
Sewaktu memasak kebanyakan kita sudah terbiasa menggunakan serbuk perasa. Kebiasaannya kita beli saja walau pun tahu ia mengandungi monosodium glutamate atau MSG yang bukanlah begitu sihat terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.
Tapi tahu tak, sebenarnya serbuk perasa untuk menyedapkan masakan ini boleh saja kita buat sendiri. Ya betul! Cara-caranya dikongsi oleh AJ Idris.
Kalau dah buat sendiri dah tentu bebas MSG dan lebih sihat untuk santapan famili kita.
Serbuk perasa homemade atau salt seasoning
Bahan-bahan:
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Ini antara bahan yang boleh kita beli di pasar raya. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Cara membuat:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
2. Sesuai digunakan untuk menambah rasa dalam masakan seperti sup, perapan ayam/ daging dan pelbagai jenis masakan lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: AJ Idris Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Letak Berus Sabut, Tip Elak Tikus Gigit Wayar!

Tip ini mungkin berguna untuk rumah yang ada masalah tikus. Haiwan ini bila ada dalam rumah bukan saja, bahan makanan malah wayar pun digigit hingga beri masalah lain pula untuk kita.
Antaranya adalah wayar aircon untuk unit di bahagian luar. Kalau di rumah ada masalah yang sama boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mohd Hazwan Tajip ini. Guna berus sabut!
Tip elak tikus gigit wayar guna berus sabut
Siapa pernah kena macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wayar. Bila panggil tukang repair, mudah saja. Panjat, buka dan sambung semula wayar. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.
Tapi bila sebulan sampai 2 kali kena macam ni, duit kita yang selesai kalau biarkan.
Petua yang diberi oleh tukang repair, letak berus sabut di tempat piping masuk.
Fungsinya, berus sabut yang tajam akan halang tikus masuk kerana muncungnya akan tercucuk sabut yang keras.
Jadi terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikus boleh masuk. Cuba saja. Modal pun tak besar mana. Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tiada masalah tikus gigit wayar dalam outdoor unit.
Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk. Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.
Kredit : Abdul Hadi via kelab kaki D.I.Y
Sumber: Mohd Hazwan Tajip
Cara ‘Pack’ Beras Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan. Setiap Rumah Kena Buat

Bila mengenangkan banjir besar mengejut yang dilalui hujung tahun lalu memang membuatkan kita trauma. Bencana alam memang tak boleh dijangka, apatah lagi sekarang keadaan cuaca pun tak menentu.
Sebagai langkah berjaga-jaga elok juga kita membuat sedikit sebanyak persediaan. Paling utama tentulah persediaan makanan. Kita boleh mulakan dengan menyimpan beras untuk kecemasan ini.
Tapi untuk simpan beras ini ada caranya agar beras tak dimasuki kutu dan juga cepat rosak. Dikongsi oleh Mardziatul Irqin ini kaedah yang boleh kita praktikkan.
Cara ‘pack’ beras untuk kegunaan kecemasan
Ramai yang inbox dan komen macam mana nak prep beras, ini sharing cara dan tips yang korang boleh guna. Moga sharing memberi manfaat dan dapat membantu. Jangan stop prep.. please prep!!! Demi sesuap makanan.
Untuk simpan beras perkara yang perlu kita elakkan adalah kutu beras. Kutu beras ni boleh menyebabkan kerosakkan pada beras, after effect dari pembiakan boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.
Kena elak kutu beras
Kutu beras tak tahan suhu sejuk kurang dari -18°C dalam 3 hari dan tak tahan panas 55°C lebih dari 2 jam (ini berdasarkan maklumat pembacaan saya kajian ttg kutu beras).
Sebab itu ramai yang suggest masuk beras dalam peti sejuk dulu, then jemur supaya hilang moist, kemudian baru seal dalam apa-apa bekas yang tidak mudah berlubang.
Beras di vacuum seal, dimasukkan OA (oxygen absorber) dan disimpan di tempat yang rapi dan kurang fluctuation suhu, untuk kawal faktor tadi.
Kehadiran oksigen dan perubahan suhu boleh memberikan environment yg condusive utk pembiakan kutu, kalau masih ada larva kutu yang survive semasa food preservation process.
Boleh simpan dalam botol mineral
Test run saya buat dr tahun 2016, guna botol mineral 500ml, compact kan, dan tutup ketat, tanpa additional OA. Setakat hingga tahun ni, tiada kutu beras langsung.
Setiap tahun saya cuba masak satu botol untuk rasa, beras boleh dimakan, tiada toxication, cuma rasa kurang fresh. Warna beras juga jadi sedikit kekuningan over the year.
Cara kedua
1) Cari tapis, letakkan atas periuk/bekas dan masukkan beras secukupnya. Pastikan semuanya KERING.
2) Gaul, ramas atau ayak. Kutu dan habuk-habuk akan jatuh ke takung. Beras yang dah diramas asingkan ke dalam bekas bersih lain.
3) Kutu dan habuk terkumpul. Beras yg terjatuh tu boleh diayak sekali lagi.
4) Makhluk perosak yang telah diasingkan.
5) Beras yang bersih boleh di repack. (Mylar dan O2 absorber, vacuum, botol mineral, freezer 3 hari etc…)
6) Kalau nak guna tak perlukan banyak air untuk basuh sebab habuk dah buang siap. Menjimatkan air sangat penting ketika bencana.
Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk antaranya
-Cili kering
-Asam keping
Oxygen Absober beli sini : https://invle.co/clbfd5o
Cara ketiga guna plastik grainpro
Paling mudah boleh pakai plastik grainpro. Harga mahal sikit Rm35/sehelai. Ada 2 jenis RZ30 (ziplock – tapi boleh isi sikit je) dan RT69 (kena ikat).
Plastic grainpro beli di sini: https://invle.co/clbfcpz
Plastik sealer beli di sini: https://invle.co/clbfd97
Vacum sealer (ada macam-maca lagi jenis/brand, saya advice beli yang mahal sikit utk kegunaan lasak. Apa pun ikut kemampuan kita kalau tak dapat beli yang mahal).
Sumber: Mardziatul Irqin
Kredit gambar : Khatijah Yana, Salwa Zeyn, Noor Ayuni
Cara Rebus Kacang Kuda Supaya Cepat Empuk. Guna Rice Cooker & Periuk Biasa Caranya Berbeza

Isi Kandungan
ToggleKacang kuda rebus memang enak dimakan bila bersantai-santai di rumah. Rasa masin dan berlemak bila dikunyah itulah penyedapnya.
Cuma bila nak merebus kacang kuda ini selalu ambil masa yang lama dan ada juga yang tak menjadi. Supaya tak ambil masa yang lama untuk rebus kacang kuda ini boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Noremyza Ibrahim.
Tip kacang kuda cepat masak, dan cantik kejadiannya
- Rendam dulu kacang kuda semalaman, paginya cuci bersih dan tos.
2. Masukkan air dalam rice cooker, bersama dengan daun kari, minyak masak dan ½sudu besar soda bikarbonat.
3. Bila air hampir mendidih baru masukkan kacang.
4. Bila kacang hampir empuk masukkan garam. Jangan letak awal nanti lambat lembut.
5. Selepas kacang empuk, tos airnya. Cara ini hanya memerlukan masa lebih kurang sejam saja, kacang akan cukup empuk, lemak dan masinnya.
Jika gunakan periuk biasa
Boleh gunakan cara ini;
1. Rendam kacang semalaman, esoknya tos air.
2. Masukkan kacang dalam periuk dan masukkan air hingga penuh. Buka api dan rebus seperti biasa. Jangan tambah air kerana akan buat kacang lambat lembut.
3. Bila air susut kecilkan api.
4. Letak garam atau perasa akhir sekali sebelum tutup api supaya tak keras.
5. Tutup api bila kacang sudah empuk. Tos air dan sedia untuk dimakan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Noremyza Ibrahim.