Beli pulut panggang tapi bila makan frust sebab pulut tak rasa lemak dan inti kelapa pula rasa hampas.
Kalau nak puas hati makan kenalah belajar buat sendiri. Tapi apa kata cuba buat pulut panggang stail pantai timur yang berisi inti ikan.
Siapa yang pernah makan saja tahu kesedapannya. Inti ikan ini ada rasa pedas dan juga sedikit manis, memang terbaik rasanya. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Suhada Ghads.
Buat sendiri pulut panggang, cuba versi pantai timur
Pulut panggang stail Terengganu inti ikan siap! Ini cara membuatnya
Bahan sambal ikan:
Ikan kembung 1kg
Bawang merah 7 biji
halba
halia
Santan 2 cawan
Garam, gula secukup rasa
Ads
Cara membuat:
1. Rebus ikan, asingkan tulang. Bawang merah dan halia dimayang halus. Halba pula direndam terlebih dahulu.
2. Ikan yang diasingkan tulang kalau rajin tumbuk untuk hancurkan. Tapi untuk mudah kisar terus bersama dengan santan tapi jangan hancur sangat.
3. Tuang semua bahan kisar dalam kuali bersama bahan lain. Kacau dan masak sampai jadi sambal. Perasakan dengan garam dan gula (sambal ikan ini lagi sedap jika ada rasa manis sedikit).
4. Kacau sambal ikan tapi jangan sampai kering sangat. Biar lembap-lembap baru sedap. Siap sambal ikan.
1. Pertama sekali kukus beras pulut 30 minit. Tapi jika air dalam pengukus dah panas menggelegak kukus dalam 20 minit saja.
2. Bancuh siap-siap santan dengan garam dan gula (jangan banyak). Arong atau gaul pulut dalam santan yang dah dibancuh.
Ads
3. Kukus lagi selama 30 minit. Kemudian tutup air dan boleh bungkus pulut panggang.
4. Cara bungkus, ada petua guna kapur supaya pulut tak melekat pada tangan. Tapi saya cuma guna minyak masak dan sapu sikit pada daun pisang yang dah dilayur.
5. Dah letak pulut atas daun pisang, letak inti dan tutup hujungnya guna lidi. Kemudian bolehlah dibakar.
Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau rasa nak makan di luar selalu yang dituju adalah The Chicken Rice Shop.
Menun pilihan kita sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge rangup, memang lengkap.
Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, rasanya elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah berjimat sikit selain puas makan, nak tambah pun tak mengapa.
Macam mana nak buat? Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.
Nasi ayam hainan & ayam roasted ala The Chicken Rice Shop
Bahan untuk ayam Hainan:
Ayam
Daun bawang
halia -hiris
Bahan untuk kicap ayam:
Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula
Cara penyediaan ayam hainan
Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).
Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.
Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
NOTA : Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.
Ikan cencaru sumbat atau belah belakang memang hidangan tengah hari yang menyelerakan. Tambah dengan sayur goreng dah lengkap menu.
Tapi bila buat ikan ini biasanya waktu menggoreng isi atau sambalnya akan terburai menyebabkan minyak dan ikan jadi sedikit kehitaman dek sambal hangus.
Rupanya ada lagi satu cara untuk buat ikan sumbat yang confirm takkan terjadi masalah sambal terkeluar. Sebaliknya sambal elok terletak dalam ikan yang dibelah.
Cara buat ikan cencaru sumbat tapi isi tak terkeluar
Bahan-bahan:
Ikan cencaru – dibersih dan dibelah belakang
Cili kisar
Bawang putih – ditumbuk
Serai – ditumbuk halus atau blend
Asam jawa -bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula (bukan untuk manis tapi untuk seimbangkan dengan asam)
Cara membuat:
Campur bahan semua dan masak tanpa minyak atas api sehingga cili pekat dan kering air. Ketepikan.
2. Kemudian goreng ikan cencaru yang sudah dibelah belakang.
3. Dah siap goreng, sumbat sambal yang dah siap dimasak tadi dalam ikan cencaru goreng tadi. Siap boleh terus boleh makan.
TIP
Jika sambal menggunakan kelapa dan mahu goreng sekali dengan ikan letakkan putih telur pada sambal yang siap disumbat dalam ikan. Kemudian goreng.
Masalah lalat yang banyak di rumah memang akan mengganggu. Terutama kalau kehadiran ini banyak di dapur atau ruang makan, bimbang lalat yang kotor ini akan menghinggapi makanan. Memang tak selesa dibuatnya.
Kalau rumah dah bersih, dah letak lilin bagai tapi tak juga jalan masih ada banyak lalat berterbangan terutama waktu makan boleh guna cara ini pula.
Kita buat sendiri perangkap lalat. Dikongsi oleh J Deleon dalam akaun TikTok perangkap lalat ini menggunakan 3 bahan yang memang dah sedia ada di rumah iaitu botol plastik, gula perang dan madu.
DIY perangkap lalat mudah tapi berkesan guna 3 bahan
1. Sediakan botol plastik, dan potong bahagian atas (penutup).
2. Masukkan 1/3 cawan gula perang.
3. Tuang 1 sudu penuh madu.
4. Masukan 1 cawan air, lalu kacau sebati.
5. Letakkan bahagian penutup yang diterbalikkan di atas botol berisi bancuhan tadi.
6. Letakkan botol pada ruang yang banyak lalat.
7. Lalat akan tertarik dengan bau yang manis ini dan terperangkap di dalamnya. Dalam masa beberapa jam saja boleh tengok hasilnya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...