Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah. Tapi nak tanam pokok ini tak mudah kerana selalu tak stabil bila ditanam menggunakan batang. Mudah beralih bila disiram kerana batangnya yang lembut dan kecil.
Salah satu tip yang dikongsi untuk memastikan keratan dari pokok pudina lebih kukuh adalah dengan menggunakan teknik lingkaran seperti yang dikongsi oleh Rina Kefele.
Buat lingkaran sebelum tanam
1. Kerat batang pokok pudina, ambil yg hujung-hujung yang dah berjurai.
2. Sediakan bekas dan tanah hitam.
Ads
3. Buang daun dan bentuk jadi melingkar macam ni.
4. Buat beberapa batang.
5. Masukkan bahagian yang dilingkar dalam tanah dan timbus.
6. Kemudian letak di tempat redup. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.
Ads
7. Ini usia seminggu. Langsung tak layu.
Ini pokok pudina yang dah 2 bulan tanam guna kaedah lingkar. Boleh juga gunakan teknik yang sama untuk tanam pokok sirih.
Setiap kali beli fishball di kedai ramai yang ada kerisauan tentang status halal dan kebersihan pembuatannya. Sebabnya, fish ball yang dijual ini banyak dihasilkan oleh usahawan non Muslim.
Jika selalu rasa was-was sebegini ada baiknya kita belajar hasilkan sendiri. Dikongsi oleh Tahrunnisah Jali, homemade fishball ini sudah terjamin bersih, rasa ikan lebih banyak dan juga sama kenyal seperti fishball dijual di pasaran. Jom buat!
Buat sendiri fishball, tak ragu-ragu nak makan
Bahan-bahan
-300gm – ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh
-2 sudu kecil tepung jagung
-Garam dan serbuk perasa ikut cita rasa
-1/2 sudu kecil lada sulah
-1/2 cawan hingga 3/4 cawan – air sejuk dalam peti ais
Cara membuat
Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik, ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan hingga hancur.
3. Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah. Kisar sekali.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tak likat dan tak lembik sangat.
5. Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil adunan sikit-sikit dan letak (lempar lembut) ke dalam bekas tu. Buat banyak kali sehingga rasa adunan kenyal dan berkilat serta licin.
6. Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambar). Keluarkan
bebola fishball antara dua jari.
7. Ambil fishball guna sudu dan masuk dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam dalam 15 minit).
8. Kemudian barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung).
Macam timun biasa tapi saiznya kecil. Timun mini ini memang rangup, manis dan sedap dimakan mentah.
Bagi peminat ulam yang suka bercucuk tanam, timun mini ini antara yang cuba ditanam sekitar rumah. Bagi yang nak cuba tanam boleh cuba mengikut panduan Umi Watie.
Panduan tanam timun mini
Timun mini (Cucumis satives) merupakan sejenis timun kecil yang semakin popular ditanam terutama di beberapa Negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan juga Terengganu semenjak sekian lama.
Bagaimana pun timun mini amat sesuai dimakan segar atau dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu dan dimakan terus begitu sahaja. Timun ini sama dengan timun biasa, daripada famili Cucurbitaceae yang ditanam dalam masa singkat sahaja sekitar 2 bulan dah boleh kutip hasil.
Alhamdulillah hasil timun mini dari 3 pokok. Buah yang rangup dan manis sesuai untuk dibuat ulam. Cicah budu atau sambal belacan memang syok habis.
2. Ini pula benih yang digunakan. Boleh dibeli dikedai pertanian, pasar raya atau Shoppe.
3. Pokok timun ini ditanam dalam bekas polisterin. Satu polisterin tanam 3 pokok. Saya gunakan iron mesh yang dibeli di kedai hardware sebagai pancang. Bekas polisterin perlu ditebuk dibahagian bawah.
4. Anak pokok timun mini di awal pertumbuhan. Anak timun, pokok timun sangat sukakan cahaya matahari. Sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam matahari penuh. Siraman air sebanyak 2 kali sehari.
5. Baja yang digunakan untuk pokok timun ini adalah tinja ayam, cuka kayu dan air rendaman kulit bawang. Kulit bawang sangat bagus untuk menguatkan akar pokok. Seawal dua minggu dah boleh siram dengan air rendaman kulit bawang pada anak pokok supaya akar kuat dan sihat.
6. Timun mini hanya berukuran 6 – 8 cm berwarna hijau muda dengan isi yang manis.
7. Nampak tak ada dua timun di situ. Kanan timun yang berjaya didebungakan dan menjadi putik buah.
Sebelah kiri pula adalah timun yang kecundang. Selalunya saya buang timun yang tak menjadi supaya pokok dapat fokus pada buah timun yang sihat dan kuat.
8. Ini adalah bunga jantan. Kebiasaannya pada awal pertumbuhan banyak bunga jantan yang keluar dulu. Jadi bila bunga betina keluar maknanya pokok telah bersedia untuk berbuah. Oleh itu, disyorkan tanam lebih dari sepokok supaya dapat memaksimakan pengeluaran bunga
9. Timun memang berduri. Bila duri dah tak berapa tajam maksud dah boleh dituai.
Ketupat palas ini antara hidangan raya yang selalu ada di kebanyakan rumah. Cuma tak ramai golongan muda sekarang tahu membuatnya.
Kalau nak belajar, waktu raya inilah paling sesuai. Kalau lihat cara yang dikongsi oleh Rusmani Hamzah ini, ia taklah serumit mana. Jadi apa kata kita cuba!
Cara Buat Ketupat Lemak
Bahan-bahannya
Daun palas 1 kg beras pulut basuh dn rendam 1½ jam atau 2 jam 400 ml santan pekat 1½ sudu besar garam halus 1 sudu besar gula Serunding daging jika mahu buat ketupat serunding
Cara masak pulut untuk ketupat lemak
1. Campur garam dan gula dalam santan. Kacau sebati lalu ketepikan.
2. Toskan beras pulut.
3. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila letak beras pulut, buat lubang di tengah beras supaya wap naik ke dalam pulut.
4. Masak air utk mengukus hingga didih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.
5. Siap kukus tuang pulut dalam besen. Tuang santan pada pulut yang masih panas tadi. Gaul hingga sebati, gaul lebih kurang minit. Rehat dalam 5 minit utk santan meresap dalam pulut.
6. Kukus pulut kali kedua selama 20 minit.
7. Tuang pulut dalam besen, gaul selama 3 minit.
8. Tunggu pulut sejuk selama 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dgn daun palas.
9. Ketupat yang dah siap dibungkus boleh disejukbeku atau kukus jika mahu dimakan terus.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...