Sup bunjut ini wajib ada kalau nak masak hidangan sup dan sering kali kita beli saja bila nak menggunakannya. Tapi lepas ini cuba buat sendiri.
Sebab nak buat sup bunjut ini punyalah senang. Semua bahan pun selalunya ada di rumah kita. Cuma tinggal gabung dan bungkus saja. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Delihayat Kitchen
Bahan (untuk satu bunjut):
1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil – masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih
Bahan yang dipecah-pecahkan:
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi (mustard seed)
Secubit biji kas-kas (kalau tiada pun tak mengapa)
Ads
Cara membuat:
Masukkan semua bahan rempah dalam kain kasa, lilit dengan benang. Dah boleh gunakan.
Seeloknya buat banyak sekali gus sup bunjut ini supaya mudah untuk gunakan bila teringin masak sup. Jimat RM1.50.
Sup bunjut yang siap dibuat simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama.
Siapa yang suka buat atau berniaga kek mesti akan selalu guna whipping cream ini. Kalau buat cheese cake leleh ini juga bahan kena ada.
Harga whipping cream ini juga boleh tahan, bagi yang nak berjimat boleh saja hasilkan sendiri bahan ini. Buat sendiri tapi rasanya sama saja.
Bagi yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Soleh Fattah.
Homemade whipping cream
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu powder (tak kisah jenama apa, saya pakai Fernleaf Family)
3 sudu besar gula (boleh kurangkan)
1 bekas ais batu (pastikan dalam ketulan kecil supaya senang mix)- kuantiti rujuk gambar
Mixer ( boleh cuba pakai blender, tapi saya tak pernah cuba takut rosak)
Cara membuat
1.Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Pastikan bekas besar, jangan pakai mangkuk kecil. Nanti whipping cream kembang semangkuk.
2.Gaul rata semua bahan-bahan, bagi sebati dulu. Kemudian baru putar pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah, supaya ais batu terkeluar dari bekas.
3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dalam 3 minit. Putar sampai tak nampak ais batu. Waktu ini kita akan nampak adunan dah berupa cream yg kembang semangkuk.
4. Bila ais batu dah tiada (boleh dengar bunyi ais waktu mix) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum. Putar dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat.
Selalu kita silap jangka umur wanita sekarang terutama yang berusia 30 tahun. Tak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan wanita usia 30 tahun pada masa ini berpenampilan lebih cantik dan bergaya.
Disebabkan itulah ramai saja yang tersalah anggap mereka masih berusia 20 tahun. Walau berbeza usia 10 tahun tapi kelihatan mereka sebaya.
9 perkara ini mungkin sebab mereka wanita usia 30 tahun nampak lebih cantik terutama jika dibandingkan sewaktu usia mereka 20 tahun. Tak percaya, tengok gambar Fazura tu.
1. Dah tak kisah tentang usia
Bila masuk usia matang 30 tahun, wanita sudah tak kisah tentang angka usia mereka. Malah mereka lebih relaks tentang banyak perkara. Mereka juga akan lebih berkeyakinan, kurang memikirkan tentang apa orang kata dan ini sebenarnya menjadikan mereka lebih menarik di mata orang lain.
2. Ikut fesyen
Susah sebenarnya untuk membezakan wanita berusia 20 tahun dengan 30 tahun. Wanita ketika ini mengikut perkembangan mekap dan juga fesyen yang sama. Mereka mengenakan jeans, baju T yang sama seperti gadis 20 tahun.
3. Berkemampuan
Pada usia 30 tahun kebanyakan wanita sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Mereka juga sudah punya pengalaman dalam hidup dan kerjaya. Pengalaman inilah yang cukup berharga, membolehkan mereka memperoleh kerjaya dengan gaji yang selesa. Pada tahap uni mereka sudah mampu membeli produk mahal yang mereka inginkan.
4. Mampu beli barang mahal
Usia 30 tahun adalah waktu emas bagi wanita. Pada masa ini mereka sudah mempunyai apa yang mereka inginkan. Mereka tahu apa yang sesuai dengan diri mereka. Mereka mampu mencuba kerana sudah berkemampuan.
5. Lebih tenang
Gaduh dengan boyfriend menangis satu malam, kena marah dengan bos pun menangis juga, ini mungkin reaksi wanita bila usia 20 tahun. Tapi bagi wanita yang berusia 30 tahun berdepan dengan situasi negatif begini dengan lebih relaks. Mereka menangis tapi tak berlebihan. Pada usia ini wanita lebih tenang dan tak mahu membazirkan masa dengan sesuatu yang tak penting.
6. Tahu apa yang diinginkan
Pada usia 20 tahun kebanyakan kita belum tentu punya kehidupan yang stabil. Ada banyak yang mereka mahu lakukan dan cuba. Berbeza bila sudah memasuki usia 30 tahun, kebanyakan wanita pada usia ini sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Mereka jalani kehidupan untuk mencapai matlamat.
7. Tak ragu-ragu lagi
Kebanyakan wanita pada usia 30 tahun sudah melepasi keraguan tentang diri sendiri. Tiada lagi keraguan tentang keyakinan atau potensi diri. Pada masa ini mereka sudah berjaya melepasi semua keraguan ataupun sudah terima seadanya sifat yang ada dalam diri mereka.
8. Jaga makan
Ketika usia belasan dan 20 tahun kita memang cenderung makan makanan mengikut nafsu. Asal sedap, tak kisah berkhasiat atau tidak. Tapi bila memasuki usia 30 tahun kita mula makin menjaga diri dan kesihatan. Tambah lagi bila sudah berkeluarga dan semua perubahan ini memberi kesan pada bentuk tubuh, kulit dan juga mood.
9. Sedar kepentingan jaga kesihatan
Pada usia 20 tahun wanita akan berasa sentiasa muda. Berbeza bila memasuki usia 30 tahun, mereka makin sedar bahawa hari tua sudah makin dekat dan perlu menjaga kesihatan diri.
Gangguan air berlaku lagi di Selangor. Apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa ketiadaan air ini. Paling utama kena simpan air dan jimatkan penggunaannya
Daripada pengalaman lalu macam-macam cara simpan air dan tip menjimatkan penggunaan muncul dan dikongsi oleh netizen. Ada sebahagiannya cukup kreatif.
Korang yang terlibat dengan masalah bekalan air kali ini boleh guna idea ni ya.
1. Standby tong besar
Rasanya rumah korang mesti ada satu tong ini untuk kegunaan waktu macam ni kan.
2. Periuk besar pun boleh
Kalau takde, guna periuk besar atau apa saja barang yang boleh tampung air yang ada kat rumah termasuklah tupperware.
3. Kalau takde guna plastik macam ni
Takde juga cari plastik besar, plastik sampah pun boleh. Isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka.
4. Water dispenser letak dekat singki
Supaya senang kita nak basuh apa-apa yang patut. Macam paip la kan.
5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang
Jangan bazirkan air untuk basuh perkara ini, so beli stok untuk empat hari. Murah jer.
6. Alas pinggan dengan plastik
Boleh juga alas pinggan dengan plastik macam mamak jual nasik kandar tu.
7. Beli air mineral untuk minum di rumah
Jadi boleh guna air yang disimpan untuk keperluan lebih penting iaitu di bilik air.
8. Botol spray untuk ambil wudhuk
Gunakan cara yang biasa dipraktikkan oleh jemaah haji dan umrah kat Makkah untuk ambil wudhuk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.
Memasak ni selalu guna banyak air, nak basuh macam-macam. So buat kerja memasak tu sekali saja. Buat stok lauk, dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan saja.
10. Sediakan tisu basah
Untuk cuci tangan yang tak berapa nak kotor tu boleh pakai tisu basah ni. Selain itu kalau ada anak masih guna lampin pakai buang boleh kesat dulu najis dengan tisu ni sebelum bilas dengan air. Untuk cuci muka dan mekap pun eloknya pakai ni dulu ya.
Kalau korang ada lagi idea boleh tambah di ruangan komen ya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...