
Isi Kandungan
ToggleSelalu tengok orang makan hidangan ini, termasuklah para selebriti. Dengar nama pun kita dah tahu sedap.
Asyik tengok orang makan je, apa kata buat sendiri hidangan ini di rumah ikut resipi perkongsian Norul Azmah.
Caranya memang ringkas, cuma perap daging seketul dan bakar. Makan dengan sos cicah yang katanya memang pedas mantap rasanya.
Cara buat daging bakar harimau menangis
Bahan perapan daging:
Daging – tak perlu potong
3 ulas bawang putih
1 sdt lada hitam (tumbuk hingga lumat/halus)
4 sdb sos tiram
3 sdb sos ikan
3 sdb kicap manis
3 sdb brown sugar
Garam secukup rasa
Cara bakar daging:
- Gaul daging seketul dengan semua bahan perapan.
- Perap semalaman kemudian bakar dalam oven suhu 180 darjah Celsius selama setengah jam. Boleh juga bakar atas kuali.
- Selepas bakar barulah dipotong.
Cara buat sos
Bahan -bahan
2 ulas bawang putih
Cili padi, lebihkan jika nak pedas- tumbuk hingga lumat
2 sdb sos ikan
2 sdb sos tiram
Brown sugar
Jus limau nipis secukupnya
Hirisan daun ketumbar & cili api
Cara buat sos:
- Satukan semua bahan ini dalam mangkuk.
- Sesuaikan rasanya.
- Boleh terus hidang dengan daging bakar tadi.
Selamat mencuba.
Sumber: Norul Azmah
Cara Tanam Daun Sup Dari Biji Benih, 2 Minggu Dah Merimbun Naiknya

Isi Kandungan
ToggleDaun sup, antara yang selalu kita gunakan dalam masakan. Jadi elok juga kalau dijadikan sebahagian daripada tanaman di rumah.
Jika tengok cara penanaman yang dikongsi oleh Noor Izzati mudah saja. Tak sampai 3 minggu merimbun naiknya. Seronok kita tengok bila subur macam ni.
Cara semai daun sup dari biji benih
- Biji benih beli di Shopee saja.
2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss & cocopeat sama banyak. Kalau cocopeat 1kg, peatmoss pun sama (boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah dalam bekas semaian, jangan tabur benih dulu ya. Siram air sampai tanah betul basah.
4. Kemudian barulah tabur benih pokok daun sup, selepas itu tutup nipis dengan tanah semai tadi.

5. Letak bekas semaian ini di tempat yang ada cahaya tapi jangan terus kena matahari ya.
6. Dalam masa lebih kurang 2 minggu akan tumbuhkan benihnya. Jangan lupa siram bila tanah kering.
Selepas lebih kurang 2 minggu
7. Bila dah besar, anak benih daun sup yang banyak merimbun ini saya pecah-pecahkan. Saya bahagikan kepada 6.
8. Tanam jangan dalam sangat, cukup untuk tutup akarnya. Kemudian letak di tempat yang ada cahaya tapi tak kena cahaya matahari secara terus.
TIP
Nak pastikan daun sup subur, tanah kena sentiasa basah. Cara siram pula bukan terus kepada batangnya. Saya rendam biar air meresap pada tanah.
Yang ini dah dialih dalam pasu besar, boleh letak di tempat yang panas sikit.
Hasilnya
Selamat mencuba
Artikel berkait:
Mudah Sangat Tanam Pokok Ketumbar, Beli Benih Timbang Kilo Tabur Dalam Pasu
Sumber: Noor Izzati
Tip Hilangkan Bau Hanyir Pada Tangan Tanpa Guna Sabun, Guna Sos Tomato Pun Boleh

Isi Kandungan
ToggleBila membersihkan lauk mentah terutama ikan dan ayam memang tak dapat lari dari bau hanyir. Kena basuh dengan sabun beberapa kali barulah bau ini hilang.
Tapi selain dari sabun ada beberapa bahan dapur yang kita boleh gunakan untuk menghilangkan bau hanyir ini dengan mudah.
Sos tomato
Ramai tak tahu selain digunakan untuk masakan boleh juga menggunakan sos tomato ini untuk hilangkan bau hanyir. Caranya cuma tuangkan sos pada tapak tangan.
Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.
Cuka dan garam
Cuka mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir.
Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, campurkan cuka dan garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan. Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Serbuk kopi
Pastikan menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.
Caranya mudah, sapukan dua atau tiga sudu besar serbuk kopi pada tangan dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.
Daun ketumbar
Daun yang selalu digunakan dalam masakan Thai ini juga berguna untuk hilangkan hanyir. Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan pada pada tangan. Bilas tangan selepas bau hanyir hilang.
Sumber: Mstar
Kalau Guna Peluntur Untuk Basuh Bilik Air, Ikut Peraturan Ini Untuk Elak Kejadian Tak Diingini

Isi Kandungan
ToggleGara-gara menyimbah peluntur ke dalam bilik air untuk membersihkan ruang itu seorang isteri mengalami peristiwa menakutkan bila mana suaminya rebah dan tidak boleh bernafas.
Suami yang menggunakan peluntur dicampur pencuci mozek kemudian menutup pintu bilik air berdepan dengan reaksi bahan kimia tersebut apabila mengalami muntah, batuk, tidak boleh bernafas dan rebah dengan mulut berbuih.
“Dia batuk tak berenti, muntah-muntah datang depan dengan muka pucat tak boleh nafas. Dia terbaring senyap, ingat tidur rupanya collapse dan mulut berbuih teruk
Gas reaksi dari bahan pencuci tu penuh dalam dada dia,” cerita Hana Hana Mashitah tentang kejadian yang berlaku kepada suaminya.
Hampir 15 minit dalam keadaan demikian barulah suaminya sedar dan kembali pulih (klik SINI untuk baca posting beliau).
Pengajaran dari kisah ini, jangan ambil mudah tentang penggunaan peluntur atau bleach apa jua jenama untuk membersikan kediaman.
Kita memang selalu menggunakannya untuk bersihkan bilik air kerana mudah membersihkan kotoran tapi kena tahu cara betul menggunakan bahan kimia ini. Penggunaan tak mengikut arahan boleh bawa mudarat.
Panduan guna peluntur/ bleach untuk bersih kediaman
Sebagai panduan daripada kisah tersebut, Puan Dinas Elmi,bekas jurutera yang pernah mempelajari bidang chemical engineering berkongsi tip penggunaan peluntur ini dengan betul di rumah.
Jangan campur dengan pencuci lain
Tolong lah guna semua jenis pencuci ikut saranan pengeluar.
Jangan sesuka hati campur-campur bahan pencuci melainkan anda seorang chemist dan tahu berapa kadar dan apa reaksi setiap bahan kimia.
Pencuci mozek botol coklat tu biasanya mengandungi asid. Clorox pulak (nama brand. Secara amnya kita panggil peluntur/bleach) mengandungi sodium hypochlorite (NaClO).. Bila dua ini bersatu, gas klorin akan terbebas.
Buka pintu atau tingkap bila bersih guna peluntur
Gas klorin campur air dia jadi hypochloric+hypochlorous acid. Short exposure pada gas klorin even pada paras rendah boleh sebabkan kerengsangan pada mata, tekak, hidung. Batuk, sukar bernafas, mata berair pedih. Higher level akan jadi macam dalam kisah suami Puan tersebut sesak dada, tak boleh nafas langsung, mulut berbuih, pengsan.
Untuk penggunaan bahan peluntur ini tolong buka tingkap & pintu bilik air. Pakai selipar dan sarung tangan untuk elak direct contact pada kulit. Saya pakai dust mask (N95, no leakage tutup keliling hidung/mulut, bukan mask disposable yg biasa pakai hari-hari tu).
Hanya guna untuk kotoran degil
Biasanya kalau dah sembur satu bilik air, concentration dia mmg akan tinggi. dan full PPE termasuk goggle akan saya perlukan sebab rasa mata pedih. Jadi saya selalu hadkan penggunaannya untuk yang betul-betul stubborn stain akibat kulat.
Rule of thumb saya guna untuk cucian biasa, semburan pada luas kawasan kurang dari 1 meter persegi. Sebab leceh nak cuci bilik air kena pakai FULL PPE pulak. Kalau perlu sembur lebih memang akan spend time pakai PPE. I value my life.
Tip penggunaan perlu diikuti
Important key points:
✅ JANGAN CAMPUR-CAMPUR pencuci
✅ Bleach perlu pencairan (tambah air) ikut sukatan arahan pengeluar
✅ Guna ikut aturan pengeluar
✅ Pengudaraan penting!
✅ PPE, PPE, PPE. Gloves & selipar setiap penggunaan. Bila nak handle pada konsentrasi tinggi tambah extra goggles & mask.
✅ Jangan BERLAGAK HERO walaupun tubuh badan dah tunjukkan tanda amaran (pedih mata, pedih tekak).
Jika pedih mata dan batuk, apa perlu buat
Bila badan mula rasa tanda amaran itu, terus keluar dari bilik air. Biar pintu bilik air terbuka dulu, tinggalkan setengah jam dan beritahu semua ahli keluarga jangan masuk dulu bilik air atau diri dekat pintu bilik air.
Next round nak masuk, pakai PPE dan terus pancut dengan air. Jangan sibuk-sibuk nak berus. Bagi dilute semua dulu baru berus. OKAY?
Sumber : Hana Mashitah & Dinas Elmi