaan yang ibu bekerja perlu tahu demi memastikan stok susu sentiasa ada.
1. Kena ada pam susu
Ibu perlu peruntukkan sedikit bajet untuk membeli pam susu. Pilihlah pam elektrik untuk memudahkan ibu mengepam susu di tempat kerja. Sekarang pun ada pam yang boleh dicas menggunakan USB kan? Senang sangat.
Pilihlah pam susu yang tidak sakit apabila digunakan, buat ibu rasa selesa, tidak bising dan memudahkan pergerakan ibu. Ada macam-macam pam susu di pasaran. Pilihlah yang terbaik. Mahal atau murah bukan persoalannya. Namun keselesaan adalah pilihan utama.
Pam susu ada banyak range di pasaran. Yang penting pam tu jenis yang bila pam tak sakit, kita rasa selesa, tak bising dan memudahkan. Satu lagi, elakkan beli pam susu jenis yang macam hon basikal dulu-dulu tu.
2. Stok susu
Ibu yang hendak kembali bekerja selepas habis berpantang, perlu buat stok susu. Ini bagi memastikan bayi mendapat susu apabila diperlukan walaupun menggunakan botol susu.
Untuk mommy yang bekerja, stok susu tu adalah nyawa tau. Susu tumpah sikit pun dah rasa nak nangis sangat-sangat. Nak nak kalau yang pam susu kais pagi makan pagi tu.
Untuk stok susu, kita boleh mula buat stok bila susu matang dah keluar. Sebab selalunya 7 hari pertama tu kita akan fokus pada baby kita dan kita nak fahamkan pattern baby kita.
Korang boleh start minggu kedua bersalin. Ni yang di cadangkan. Kenapa? Sebab kita nak elakkan daripada terjadinya bengkak susu.
Awal-awal tu, kita mengepam bukan fokus nak simpan stok semata-mata ye. Ni semua untuk elakkan mastistis juga.
3. BACK TO WORK – sedia mental and fizikal
Ni lebih kepada emosi kita sendiri bila nak hantar anak pada pengasuh atau taska.
Inilah yang paling berat sekali nak buat kan? Nini dulu berkira-kira tau nak hantar awal ke tak. ???
Seminggu sebelum masuk kerja, kita dah latih hantar baby kita ke pengasuh. Time ni kita tengok patern PENyusuAN dia, berapa amount nak kena prepare, and aet time pumping dan lain-lain. Bila macam ni, mudah untuk kita handle sebab kita masih bercuti.
Sumber: Nini Selamat
Bomba Pesan Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah

Bila terbaca kejadian ular masuk rumah, bersembunyi bawah katil, celah tandas atau dapur memang menakutkan kita. Tapi pada masa yang sama ia memberi kesedaran supaya kita lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa ini.
Supaya haiwan ini tidak masuk di rumah atau berlindung di kawasan kediaman kita ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan;
1. Bersihkan longgokan sampah
Elak kawasan rumah sama ada dalam atau luar rumah ada longgokan sampah, barang-barang terbuang, daun kering dan sebagainya. Lokasi ini berpotensi jadi tempat perlindungan ular. Tempat sejuk dan kering begini memang jadi kesukaan haiwan ini.
2. Pangkas tanaman yang merimbun
Tanaman merimbun seperti pandan berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa kita sedari. Jika ada tanaman begini, kemaskan jangan biar merimbun. Tebas juga semak samun yang ada sekitar rumah.
3. Tutup lubang yang ada di rumah
Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuannya untuk menghalang ular dari masuk rumah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.
4. Pastikan rumah sentiasa harum
Sifat ular tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria baunya. Bila deria bau ular tercemar, ia akan sukar untuk mengesan keadaan persekitarannya .
5. Bersih dari tikus dan katak
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ia akan beralih mencari tempat yang ada sumber makanannya, jadi pastikan kediaman anda tiada ada stok makanan ular seperti tikus dan katak. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman, lebih lama ulara akan berada di situ. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.
6. Pelihara kucing
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.
7. Gertak ular
Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari kawasan rumah. Gunakan alat seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.
8. Tabur sulfur/ belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos namun ada juga yang kata berkesan. Tabur saja keliling kediaman dengan serbuk belerang ini. Ia boleh dibeli di kedai hardware tapi ketika menabur pakai sarung tangan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.
Kalau ular masuk rumah JANGAN buat perkara ini
Tapi sekiranya tetap berlaku kejadian rumah dimasuki ular, sebaiknya kita ikut saranan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.
Jika ular masuk kediaman JANGAN :
- Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
- Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
- Cuba menghalau menggunakan peralatan.
Apa yang anda perlu lakukan?
1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .
2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.
3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.
4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.
5. Kurangkan bergerak di hadapan ular.
6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.
7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.
Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat
Supaya Phone Tak Overcharging, Begini Cara Buat Notifikasi Bila Bateri Dah Penuh

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna telefon pintar adalah kerosakan bateri. Antara yang dikatakan penyebabnya adalah masih membiarkan bateri penuh dalam keadaan dicas.
Ini kerana kebanyakan kita suka mengecas telefon waktu malam sebelum tidur dan akan membiarkannya dalam keadaan cas sehingga pagi. Kalau cas waktu siang pun kita selalu lupa untuk menutupnya walau sudah penuh.
Bagi mengelakkan kejadian ini dari terus berulang fatinnashar berkongsi cara yang dilakukan untuk memastikan bateri telefon yang sedang dicas telah penuh dengan hanya membuat tetapan.
Bagaimanapun tetapan ini hanya boleh dibuat di telefon pintar jenis iPhone yang telah dikemas kini dengan software IOS14 sahaja. Tidak dapat dipastikan jika telefon pintar dan perisian lain juga boleh melakukan kemudahan ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk membuatnya, ikuti video yang dikongsikan ini seperti berikut:
for anyone yang nak buat jugak. basically, bila battery dah 100% dia akan bunyi alarm. https://t.co/ynxfVxVhO1 pic.twitter.com/pJsASUfaou
— atennnnn (@fatinnashar) September 19, 2020
Bila bateri handphone dah penuh notifikasi suara akan kedengaran.
hey guys, since a few of you have asked me, this is how it looks like when it’s fully charged. sorry it took a while to post this, my wifi is down rn 😅 pic.twitter.com/W8uHtCIZDZ
— atennnnn (@fatinnashar) September 19, 2020
Nak tukar mesej pun boleh
Comei gak sebab boleh tukaq tune sora pic.twitter.com/L7tJRt6lrD
— ZU|||KHA|R| ZAMR| (@ZulkhairiZamri) September 20, 2020
Selamat mencuba ya.
Sumber: @fatinnashar