
Kalau makan pizza di restoren ini selalu kita akan order ayam bakar ini juga. Memang sedap, ada rasa pedas dan manis sikit, confirm menjilat jari.
Tapi jika ramai yang nak makan, elok rasanya kita buat sendiri. Takdelah banyak belanjanya seperti kita beli. Jom buat, caranya dikongsi oleh Mihah Rosle.
Bahan-bahan
Ayam bahagian sayap 10 ketul – potong 2
Serbuk cili – 3 sudu
Madu – 3 sudu
Sos tiram – 3 sudu
Kicap manis – 3 sudu
Gula – 2 sudu
Limau kasturi kecil – 1 biji
Garam & serbuk perasa (secukup rasa)
1. Basuh ayam bersih dan gaul dengan semua bahan di atas. Jika tak suka manis, kurangkan gula. Tak mahu letak pun boleh.
2. Perap ayam, lagi lama lagi best. Ikut suka berapa lama nak perap. Jika tak sabar boleh saja bakar terus.
3. Saya guna air fryer suhu 170-180, 10-15 minit. Kemudian balikkan, suhu yang sama jugak.
Siap! Yummy!
Selamat mencuba.
Sumber: Mihah Rosle.
Teknik Mudah Bersihkan Sofa Yang Bertompok Atau Terkena Kotoran. Cuma Guna Air Panas

Isi Kandungan
Toggle
Sofa di rumah kita biasanya mesti ada kesan atau tompokan kotoran akibat tertumpah air, makanan, minyak dan sebagainya.
Kalau sofa jenis fabrik warna pula cerah memang lagi jelas kelihatan bertompok. Lagi geram sofa itu pulak mahal harganya.
Jadi bagaimana nak bersihkan kesan kotor pada sofa ini? Sebenarnya tak perlu upah orang untuk bersihkan atau beli pencuci mahal.
Ada saja cara yang mudah dan murah untuk bersihkan kotoran pada sofa ini. Antaranya menggunakan tip perkongsian Nurul Wahyu.
Tipnya cuma bersih guna air panas
Bagi yang ada sofa warna cerah tapi kotor jangan gundah gulama. Ada cara untuk bersihkan kembali.
Caranya
- Sediakan air panas kemudian ambil kain bersih lalu rendam dalam air panas.
2. Disebabkan air panas, kita kena tahan sikitkan. Boleh juga guna sarung tangan plastik yang tebal.
3. Kemudian lap kain panas tadi di permukaan sofa yang kotor itu.
4. Ulang sampai kotoran hilang.
5. Seterusnya lap dengan kain kering. Boleh juga buka kipas untuk cepat kering atau gunakan pengering rambut.
Bila dah kering, kita akan lihat kesan kotor atau tompokan pada sofa dah hilang.
Boleh juga guna cara ini untuk kotoran degil
Satu lagi cara boleh gunakan pencuci ini
- Ia didatangkan dengan berus bulat di bahagian penutup.
- Caranya cuma goncang tin dan sembur pada bahagian sofa yang kotor. Buih putih akan keluar dan sembur rata pada kotoran.
- Kemudian gunakan berus yang disertakan untuk bersihkan kotoran degil. Biarkan sekejap dan ambil kain bersih lap dan tekan bahagian yang digosok itu.
- Ulang sampailah kotoran hilang. Cara ini sesuai untuk sofa yang terkena kotoran degil. Selain sofa, boleh juga guna untuk karpet dan kusyen kereta. Harganya satu tin pun tak mahal lebih kurang RM6 saja.
8 Kegunaan Lain Pad & Panty Liner Yang Ramai Tak Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Sejak ia dicipta pada abad ke 4 pad, panty liner atau tuala wanita ini cuma ada satu kegunaannya iaitu ketika kaum wanita datang period.
Material yang digunakan untuk tuala wanita ini memang direka untuk tujuan tersebut iaitu untuk menyerap dan menyimpan cecair dalam masa yang sama bahagian atasnya kekal kering dan lembut.
Tapi disebabkan fungsi itu pad dan panty liner ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan lain.
1. Pewangi drawer
Boleh digunakan untuk mewangikan almari atau drawer. Titis atau sembur pewangi kegemaran anda pada panty liner dan letak dalam drawer di antara lipatan baju.
2. Elak kaki melecet
Petua yang kita selalu guna selepas beli kasut baru adalah dengan menggigitnya terlebih dahulu sebelum kasut menggigit kaki kita. Tak tahulah apa rasionalnya.
Tapi lepas ni boleh tukar petua, gunting panty liner dalam ukuran kecil seperti plaster kemudian tampal pada bahagian kasut yang menyebabkan masalah melecet.
3. Hindari kasut jadi licin
Selalu bila pakai kasut tinggi yang ketat kaki akan mula berpeluh dan bahagian dalam kasut jadi licin dek peluh. Untuk elakkan situasi ini, boleh letakkan panty liner dalam kasut untuk menyerap lembapan dan rasa kering.
4. Kasut tak berbau
Bila kaki dah berpeluh, mulalah kasut berbau terutama bila pakai kasut bertutup penuh. Agar kasut jenis ini terhindar dari bau yang tak menyenangkan, alaskan panty liner pada bahagian dalam kasut. Gam yang pada panty liner akan memastikan kekal di situ pada masa yang sama menyerap lembapan peluh dari kaki.
5. Tampal pada dawai bra yang terkeluar
Selalu terjadi dawai bra terkeluar hingga menyakitkan. Lagi sakit hati, itulah bra favorite kita. Lepas ni jangan terus buang, ambil panty liner potong dan tampal pada bahagian dawai bra yang terkeluar tu. Kemudian bolehlah pakai.
6. Tiada lagi kesan peluh pada baju
Ada jenis orang yang jenis cepat berpeluh. Tapi paling segan bila peluh banyak bahagian ketiak. Part yang tak bestnya, peluh ini jugak akan tinggalkan kesan.
Jadi untuk elak ketiak basah dan tinggalkan kesan kuning, letakkan panty liner pada bahagian ketiak baju. Ia akan menyerap peluh tapi janganlah pakai pada baju warna putih. Nampak pulak.
7. Tampal luka/ bandage
Kalau terluka dan berdarah tapi takde plaster buat sementara boleh gunakan panty liner. Potong ikut ukuran luka dan tampal bahagian yang lembut pada tempat berdarah.
8. Pelindung kaca mata
Kalau tak mahu kaca mata tercalar bila kita simpan dalam sarung kaca mata jenis kain eloklah alas dengan panty liner. Dalam pada itu, panty liner ini boleh juga dibuat pengelap kaca mata. Tapi tapi tak perlulah gosok depan orang ramai ya.
Sumber: Brightside.me
Cara Buat Somtam Stail Ibu Yang Mudah & Sedap. Cukup Rasa Masam, Manis Dan Pedas

Tengok hidangan somtam ini terus buat kita kecur air liur. Memang jadi makanan pembuka selera.
Paling menarik, nak buat pun senang. Hiris semua bahan dan gaul je, dah siap. Tapi waktu nak gaul pastikan guna sos ini, akan cukup semua rasa tak perlu tambah garam gula. Cara membuatnya dikongsi oleh Ameera.
Somtam mangga stail ibu
- Ibu gunakan 4 biji mangga.
2. Sagat begini tau, nampak cantikkan. Selera bertambah tambah.
3. Masukkan udang kecil. Ibu beli dekat Perlis.
4. Bawang merah 1 biji. Potong nipis nipis.
5. Cili padi 5 biji, kalau nak pedas letak lebih. Ikut cita rasa.
6. Letakkan sos Thai ni. Kemudian gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa. Simple kan. (Nak beli kat Shopee pun boleh. Klik SINI)
Siap digaul. Kalau suka boleh tambah kacang tanah yang disangat dan ditumbuk.
Selamat mencuba semua.
Sumber: Ameera