
Isi Kandungan
ToggleBilik air yang dah cuci bersih kenalah letak haruman. Barulah lengkap, bersih dan wangi. Biasanya kita beli pewangi bilik air untuk menghindarkan aroma-aroma yang tak sedap dari ruang ini. Tapi untuk penjimatan kita boleh saja buat sendiri.
Sebab cara membuat pewangi bilik air ni mudah dan ringkas sangat, guna bahan yang memang dah ada di rumah saja. Sebab tu jimat. Caranya dikongsi oleh Azzira Razak.
Buat sendiri pewangi bilik air
Nak bilik air wangi sepanjang masa, jom DIY pewangi bilik air sendiri.
Bahan-bahan
Span
Cecair pelembut pakaian
Gelas kosong
Cara membuat
1. Gunting span bentuk dadu.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Tuang pelembut pakaian.
4. Letak dalam bilik air.
Span akan menyerap pewangi dan buat ia tahan lama. Bila dah kurang baunya boleh refill.
Baunya memang wangi sesuai untuk letak dalam bilik kecil aiar bilik air. Kalau ruang besar mungkin kurang bau wanginya.
Sumber: Azzira Razak
Selain Suci & Bersih, Ini 12 Sebab Kenapa Perlu Pilih Pelitup Muka Karangkraf Medicare

Isi Kandungan
ToggleSejak orang ramai menjalani kehidupan norma baru, pemakaian pelitup muka sangat diwajibkan terutama jika keluar rumah.
Sejak itu, pelbagai jenis pelitup muka yang djual di pasaran dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal.
Terpanggil dengan situasi ini, Karangkraf dengan anak syarikat mereka, Karangkraf Medicare menyahut cabaran dengan mengeluarkan pelitup muka berkualiti tinggi.
Menerusi sidang akhbar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamudin Yaacub berkata pelitup muka ini dikeluarkan dengan dua pilihan Pelitup Muka Karangkraf dan Pelitup Muka Karangkraf Plus dan dijual pada harga berpatutan.

10 Sebab Kenapa Perlu Ada Pelitup Muka Karangkraf Medicare
1. Melakukan penyelidikan secara teliti sejak Mac lalu sebelum dijual di pasaran bermula hari ini.
2. Mengambil kira faktor persekitaran yang bersih dalam menghasilkan pelitup muka ini. Menyediakan persekitaran tempat kerja adanya clean room, pekerja disaring terlebih dahulu serta memakai pakaian perlindungan (PPE).

3. Dalam menghasilkan pelitup muka berkualiti dan memenuhi piawaian kesihatan dunia, menekankan konsep suci dan bersih.
4. Satu-satunya produk yang boleh digunakan terutama bagi orang Islam tanpa was-was dan ragu-ragu.
5. Memenuhi piawaian standard WHO dalam menghasilkan medical grade untuk pelitup muka tiga lapis ini.Untuk lapisan pertama, menggunakan raw material yang diimport dari Jepun dan China dengan penggunaan lapisan pertama Bacteria Filteration Effeciency (BFE) melebihi 98 peratuus yang mana berkeupayaan menapis bakteria melebihi 98%.
Manakala lapisan kedua pula menggunakan fabrik Melt Blown dengan kadar 95% keupayaan menapis zarah-zarah dan virus luar.

6. Pelitup muka Karangkraf Medicare juga diuji di acredited laboratory dan juga sedang menjalankan usahasama dengan SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
7. Pelitup muka adalah sama tetapi yang membezakannya adalah Pelitup Muka Karangkraf Plus ini didatangkan dengan ‘hygiene case’ dengan pelbagai corak menarik.
Dengan adanya ‘hygiene case’ ini dapat membantu kita mengamalkan cara menyimpan pelitup muka dengan betul dan terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan apabila mengunakan pelitup muka dalam pelbagai situasi.

8. Jika setiap pelitup muka mempunyai sampul sendiri, kebersihan setiap satunya terjaga terutama jika berdepan situasi, contohnya ketika mengambil air sembahyang, makan, atau bersukan. Boleh letak pelitup muka ini dalam sampul dan boleh digunakan sehingga tempoh 8 jam sehari.
9. Pelitup muka dihasilkan kita betul-betul berkualiti berbanding dijual di pasaran luar serta yang menggunakan fabrik kain. Apabila dihasilkan dalam persekitaran suci dan bersih, jadi secara tidak langsung produk ini diyakini halal.

10. Menggunakan warna putih kerana simbol kepada suci dan bersih dan material digunakan juga tidak berbulu dan tali untuk ear loop juga tidak cepat putus.
11. Sebagai pengeluar syarikat Muslim pertama yang menghasilkan pelitup muka berkualiti dan menggunakannya tanpa rasa was-was.
12. Selain itu, harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding yang dijual di luar.

Info Tambahan:
Berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’:
a. Floral
b. Frontliners
c. Classic
d. Musical
e. Geometric
f. Tropical
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.

Set KARANGKRAF:
– Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
– Ada 6 pilihan ‘design’ kotak
Set KARANGKRAF PLUS:
– Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
– Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
– Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan
– Ada 6 ‘design’ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di :
www.karangkrafmall.com
atau
boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam
Artikel berkait:
DIY Facemask Extender Senang Nak Buatnya
Cara Kreatif Pakai ‘Ear Loop’ Untuk Wanita Bertudung
Habis Bayar Pinjaman Bank Untuk Kereta Penting Lakukan Perkara Ini, Barulah Jadi Milik Penuh Kita

Lega rasanya bila pinjaman bank untuk kereta atau motorsikal selesai setelah bertahun-tahun terbeban hutang.
Tapi masalahnya ramai yang tidak buat satu perkara penting selepas selesai pinjaman dengan bank. Ramai belum maklum bahawa walaupun selesai pembayaran pinjaman kepada bank, kenderaan yang habis dibayar itu belum milik anda sepenuhnya lagi selagi anda tidak membuat E-Batal.
Apa itu E-Batal dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya dikongsi oleh Nadia Izzati.
Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motorsikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Apa itu E Batal
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu. Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Apa perlu dilakukan
1. Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
2. Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
3. Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Ramai belum tahu
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik. Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.
Sumber: Nadia Izzati
Step By Step Buat Hidangan Ginger Beef Macam Makan Di Restoren Cina Muslim. Senang, Bahan Pun Mudah!

Kalau pergi restoren China Muslim, hidangan ginger beef atau daging halia ini antara yang kita selalu pesan.
Harga pun boleh tahan, satu hidangan kecil saja dah berbelas ringgit. Kalau menu ini memang kita suka makan, apa kata cuba buat sendiri.
Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman ini.
1. Potong daging, buat segi empat tepat dulu kemudian hiris nipis mengiring.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Kuantiti bahan ikut kuantiti daging. Ketepikan.
3. Sediakan bahan untuk kuah. Buat air bancuhan tepung jagung dan air bancuhan sos tiram. Bancuh 1.5 sudu besar sos tiram campur dengan 6 sudu besar air. Sediakan juga hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.
4. Cara menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letak minyak, kemudian alih kan minyak tinggalkan sedikit saja,. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat dikuali. Sebab menu ini daging kena lembut dan moist.
5.Masukkan daging dan goreng. Masuk satu persatu supaya tak meleka. Kacau, tak perlu goreng lama. Jangan sampai garing. Kita nak daging lembut dan moist.
6. Rehatkan daging seketika.
7. Kemudian, masukkan bawang halia dan daun bawang.
8. Masukkan daging.
9. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi dan masukkan secubit lada hitam.
Lihat kuah, kalau tak pekat baru campur air bancuhan tepung jagung. Kalau dah cantik kepekatan tak perlu.
10. Masukkan daun bawang lagi.
12. Gaul sekejap dengan api kuat. Siap!
Hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan LuQman