
Kuih bakar pandan ini selalu kita beli, walhal nak buat kuih ini mudah saja.
Bancuh guna blender, bakar dalam oven dah siap!
Guna sukatan cawan dan ikut resipi perkongsian Maizatul Ayub ini. Gerenti jadi!
Cara buat kuih bakar pandan, senang je!
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan kotak (2 kotak)
1/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau xnk manis)
2 biji telur
Secubit garam
1 penutup esen vanila
1 penutup perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Bijan
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dalam bekas, (kecuali bijan) kacau sebati dan masukkan dalam blender. Blend sampai tak ada ketul-ketul.
2. Oleskan loyang dengan minyak/majerin. Tuang adunan dalam loyang. Taburkan bijan. Saya guna loyang cupcake.
3. Bakar sehingga masak dan garing di luar. Suhu 180, bakar selama 25-30 minit. Api atas bawah (bergantung pada oven).
Siap. Bancuhan ini boleh hasilkan 17-18 biji kuih bakar.
Selamat mencuba!
Sumber: Maizatul Ayub
Cara Mudah Selesaikan Masalah Langsir Panjang Meleret Tanpa Perlu Potong

Isi Kandungan
ToggleKalau beli langsir siap selalu terjadi panjangnya meleret. Memang nampak tak kemas bila dah dipasang.
Kalau biasa kita hantar ke kedai jahit untuk potong selepas ini mungkin boleh gunakan idea Ahmad Syahril Mohd ini yang nyata cukup mudah. Guna gam saja!
Sedikit perkongsian tips penjimatan daripada masalah kaki langsir yang meleret. Nak hantar kedai jahit, tak hantar hantar, last sekali DIY saja.
Bahan-bahan
1. Gam kasut kedai eco
2. Seterika
Gamkan dan gosok menggunakan seterika supaya gam melekat kuat pada kaki langsir.
Dah siap!
Sumber: Ahmad Syahril Mohd
Agar Anak Tak Lupa Ilmu Yang Dipelajari Waktu Periksa, Ibu Bapa Lakukan Amalan Ini

Ketika ini kebanyakan anak yang bersekolah sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sebagai ibu bapa kita mengharapkan anak dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan dapat mengingat kembali apa yang dipelajari.
Dalam hal ini setelah anak bertungkus lumus mentelaah ada usaha yang boleh dilakukan baik oleh anak dan juga ibu bapa bagi mengelakkan anak lupa ilmu yang telah dihafal atau dipelajari ketika di dewan peperiksaan.
Perkara ini dikongsi oleh guru Mohd Fadli Salleh III dalam satu perkongsiaannya tidak lama dulu.
Amalan elak lupa ilmu yang dihafal & dipelajari
Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
2) Ambil segelas air kosong.
3) Baca Surah Al A’la ini.
4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air.
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan di pagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah Taala.
Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
#MFS
Mohd Fadli Salleh
Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru.
Sumber: Mohd Fadli Salleh III
Ubah Suai Bilik Tidur 48 Jam, Bajet Cuma RM600 Tapi Hasilnya Memang Cantik & Beza Sangat!

Isi Kandungan
Toggle
Walau pun kedudukannya terlindung tak nampak di pandangan orang luar, tapi kita mesti nak bilik tidur kelihatan cantik kan. Barulah tenang dan rasa relaks bila berehat.
Nak dapatkan bilik tidur yang cantik juga tak semestinya modal yang besar. Macam yang dilakukan Nur Diyana ini.
Menariknya dia mengubah suai biliknya dalam tempoh 48 jam dengan modal RM600 saja. Boleh tiru cara dia melakukannya.
Warna sama 10 tahun
Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata.
Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.
Beza kan lepas ubah suai!
Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 liter. Dua tong saja saya guna untuk cat bilik ni.
Siap ada ruang menonton ya!
Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah.
Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.
Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.
Katil dah berusia 20 tahun
Katil yang ada dalam bilik ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.
Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe.
Ada tempat khas untuk solat
Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh.
Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.
Tak guna almari, pakai rak saja
Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus. Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.
Tak beli barang mahal
Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja.
Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!
Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.
Apa je yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!
Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.
Wainscoting buat sendiri
Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.
Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.
Total bajet lebih kurang RM600
Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Diyana