
Selepas hampir 11 tahun menunggu kehadiran cahaya mata, hari ini Siti Aafiyah sudah pun ada dalam dakapan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Baru selesai tempoh berpantang 44 hari Siti kini melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.
Sebagai wanita yang baru bergelar ibu ia nyata satu yang cukup indah buat penyanyi nombor satu negara ini. Tapi seperti ibu lain dia juga tidak terkecuali berdepan cabaran dalam membiasakan diri menjaga bayi pada hari-hari awal selepas melahirkan.
Lucunya akui Siti bulan pertama dia seperti ‘zombie’ kerana rutin tidur Siti Aafiyah yang berjaga malam.
“Bulan pertama saya memang macam ‘zombie’. Aafiyah suka berjaga malam kerana pada sebelah siang dia akan tidur. Boleh dikatakan dua atau tiga kali juga dia terjaga,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Tapi ujar Siti walaupun penat, ianya hilang bila melihat wajah bayinya yang sekian lama ditunggu.
“Tipulah kalau kata tidak penat, tetapi selepas tengok wajah anak hilang semua perasaan itu. Ia melengkapkan lagi tugas saya sebagai ibu apabila dapat menjaga dan melihatnya membesar depan mata,” katanya yang ditemui ketika pelancaran butik ke lapan dan koleksi baru Creacion by Siti Nurhaliza di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.
So mama-mama yang lain, jangan ingat anda sorang saja jadi zombie sewaktu berpantang, Siti pun sama ya!
Ini yang bantu Siti kurus
Tapi bagusnya kata Siti inilah yang membantu dirinya menurunkan berat badan. Terbaru tanpa berselindung kata penyanyi ini berat badannya adalah 70kg dan dia menyasarkan mahu mengurangkan 11kg lagi.
“Memang ramai orang tegur kurus. Alhamdulillah, ini semua sebab Aafiyah selain proses berpantang yang dilakukan dengan teratur.
“Sepanjang tempoh 44 hari, saya dijaga dari segi pemakanan. Saya diberi makanan sihat saja seperti makanan kukus atau bakar, beras perang dan elakkan makanan bergoreng.
“Walaupun berat sekarang 70kg, saya mahu kurangkan lagi 11kg. Disebabkan itu, saya teruskan lagi perkhidmatan Natalis Mother Care selama 30 hari,” katanya.
Sumber: Harian Metro
6 Kisah Hantu ‘Legend’ Yang Semua Budak Duduk Asrama Akan Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Siapa yang duduk asrama korang mesti tau cerita-cerita hantu asrama nih. Kalau dulu dengar cerita ni meremang bulu roma. Tapi sekarang bila dah besar ni tergelak pun ada bila ingat zaman sekolah.
Jom kita flash back cerita hantu asrama yang legend, sekarang tak tahu sama ada student asrama masih dengar lagi ke tidak cerita macam ni.
1. Dah ingat ke dah tau
Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur. Ceritanya macam ni:
Kat asrama pompuan, ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat ‘member’ dia yang kat sebelah tu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang. Masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan ‘member’ tu takde kaki.
Lepas tu dia kata “Takpe la, dah ingat camna nak buat.” Lebih kurang camtu la dia cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si ‘member’ tu pulak tiba-tiba tanya “Dah ingat ke dah tahu….????” Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik dorm dia.
Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takoot siottt! Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.
Dipetik dari Facebook Wujud
2. Mati terkunci dalam locker
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam locker supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.
Maybe kawan-kawan dia la kot kunci sebab tak tahu dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kawan-kawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara, pelajar tersebut pun mati.
Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Ditambah seram lagi, setiap tengah malam jumaat, akan ada dengar bunyi locker tu diketuk dari dalam.
Tragedi ini dikatakan berlaku di Maktab Tentera Darat, Sungai Besi.
Dipetik dari www.lekatlekit.com.
3. “Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…?”

Hari tu saya mula kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam-malam. Kami saling menemani bila nak terkencing malam-malam. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita hantu senior sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah baritahu awal-awal supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni.
Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh.
Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul-betul depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun menghadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa-apa lagi masa tu sehingga saya terdengar suara
“satu, dua, tiga…“
Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula-mula saya mendaftar di asrama.
Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi
“satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“
Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah-surah yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi
“satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur….empat tak tidur lagi…??“
Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia dalam suara terketar2.
“Julia !! Ju.. Julia… Julia !!“
Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap
“Julia dah tidur…“
…dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit “PERGI!!!!“ Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.
Dipetik dari auntieserampunya.blogspot.my.
Ada juga versi lain yang mengatakan ‘benda’ itu merupakan seorang nenek kebayan yang suka duduk di atas locker sambil menggoyang-goyangkan kakinya.
4. Roommate jelmaan
Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang Cikgu matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.
Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suis lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.
Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud.
Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate adalah benar-benar manusia.
Kisah ini dikatakan berlaku di UUM di Sintok, Kedah.
Dipetik dari Facebook Wujud.
5. Hantu Banduan
Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. Tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu. So, bila dah tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.
So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.
Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.
Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot steps ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.
Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot, tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.
Lebih kurang 10 minit jugak katil aku digoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah, tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..
Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan dan alarm jam member. Rasa lega gila.
Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band (orang kata, bilik ni banyak kisah hantu), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.
Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih ragu ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik (adik aku bersekolah di sekolah aku dulu) pasal gangguan tu, dia kata, member dia pernah kena.
Dipetik dari ceritaseramsanasini.blogspot.my.
6. Melati
Melati? Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati.
Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.
Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Dulu, pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.
Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada disitu).
Ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.
Dipetik dari www.pru14.tv.
‘Anak Akak Lahir Sebesar Tapak Tangan’. Pengalaman Wanita Ini Jadi Pengajaran Untuk Ibu Hamil, Kalau Penat Jangan Paksa Diri Buat Kerja!

Isi Kandungan
Toggle
Ramai mak-mak sekarang yang mengabaikan pesanan ini kerana selain urus rumah tangga, masing-masing perlu bekerja untuk cari rezeki keluarga juga.
Jadi walau penat tapi tetap buat jugak kerja. Tapi mohon lepas ini mak-mak yang hamil tidak memaksa diri. Sebenarnya perbuatan paksa diri bekerja ini boleh jejaskan baby dalam kandungan macam apa yang dialami oleh Puan Fizah Sobri
Jangan gagah nak drive, kemas rumah kalau tak larat
Pengajaran untuk mak-mak mengandung. Especially 1st time pregnent.
1. Jangan terlalu gagah drive. Tak kira manual@auto
2. Jangan rajin sgt kemas rumah kalau tak larat . Biarkan je rumah macam tongkang pecah
3. Tak payah masak. Suh je laki hang masak @ tapau
4. Bakal2 bapak jgn sedap2 je rasa bini kau tu strong . Walaupun dulu bini kau budak sukan.
Pengalaman yg cukup terkesan
Satu masa dulu boleh kata hakak agak aktif. Lepas kawin pernah gugur sekali sbb berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka
Lepas 6 bulan, Alhamdulillah. Pregnent lg. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu . Setengah jam kalau nk turun @naik.
Time ni part time study pjj kat UTHM. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik g kelas kulai -batu pahat. Drive sendiri hokeyyy. Masa ni pregnent dlm 11w. Hakak rasa hakak gagah. Tp tak . Hakak bleeding masa kat kelas. Suami nak xnak kne la dtg amik bini dia kannn.
Esoknye hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punye sedih meratap nasib bila doc ckp miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gumbira.
Doc pelik, betul ke baby 29 minggu
Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dgn gumbira . Ooo ye . Hakak pospone sem sbb xnk drive jauh . Taubat
29w kandungan, hakak heksaited nak tau bby laki ke pmpuan. Konon nak suprise. Tp hakak tak boleh tahan
Mula la episod2 pelik. Mungkin kesan dr bleeding di awal kandungan.
Bila scan, baby kecikkkkk. Doc pelik. Betul ke 29w? Tp hakak mmg confirm. Refer klinik kesihatan yg buat checkup . Followup seminggu, baby mmg kecik dr usia. Terus kene tolak pegi HSA, JB.
Boleh ke si kecil ni survive
Ingat refer mcm tu je . Sekali hakak kena tahan wad terus. Uri tak lekat betul kat dinding rahim . 2 minggu hakak berhuhu dlm wad dgn uniform pink . Jiran sbelah katil dah bertukar lebih dr 20orang . Hakak kental .
32w bila scan aliran darah terbalik . Terus emergency czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm
Ank hakak besar tapak tangan. Hakak mcm berkira -kira . Bolehke si kecik ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan. Smpai hakak jumpa 1group yg sgt2 mmbantu. Baby Premature Malaysia – NICU. Tahniah & tq pd group admin & ahli.
Hakak tak penah post apa2 pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak . Tp kalau hakak post, org cuma akan ckp ‘kesiannya ‘. ‘Sabar ye ‘. ‘Banyak2 bersabar ‘. Huhhhh! Seriously . Hakak lg rasa down. Derrrr .
Luu baru kumpul kekuatan , tp org ckp kesian kesian kesian .agak2 apa yg lu rasa? Anoyying dowhhhh! Mahap la ye kalau ada yg terasa. Berbalik pd anak.
Boy
800g
32w 2d
17-6-2017
Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis
7 bulan baru discharged
Nicu 51 days. 2 bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sbb rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop . Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan,discharged . Wehooooo . 7 bulan derrr duk wad. Maksudnya 7bulan anak tak balik rumah . Langsung.
Dan akhirnyaaa . He’s back walaupun dgn oxygen. 2minggu kat rumah . Banyak perubahan +ve . Harap2 checkup lg skali boleh off oxygen. Insyaallah. Aminnnnnnn.
Last but not least. Jagalah kandungan anda . Peace yoooo .
#prayforHadi
#survivor
Sumber: Fizah Sobri
Bekas Mak Nyah Dedah Kisah Silam Untuk Pengajaran, Ambil Masa 2 Tahun Untuk Buang Semua Hobi Buruk

Isi Kandungan
Toggle
Demi memberi pengajaran terutama anak muda agar tidak terjebak dengan apa yang telah dilalui, bekas mak nyah ini berkongsi kisah hidupnya yang penuh dengan sejarah hitam.
Ibarat membuka pekung di dada tapi Harry Zulkifli mahu orang lain mendapat pengajaran daripada kisah silamnya sebelum mengambil keputusan nekad lari dan menyendiri.
Sudah meninggalkan segalanya, namun penghijrahannya juga bukan mudah, penuh dengan dugaan tapi akhirnya dibalas dengan kehidupan kini yang dirasakan cukup manis.
Saya bekas MAK NYAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Harry Zulkifli berusia 26 tahun. Berasal Kuching Sarawak dan kini menetap di tanah semenanjung Kuala Lumpur hampir 5 tahun.
Saya bekas seorang MAKNYAH dan saya tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu beberapa rakan saya di luar sana terutamanya para remaja. Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui, wajar untuk saya kongsikan kisah pahit manis ini.
Saya dulu bukan seorang yang menjaga solat dan hidup saya penuh dengan maksiat. Sepanjang 23 tahun saya hidup, beberapa kali saja saya solat jumaat. Mungkin kurang 10 kali. Dan dulu tidak pernah sekalipun lengkap 5 waktu solat saya untuk sehari. Demi Allah. Saya bukan nak buka aib sendiri. Tetapi ini hakikat hidup saya yang dulu.
Macam2 cara saya buat tapi semua tak jadi. Sampailah saya cuba untuk lari menyendiri dan sedaya upaya menjaga solat walaupun pada mulanya penuh dengan perasaan ” terpaksa “. Tahun pertama selepas saya berhijrah, saya masih tidak dapat menjaga solat dan masih melakukan banyak perkara2 yang buruk (maksiat).
Cuma sedikit kurang berbanding sebelum berhijrah. Sehingga saya kurang yakin dengan penghijraan saya pada masa itu. Saya masih terikut ikut dengan perangai saya yang lama. Tetapi hampir setiap hari hati saya terdetik untuk terus berubah.
Saya pelik.! Saya ambil langkah untuk menjauhkan diri dari semua kawan dan saya bawa haluan sendiri tanpa berita. Family pun saya jarang contact. Jujur saya tidak kuat masa ini. Dasyat sangat ujian yang Allah SWT bagi. Perasaan yang tidak tentu, sunyi dan didatangi dengan pelbagai masalah.
Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah
Ini fasa yang paling saya risau. Masalah bertubi tubi datang sampai saya hilang arah. Saya ambil langkah dekatkan diri dengan Allah dan keluarga adalah tempat saya mengadu. Biasalah lumrah manusia, bila dalam masalah baru ingat Allah, baru ingat keluarga.
Banyak kali saya minta ibu dan kakak saya untuk mendoakan kebaikan untuk saya dan saya banyak bergantung nasihat beberapa orang rakan karib saya. ” Hebat dugaan time ni masyaAllah.! ” Memang Allah bagi ujian ini supaya saya sujud selalu pada Dia. Saya tukar environment saya, saya banyak mintak nasihat beberapa orang yang arif berkenaan ilmu agama.
Bila saya jaga beberapa perkara wajib yang Allah suruh, saya perasan yang saya semakin kuat untuk berubah. Saya selesaikan segala masalah saya satu persatu. Saya berhenti mengambil pil perancang ( hormon ), saya potong rambut saya semakin pendek, saya berhenti pergi ke club, saya berhenti buat benda terlarang dan saya berjaya buang segala “hobi” buruk saya dahulu. Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah.
Benar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan susun hidup kita satu persatu. Allah temukan saya dengan orang2 yang hebat.! Allah rapatkan hubungan saya dengan keluarga saya di kampung. Allah berikan rezeki dari bermacam macam sumber.
Allah bagi saya rakan2 yang baru. Dan paling hebat, Allah bagi saya sokongan hebat dari kawan2 lama saya. Saya selama ini lari dari kawan2 sebab malu dengan penghijrahan sendiri. Rupa rupanya majoriti di antara mereka paham dan Alhamdulillah hubungan saya dengan mereka semua masih akrab. Allahuakbar.!
Sekarang saya tahu, semua orang berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik, akan terlintas di dalam hati masing2 untuk berhijrah. Tidak kira sesiapa pun. Tetapi mungkin tidak tahu cara yang betul2 sesuai pada diri.
Nasihat saya sebagai sahabat, jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. Langkah paling baik, tukar environment kita untuk sementara waktu. Banyak muhasabah diri, mintak kat Allah satu persatu. Memang sunyi waktu ni, tetapi percayalah, Allah ada dengan kita time ni. Sangat dekat Allah dengan kita.
Buang rasa malu
Allah tahu kita tidak kuat lalui sorang2. Allah sebenarnya nak pimpin hati kita. Allah nak hadiahkan hidup yang baru. Hati yang baru. Sesuatu yang hebat sedang menunggu. Demi Allah, sumpah atas nama Allah yang Maha Agung.! Ini benar2 betul. Lama kelamaan mesti kita akan bertambah kuat. Bertambah yakin.!
Masa ini lah kita jumpa balik environment dan kawan2 kita. Jangan buang kawan pulak. Mintak maaf dengan semua, bagitau perkara yang betul. InsyaAllah ramai yang akan paham. Buang rasa malu. Sebenarnya kalau difikirkan, tidak ada siapa yang nak marah kalau kita buat benda yang baik. Cuma jangan kita bongkak, jangan kita riak membandingkan diri dengan sesiapa. Jangan buat sesiapa terasa hati . Itu paling penting.
Sebenarnya ramai yang menjaga solat. Saya yakin anda semua lebih banyak amalan2 yang baik. Cuma saya berkongsi lebih pada jalan cerita hidup saya. Saya yakin yang menjaga solat ni, hidup mereka jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan dulu. Itu perbezaan jelas kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah.
Maafkan saya, bukan niat saya bercerita yang baik2 saja tentang diri saya. Saya tahu ramai yang terdetik hati tapi tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh, sahabat semua mesti boleh. Kita buat bukan kerana orang lain. Kerana Allah dan kerana ibubapa kita yang banyak berdoa akan kebaikan dari kita.
Dulu ramai sangat kata saya tidak boleh berubah. Saya pun kata saya tidak akan berubah sampai bila2. Tapi bila kita mula yakin.! Kita mesti akan dapat berubah satu hari nanti. Akhir kata, saya harap masyarakat kita jangan berkeras dan beri pendekatan yang baik terhadap kami semua.
Saya bukannya baik sangat, masih belajar
Jadikan kami kawan baik anda. Dan InsyaAllah dengan pendekatan yang lembut, saya sangat yakin ramai akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Maafkan saya kalau ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Saya sekadar bercerita pengalaman penghijraan saya.
Harap jangan dikaitkan dengan sesiapa. Saya bukan nya baik sangat. Masih belajar erti kehidupan sebenar. Niat saya untuk bantu rakan2 saya yang mungkin ingin bersama sama mencari redha Allah SWT. Kita hidup di dunia tidak lama. Tidak salah kiranya kita saling usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. InsyaAllah. Saya Sayang semua. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan saya dan semua. Saya harap Allah jaga dan sayang kita semua. InsyaAllah.
Ikhlas Harry Zulkifli.
Sumber: Harry Zulkifli