Hidangan Chinese style memang dah biasa dengan lidah kita, antaranya adalah sup wantan. Ianya sama adakita makan di kedai atau kita beli wantan frozen dan masak sendiri di rumah.
Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri wantan pun boleh sangat sebab caranya pun tak susah mana. Dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini caranya;
Sup wantan homemade untuk minum petang
Bahan inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali bahan dan gaul sebati
Bungkus inti menggunakan kulit wantan menjadi wantan
Ads
Cara memasak:
Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
Ads
3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
4. Akhir sekali boleh masukkan wantan. Sedia dihidang.
Ads
Cara buat kicap cair dan minyak bijan boleh rujuk di SINI
Ada yang tanam kesum tak menjadi walau dah beberapa kali cuba, tapi ada juga yang elok suburnya dan menjadi-jadi rimbunnya.
Sebenarnya nak tanam kesum kita kena faham keperluan tanaman ini, barulah hasilnya subur. Perkongsian Alin Lin boleh jadi rujukan supaya pokok kesum yang ditanam hidup subur merimbun sampai tak termakan sudahnya.
2 jenis kesum
Kesum adalah sejenis tumbuhan yang mampu hidup di dalam air tapi ia juga mampu hidup di atas tanah. Ada 2 jenis kesum sebenarnya, satu jenis kecil dan satu lagi jenis besar.
Jenis kecil memang suka tinggal di dalam air. Contoh dalam parit ia akan cepat membiak hidup subur tanpa baja. Kesum jenis besar pula sangat cantik jika di tanam atas tanah sebab kesum besar memang lebih tinggi dari kesum yg kecil.
Cari tanah yang lembap
Tanamlah kesum di kawasan atau di tanah yang lembap. Dulu-dulu mak kita tanam kesum di tepi tepi longkang. Sebab tepi longkang sejuk dan banyak air. Boleh juga tanam di tepi rumah laluan air hujan, kita panggil cucur atap.
Mana yang rumahnya keliling ada longkang laluan air hujan lagi bagus. Jika tiada cukuplah sekadar tepi rumah dimana tempat air hujan turun. Cuba korek sikit tanah ada nampak lembap tak di dalamnya jika ada dah boleh sediakan benih keratan kesum.
Tanam 3-4 batang dalam satu lubang
Bila kita jangan lah tanam sebatang-sebatang. Tanamlah sekurang-kurangnya 3 batang atau 4 dalam satu lubang. Jangan pula tanam seikat dalam satu lubang.
Siram pagi dan petang
Setelah tanam siram air pagi dan petang. Jika hujan, tak perlulah siram lagi sebab dah terkena air hujan turun.
Jangan cabut kalau nampak keratan hitam
Selepas beberapa hari antara 4 keratan yang kita tanam pasti tak semuanya hidup. Pasti ada yang mati (tapi kalau hidup semua alhamdulillah). Jangan cabut jika nampak keratan hitam. Biarkan saja dalam 10 lubang pasti ada yang jadi. Memang nampak macam kering atau mati tapi pasti ada yang jadi. Selagi keratan tak menyembah bumi selagi itu kita ada harapan.
Tanam keratan berpandukan ruasnya akar akan tumbuh pada ruas ruas tersebut. Tanamnlah dalam sikit tak mengapa. Pastikan tanam keratan kesum yang cukup tua, ia lebih senang untuk hidup.
Pokok kesum kena selalu potong baru tumbuh rimbun
Setelah pokok membesar setinggi paras lutut, pokok kesum harus dipotong. Jika tak termakan sedekah kepada jiran. Atau boleh buat 3 ke 4 peringkat, contoh minggu ini kita kerat selonggok atau senang cerita secekak.
Minggu depan potong lagi secekak, nanti nampak pokok kesum naik bertingkat-tingkat jadi taklah membazir. Jadi takdelah kita potong semua sekali gus takut esok lusa nak guna dah tiada daunnya.
Kenapa kesum perlu dipotong jika ia sudah tinggi dan mula rebah? Sebab kesum boleh mati kerana kita tak dipetik. Makin kerap kita potong makin banyak pokoknya dan nanti makin rimbun.
Beli kentang tapi simpan lama punya pasal sampai bertunas. Kentang begini tak elok untuk dimakan kerana ada kandungan glycokoid yang tinggi berbanding yang tidak bertunas.
Ia akan menyebabkan muntah, cirit dan sakit perut terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil jika dimakan.
Kalau terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan. Antaranya rendahkan tekanan darah, tinggikan denyutan nadi, demam dan sakit kepala. (Sumber: Dr Mazliana Mazlan)
Guna kentang bertunas untuk bersihkan cermin kereta
Jadi apa nak buat kalau dengan kentang ini, nak buang sayang pulak. Ha… kentang bertunas ini boleh kita gunakan untuk bersihkan cermin kereta agar bila hujan titisan air mengalir laju. Takdelah kabur pandangan terutama bila hujan lebat.
1. Potong kentang bertunas kepada dua atau 3 bahagian.
2. Kemudian gosok terus potongan kentang pada cermin kereta sama ada cermin depan, pintu kereta atau cermin sisi.
3. Selepas itu terus sembur air pada cermin. Kita boleh lihat terus kesannya bila sembur air, cermin yang digosok dengan kentang airnya akan mengalir laju dan tiada titisan air yang melekat pada cermin.
Boleh nampak bezanya, bahagian kiri yang telah digosok dengan kentang bersih licin tanpa titisan air.
Boleh juga tonton video di bawah yang dikongsi dari TikTok Jason_Jezi.
Sejak pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di buka di aplikasi MySejahtera ramai yang dah mendaftar.
Ramai yang dah berkongsi mereka dah berjaya mendaftar apabila menerima paparan ucapan tahniah ini.
Sebenarnya itu belum bermakna anda berjaya mendaftar. Jika hanya setakat itu paparan bermakna anda masih belum mendaftar.
Sila lakukan sekali lagi sekali dan pastikan anda masukkan detail yang diperlukan terutama alamat lengkap. Pastikan anda mendapat paparan seperti di bawah ini.
Ia bermakna dah telah berjaya mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksi Covid-19.
Untuk kepastikan boleh klik sekali lagi di bahagian COVID-19 Vaccination dan paparan yang sama akan keluar.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...