Sambal ikan bilis memang kegemaran ramai. Termasuk sambal garing ikan bilis macam ni. Makan waktu sahur memang sesuai, dari takde selera boleh bertambah nasi. Tambah telur mata dah cukup.
Sambal garing ini memang banyak dijual tapi sebenarnya nak buat sendiri pun boleh. Caranya mudah dan yang penting boleh ikut cita rasa sendiri sama ada nak pedas, kurang pedas, rasa manis sikit atau sebaliknya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Syarah Amanina ini. Sudah empat kali menyediakan sambal menggunakan cara ini, ia memang sedap. Sentiasa tak cukup, memang laku keras!
Cara buat sambal garing ikan bilis
1. Goreng sampai garing ikan bilis. Nak cepat rangup guna yang dah siap kopek especially bilis mata biru.
2. Selepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit saja kemudian goreng pulak cili kering. Goreng sampai garing juga.
Ads
Pastikan cili kering digunting, dibuang biji, dibasuh dulu dan ditos hingga kering supaya mudah garing.
3. Dah siap goreng cili kering, masukkan dalam blender kering dan tabur kiub ikan bilis.
4. Kisar, bab ini mencabar sedikit. Kita kena buka dan kacau beberapa kali supaya ikan bilis hancur. Mencabar sebab baunya memang menusuk hidung.
Ads
5. Dah siap blend, masukkan semula dalam kuali. Pastikan tiada minyak dalam kuali ya. Kalau ada sikit-sikit minyak tak mengapa.
6. Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul gaul gaul sampai sekata.
Ads
7. Masukkan garam sikit dan gula secukup rasa. Nak lagi sedap tabur bawang goreng. Bau dia memang semerbak bau. Terus rasa nak bukak periuk nasi cedok nasi ngapp !
Dah siap boleh terus makan. Sambal ini tahan lama tapi biasanya tak sampai seminggu dah habis.
Belanja makan selalunya ambil bahagian yang agak besar dari duit gaji kita setiap bulan. So kalau nak menyimpan mungkin inilah yang perlu kita kurangkan.
Caranya tak semesti kita kena berlapar atau ikat perut, boleh saja makan sedap tapi belanjanya tak banyak macam yang dilakukan oleh gadis bernama@stellaEntang
Hanya dengan RM31.35 diperlukan untuk belanja makan selama 5 hari. Apa yang dipraktikkan adalah masak sendiri di rumah. Berikut adalah perkongsiannya yang menarik perhatian warga Twitter.
Lunch & dinner 5 hari hanya RM31.35
How much money can you save cooking at home? Resit di bawah adalah pembelian barang basah untuk menu Lunch dan Dinner untuk 5 hari. Jumlah hanya RM31.35. Rajin tak rajin ja masak! So, here I am to encourage you guys untuk masak untuk berjimat! Sihat pun sihat masak sendiri.
So, here my meal plan
LUNCH Mon/Wed/Fri – Nasi – Ikan siakap/cencaru – Kangkung/kubis
Tues/Thurs – Nasi – Ayam bakar – Lettuce + tomato (ada lebih yang last week punya)
Cara masak terpulang la ikut selera. Biasanya bakar, stim, sup. Simple. Sayur tumis. Untuk lunch aku bawa bekal pergi kerja. Malam sebelum aku dah prepare siap potong bahan utk masak so pagi esok tu just campak ja.
Sebab tu aku suka bakar/stim/sup. Masuk dlm air fryer/oven,set masa. Kalau stim/sup guna api yang kecik. At least ko boleh la tinggal kejap utk buat benda lain, sediakan breakfast ka, gosok gigi.
Ohhh untuk breakfast biasa aku makan oat. Beli 1 pack besar tak sampai RM10 tahan sebulan. Biasa aku makan oat kosong + chia seed (aku dah terbiasa ?). Boleh ja letak buah/kekacang/madu/susu/coklat
“Tak bosan ke lauk yg sama?”
Ehhh kata pencinta makanan. Macam kau bercinta juga la, kau mesti tau mcm mana nak buat kau tak bosan hadap org yg sama ( kalau tak nak kena label trash ?). Macam tu juga cara masak, pelbagaikan. Tapi bosan ke tak aku makan ja janji kenyang ?
Tapi bukan tiap minggu la meal plan aku macam ni. Biasa aku tukar-tukar jenis sayur. Bayam, pakchoy, brokoli, cauliflower, ehhh banyak lagi la. Lauk memang aku biasa masak ayam dan ikan. Breakfast makan roti or buah.
Antara menu sarapan
Menu lunch
Menu dinner
Semuanya nampak sedap kan! So berbaloi sangat RM31 untuk 5 hari, yang penting kita rajin nak masak.
Bagi yang berkemampuan mungkin boleh menyimpan beratus atau beribu ringgit sebulan untuk tujuan kegunaan hari kecemasan atau persediaan bila sudah tua nanti.
Tapi bagi yang tak mampu simpan banyak tetap juga perlu buat tabungan bukan jadi boleh ikut kaedah ini.
Tak perlu simpan banyak, yang wajib simpan adalah RM1 sehari tetap selebihnya RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 dibuat secara mingguan dan bulanan.
Jangan tak percaya melalui kaedah yang dicadangkan oleh Kate Ginting ini cukup setahun total simpanan kita adalah RM3,300. Banyakkan!
Tip simpan duit, wajib RM1 sehari
Boleh mula terus dan komited buat setahun begini;
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM600.TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan
Ramai wanita yang rasa kecewa terutama bila kedatangan haid di awal dan di akhir puasa. Frust kerana tak dapat menyambut puasa dan melaksanakan ibadah pada hari-hari terakhir Ramadan.
Rasa rugi bila tak dapat berbuka, bertarawih, bertadarus sekali gus meraih ganjaran pahala buat orang berpuasa.
Tapi itulah fitrah buat wanita. Pernah Aisyah juga menangis sedang kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak. Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”Hadis riwayat Bukhari
Namun begitu sebenarnya, ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid agar terus dapat mengutip pahala di bulan puasa. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa.
1. Medengar bacaan Al-Quran
Tidak dibolehkan membaca al Quran ketika haid wanita tetap mampu memperoleh ganjaran apabila mendengar bacaan ayat Al-Quran. Melalui CD, Youtube, malah ada banyak bacaan ayat suci alQuran yang dikongsi di media sosial yang boleh didengar. Walaupun hanya mendengar satu ayat namun akan ditulis baginya pahala yang berganda-ganda.
2. Banyakkan Sedekah
Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:, “Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”(HR. Al-Tirmidzi dari Anas bin Malik r.a)
Menurut Ibnu Abbas, “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.” Hadis riwayat Bukhari
3. Berzikir
Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.
Boleh saja membaca tasbih tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar). Paling mudah amalkan zikir Fatimah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Ini juga bacaan zikir yang membantu meredakan rasa letih kaum ibu.
4. Beristiqfar
Sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, lazimi lidah kita dengan sentiasa beristiqfar (astaghfirullah hal ‘aziim). Ia kalimat pendek memohon keampunan atas dosa yang kita lakukan.
Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
5. Membaca bahan bacaan agama atau ikut majlis ilmu
Ada banyak buku, majalah yang berkait dengan agama yang dijual di pasaran. Atau boleh saja kita membaca bahan bacaan berbentuk agama ini di internet.
Dalam pada itu boleh saja menghadiri ceramah agama atau pun majlis ilmu yang dianjurkan di persekitaran. Malah sekarang ceramah agama daripada ustaz-ustaz terkenal juga sudah ada banyak dalam bentuk cakera padat untuk kita dengar.
6. Menyediakan juadah berbuka bagi orang berpuasa
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” Hadis riwayat Tirmidzi
7. Bangun bersahur meskipun tidak berpuasa
Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda, “Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.” Hadis riwayat Bukhari.
Meski tidak boleh berpuasa tapi mengajak dan membantu ahli keluarga bersahur melakukan perkara sunat iaitu perkara baik, maka kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...