
Fucuk ini selalu kita gunakan dalam masakan. Biasanya kita beli, rupanya nak buat sendiri pun boleh. Fucuk ini dibuat dari air kacang soya saja.
Sambil-sambil buat sendiri air kacang soya bolehlah buat sekali fucuk ini. Caranya dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak. Dijamin bersih dan kita pun tak was was nak makan.
Buat sendiri fucuk kering, senang rupanya
Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 6 jam)
Chopstick besi atau plastik.
Kain kasa atau penapis serbuk teh
Cara membuat:
1. Kisar kacang soya, letak air paras kacang soya saja.
2. Kemudian masukkan kacang soya kisar ke dalam kain kasa dan perah untuk ambil airnya. Boleh ulang dua kali untuk ambil airnya. Hampasnya boleh dibuang.
3. Dalam kuali atau periuk masak air soya gunakan api perlahan.
4. Tunggu sampai bahagian atas air soya terbentuk lapisan yang berkedut.
5. Kemudian ambil chopstick untuk angkat lapisan fucuk.
6. Bila lapisan fucuk dah diangkat kemudian salai dan jemur.
7. Untuk keringkan fucuk jemur di tengah panas.
Ulanglah proses sampai habis air soya tadi.
Selamat mencuba.
Sumber: Norlela Abdul Lahak
Cara Buat Air Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais Kaw, Ikat Tepi!

Isi Kandungan
ToggleWaktu cuaca panas tengah hari dan petang kalau dapat teguk minuman sejuk yang kaw, memang nikmat rasanya.
Tapi tak perlulah sampai nak keluar tengah panas terik ni untuk beli. Minuman ikat tepi macam ni memang kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma kena tahu sukatan saja supaya rasanya kaw dan mantap. Nak senang ikut saja perkongsian dari Miz Juejue.
Nescafe Ais Kaw
Cara membuat:
- Nescafe – 3 sudu kecil
- Susu pekat -ikut kemanisan yang disukai
- Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
- Kacau lama hingga semua sebati
- Masukkan ais dalam plastik/ gelas
- Tuang air bancuhan tadi, letak straw sedia diminum
- Boleh juga masukkan susu cair jika mahu.
Milo Ais Kaw
Cara membuat:
- Milo – 4 sudu besar
- Susu pekat – ikut kemanisan yang disukai
- Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
- Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas - Tuang air bancuhan Milo tadi, letak straw sedia diminum
- Boleh juga masukkan susu cair atau fresh milk, rasanya macam Milo kotak
- Jika nak buat Neslo, cuma tambah 2 sudu kecil Nescafe dan kurangkan serbuk Milo kepada 3 sudu.
Kopi Ais Kaw
Cara membuat:
- Rendam 2 atau 3 sudu serbuk kopi
- Rendam hingga nampak pekat
- Kemudian tapis air kopi
- Masukkan susu ikut kemanisan yang diingini
- Jika terlampau pekat boleh tambah air suam
- Masukkan ais dalam plastik dan tuang air kopi.
- Ikat tepi letak straw, sedia untuk diminum.
- Boleh tambah susu cair kalau suka.
Teh Ais Kaw
Cara membuat:
- Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih
- Masukkan 3-4 sudu serbuk teh (jenama ikut citarasa).
- Biar hingga mengelegak seminit dua, kemudian tutup api dan tapis teh
Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna. - Masukkan susu pekat (ikut kemanisan yang dikehendaki)
- Susu cair 3/4 sudu, jika nak rasa lemak-lemak lebihkan.
- Masukkan sedikit garam – cubit hujung jadi saja (jika mahu)
- Garam untuk lemakkan lagi rasa teh ais
- Masukkan ais dalam gelas dan tuang air teh. Sedia untuk diminum.
Selamat mencuba.
Sumber: Miz Juejue.
Ambil & Print Sendiri Gambar Passport Anak, Sekeping A4 Dapat 32 Gambar. Jimat Banyak

Beberapa minggu lagi anak-anak dah nak masuk sesi persekolahan baru. Waktu ini juga pihak sekolah dah minta sediakan macam-macam termasuklah gambar pasport anak.
Kalau ada seorang anak, boleh buat saja terus di kedai gambar tapi kalau ada sampai 3-4 anak banyak juga modal untuk buat ni. Untuk seorang anak 4 keping gambar saja dah RM16.
Satu hal lagi nak suruh anak posing ambil gambar pun masalah jugak. Terutama yang tadika tu. Jadi kalau nak jimat dan mudah kena rajin buat sendiri gambar pasport ini. Caranya di kongsi oleh Nana Ruzanna.
Ambil & print sendiri gambar passport anak
Sekolah pakat dah mintak gambar passport bebudak ni. Nana shoot dan print sendiri je. Print sehelai A4 boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2.
Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang… Belum lagi kira mood bebudak ni ke laut. Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Jimat pun jimat.
Apa yang diperlukan
1. Smartphone.
Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan tak jemu mata memandang. Ewahh
2. Apps ID photo di hp/komputer.
Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah korang nak cover dinding dah.
Selain guna apps di phone. Boleh juga guna PC seperti guide dan website di bawah ni. Encik abang Nana gigih buat video nak bagi ramai yang faham.
Video cara untuk buat background dan template pic di PC :- https://www.youtube.com/watch?v=acK__KUvlHE
Website edit back ground :- https://clipping.focodesign.com/
Website edit template untuk print :- https://makepassportphoto.com/
Untuk android boleh guna apps ini
3. Printer dengan ink berwarna.
Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson.
4. Photo glossy paper
Boleh beli online Shopee, Lazada pun ada juga. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Ingat, pastikan korang set glossy paper kat printer sebelum print ok.
5. Gambar anak
Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza. Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Takpa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar korang yang punya. Open 24/7.
Akhir kata, selamat buka kedai gambar buat korang semua. All the best.
video link edit gambar passport guna PC :- https://www.youtube.com/watch?v=acK__KUvlHE
Hasilnya

Semoga bermanfaat
Sumber: Nana Ruzanna.
Rahsia Buat Ayam Masak Kurma Yang Sedap, Kuah Pekat Likat. Kena Tambah 3 Bahan Ini

Selain sambal, gulai dan rendang, lauk ayam masak kurma juga disukai ramai. Lagi sedap jika kuah kurma ini pekat.
Nak hasilkan ayam kurma yang sedap dengan kuah pekat melekat ini juga ada caranya. Ada bahan yang perlu dimasukkan selain dari rempah dan bahan tumisan biasa.
Rahsianya dikongsi oleh Umie Watie. Menurut beliau cara ini adalah resipi dari ayahnya yang enak juga dicicah dengan roti dan lempeng selain dimakan dengan nasi.
Katanya pastikan ada tiga bahan berikut untuk dapatkan kuah kurma ayam yang pekat iaitu daun bawang, daun ketumbar dan kacang badan yang dikisar lumat.
Bahan rahsia ayam masak kurma kuah pekat likat
Cara membuatnya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Umie Watie.
- Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk Kurma.
2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.
3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Saya guna 1 ½ peket kecil serbuk kurma.
4. Haaaa ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi dan pekat melekat dan mantap.
5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.
6. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam ½ ekor.
7. Kacau rata. Biarkan sekejap untuk kering air ayam tadi kemudian barulah masukkan air. Saya bubuh 2 cawan air lebih kurang.
8. Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.
9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.
10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan santan. Saya bubuh ¼ cawan saja.
11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.
Dah siap! Masak nasi siap-siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Umie Watie