
Isi Kandungan
Toggle
Kalau nak pastikan kediaman berbau harum kita biasanya akan beli saja pewangi kediaman. Beli sebotol kadang-kadang tak sampai sebulan dah habis kalau kerap menggunakannya.
Sebagai langkah penjimatan, boleh saja DIY pewangi rumah mengikut perkongsian netizen @yatt_azml di twitter ini. Cuma guna dua bahan saja, satu rumah berbau harum.
Bahan-bahannya pula memang dah ada di rumah jadi kalau habis boleh saja buat semula.
Bahan-bahan
Botol semburan -saiz kecil
1 penutup botol softner atau pelembut pakaian
Sedikit cuka
Cara membuat:
- Campur bahan ini dalam botol, boleh juga tambahkan air.
- Kalau nak guna botol lebih besar tambahkan pelembut pakaian (apa juga jenama)
- Semburlah pada langsir, sofa atau karpet.
- Selain itu ia juga berfungsi untuk kurangkan habuk melekat pada permukaan seperti meja, kipas dan tingkap.
Sumber:@yatt_azml
Pokok Kelapa Pandan Tak Mahu Berbuah, Boleh Cuba Petua ‘Bakar’ Pokok

Ramai yang menanam pokok kelapa pandan di sekitar rumah tapi bertahun-tahun menunggu tak juga berbuah.
Sedangkan tujuan menanam pokok kelapa pandan ini adalah memudahkan kita menikmati air kelapa yang enak.
Dalam pada menunggu pokok ini berbuah tak salah juga untuk mencuba satu petua yang dikongsi oleh netizen di TikTok.
Caranya adalah dengan membakar pokok kelapa atau lebih tepat membakar sabut mayang di celah-celah pelepah pokok kelapa.
Petua ini dikongsi oleh Greennoy di akaun TikTok beliau.
Ujarnya dia pernah mendengar petua membakar pokok kelapa supaya pokok berbuah namun tidak tahu akan keberkesanannya sehinggalah dia mencubanya sendiri.
“Memang ada baca petua bakar pokok kelapa 2-3 tahun tak berbuah supaya ia berbuah. Mula-mula tak percaya sehinggalah kita buat sendiri.”
Ujarnya selepas beberapa minggu membakar sebatang pokok kelapa yang tidak berbuah walau sudah tiga tahun, dia mula nampak pokok mengeluarkan mayang. Disebabkan itu dia membuat petua yang sama pada pokok kelapa pandan lain pula.
Caranya cuma bakar sabut di celah-celah pelepah pokok kelapa. Bakar guna api yang kecil saja tak perlu besar kemudian padamkan.
Selepas beberapa minggu boleh lihat perubahan pada pokok.
@greennoy1 dulu macam tak percaya .tapi bila sendiri buat..betullah dia menjadi 🥰🥰🥰🥰 dah keluar mayang kelapa pandan ni .saya pun tak tahu kesimpulannya.. petua ni nak ikut boleh ,tak ikut pun tiada paksaan ..🙏😅 #kelapapandan #petua ♬ Birds – RubénMusicMX
Tip Suburkan Pokok Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu

Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
- Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
- Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
- Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
- Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
- Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Senang bukan caranya.
Sumber: Izham Alias
Suhu Aircond 16 Darjah Selsius Punca Bil Elektrik Kita Tinggi! Ini Suhu Yang Sesuai Kalau Nak Jimat Bil

Isi Kandungan
ToggleBanyak kediaman yang menggunakan pendingin hawa atau aircond sekarang memandangkan cuaca negara kita yang selalu panas.
Malah disebabkan tak tahan panas juga kita selalu masuk rumah atau bilik terus capai aircon dan tekan suhu sampai 16 darjah selsius untuk cepat sejuk.
Apa yang kita tak sedar disebabkan tindakan sebeginilah yang menjadi punca bil elektrik kita tinggi hingga menjadi rungutan ramai.
Perlu kita fahami suhu yang kita atur sewaktu menggunakan aircond ini memang memainkan peranan dalam penggunaan tenaga elektrik.
Suhu 16 darjah, compressor terpaksa bekerja tanpa henti
Menjelaskan tentang perkara ini, Kerol Shubry yang juga mengendalikan khidmat servis aircond ini berkata, menetapkan suhu aircond pada 16 darjah selsius akan menyebabkan compressor bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu tersebut.
Compressor yang terus menerus bekerja tanpa berhenti inilah yang menyebabkan tenaga elektrik banyak digunakan sekaligus bil jadi tinggi.
“Kita kena faham compressor aircond ini tidak akan sentiasa berjalan, ia akan berhenti seketika bila capai suhu yang kita tetapkan.
“Sinilah pentingnya kita mengatur suhu yang betul. Ramai yang letak suhu pada 16 darjah selsius untuk mendapat suasana yang sejuk tapi hakikatnya kita tidak akan mendapat suhu tersebut.
“Bila suhu di luar panas mana mungkin kita dapat suhu 16 darjah ini. Sebaliknya compressor pula terpaksa bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu ini.
“Akibatnya compressor terpaksa berjalan sepanjang masa dan inilah yang menyebabkan elektrik banyak digunakan.
Suhu yang sesuai
” Suhu yang sesuai untuk kita gunakan adalah dalam 23-24 darjah selsius. Bila dah capai suhu 24 darjah selsius ini misalnya compressor akan berhenti atau berehat. Jadi tidak memakan banyak tenaga elektrik. Kemudian apabila kurang sejuk ia akan berfungsi semula untuk sejukkan semula pada suhu yang ditetapkan.
Jadi jika menggunakan aircond janganlah selalu menggunakan suhu 16 darjah selsius ini. Cukup menetapkan pada suhu sejuk selesa pada 23-24 darjah selsius. Takdelah kita terkejut bila bil elektrik sampai.
@kerol_shubry #pengunaan akon#anakfelda #mykampong ♬ original sound – kedai kampong