Nampak dari luar jambu elok merah, dan masak ranum. Memang sedap kalau makan. Tapi bila dibelah, buruk dan berulat. Memang frust.
Ada yang kata jambu yang buruk begini disebabkan oleh kita menyicah. Tak tahu pula bagaimana kaitannya.
Namun apa yang boleh dijelaskan kaitannya adalah, buah jambu yang buruk ini adalah disebabkan serangan lalat buah.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan jika pokok buah jambu mengalami masalah ini. Paling penting menghalau lalat buah ini daripada mendekati putik atau buah jambu yang sedang membesar.
Ads
1. Waktu buah jambu masih putik, sembur dengan racun serangga kemudian balut dengan kertas atau plastik.
2. Bersihkan dan bakar daun-daun kering di bawah pokok, asap juga membantu menghalau lalat buah.
Ads
3. Beli hormon lalat di kedai racun/baja,celup kain/riben dalam hormon kemudian ikat ada pangkal pokok. Lalat buah akan tertumpu di situ dan tidak menyerang buah jambu.
4. Bersihkan jambu-jambu buruk yang gugur supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
Ads
5. Cara paling mudah, tabur 2-3 pek garam sekitar 1 kaki dari pangkal.
Gunting bila dah lama simpan dan tak digunakan mungkin jadi tumpul. Potongan jadi tak cantik dan kerja pun jadi lambat.
Selalunya kita akan ambil tindakan beli saja gunting baru walau sebenarnya cara untuk tajamkan kembali gunting ini mudah sangat.
1. Guna kertas pasir
Ambil kertas pasir kemudian gunting menggunakan gunting yang tumpul. Buat potongan dari dalam ke hujung mata pisau. Lakukan dalam 10-20 kali. kemudian bersihkan gunting dari kerikil kertas pasir.
2. Botol kaca
Cari botol kaca yang ada di rumah, sama ada botol kicap, cuka, balang dan sebagainya. Kemudian buka gunting seluas-luasnya dan letakkan mata pisau gunting pada bahagian kaca.
Lakukan gerakan seperti menggunting pada botol kaca tujuannya supaya mata pisau diasah pada botol kaca. Ulang sehingga mata pisau tajam. Boleh uji dengan menggunting kain atau kertas.
3. Guna aluminium foil
Cara ini sama macam kaedah kertas pasir. Ambil aluminium foil, lipat dua lalu buat potongan menggunakan gunting yang tumpul.
Gunting aluminium foil dari dalam hingga ke hujung mata pisau. Lakukan sehingga rasa gunting sudah kembali tajam.
Cara penjagaan gunting
Pastikan gunting sentiasa kering, rajin-rajinlah meletakkan minyak pada sendinya.
Asingkan gunting untuk kegunaan memotong fabrik, kertas dan sebagainya untuk mengekalkan ketajamannya
Hujung dan awal tahun kebiasaannya banyak negeri akan dilanda banjir. Bezanya antara bah besar atau kecil saja.
Ada yang sempat menyelamatkan harta benda tapi ramai juga terpaksa melihat barang-barang terharga ditenggelami air termasuklah kereta.
Boleh jadi kerana air naik terlalu cepat hingga kereta tak sempat diselamatkan ke tempat yang tinggi. Jika keadaan begini berlaku, ada beberapa tip yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan yang ditenggelami air untuk meminimumkan kerosakan dan kos membaiki kereta.
Tip ini adalah berdasarkan pengalaman pemilik kereta yang mengalami kejadian kereta ditenggelami air.
Tip jika kereta ditenggelami air banjir
Sebelum tenggelam
Jika kenderaan memang tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan akan dibiarkan tanpa dihidupkan. Biasanya musibah banjir berlarutan berhari-hari malah ada yang lebih seminggu.
Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam
Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Juga, jangan sesekali cuba untuk memandu meredah banjir.
Setelah banjir surut
Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Ini pantang besar yang tidak boleh dilakukan jika kenderaan ditenggelami air.
Gunakan khidmat lori tunda untuk ditunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Sama ada rosak banyak atau rosak sikit.
Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. Namun jika enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
Bagi sistem transmisi kereta jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyak beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Perkara ini akan diberitahu oleh mekanik. Mungkin perlu 3 hingga 5 kali flush atau mungkin lebih.
Tapi bagi kereta sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan perlu melalui proses overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Atau terpaksa menukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
Sistem elektornik kereta mungkin boleh diselamatkan, cuma kesannya akan nampak dalam masa yang panjang.
Kusyen kereta pula memang akan kotor dan berbau. Ia perlu dicuci biasanya, pihak bengkel akan tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir.
Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab semua kerusi akan dibuka dan dicuci dengan teliti. Akan tetapi selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap akan ada. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut lebih kurang sebulan.
Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada tindakan kita semasa banjir sama ada kita hidupkan enjin atau tidak. Jika enjin kereta dihidupkan, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak.
Jika enjin tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidaklah begitu tinggi. Selain itu ia juga bergantung kepada jenis kenderaan.
Semoga urusan pemilik kereta yang mengalami musibah ini dipermudahkan.
Tempe meski boleh dijadikan macam-macam hidangan tapi yang digoreng ringkas juga paling sedap. Cuma kalau ditambah dengan bahan di bawah rasa tempe goreng akan jadi super sedap terutama bila dicicah pula dengan sambal kicap.
Cara buat tempe goreng yang super sedap
Bahan-bahan
Tempe -dipotong memanjang
Tepung beras
Tepung gandum
1 sudu jintan putih
Daun kari -digunting halus
Serbuk perasa
Garam
Cara memasak
1. Satukan tepung beras dan tepung gandum, pastikan kuantiti dua tepung adalah sama banyak.
2. Masukkan sekali jintan putih dan serbuk kunyit dan daun kari. Masukkan air, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Selepas sebati, masukkan tempe. Gaul hingga adunan menyaluti tempe.
4. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...