Baju T memang baju kegemaran ramai. Tapi satu masalah yang biasa bila kerap mengenakan baju T ini adalah bahagian lehernya mengembang menyebabkan baju nampak seperti sudahlama walaupun sebenarnya masih baru.
Kalau dah leher mengembang, alamatnya pakai di rumah sajalah walaupun baru beli pada harga yang mahal. Sebabnya baju T begini akan buat kita kelihatan tak kemas. Paling tidak pun kita simpan saja dalam almari dan rasanya di rumah kita pun ada banyak baju T dengan masalah ini kan.
Tapi daripada simpan apa kata cuba pulihkan leher baju T yang mengembang ini ikut cara pakar dobi Nexcy daripada Jepun. Dia turut berkongsi tip untuk kekalkan bentuk leher baju T.
Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya. Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Ads
Cara untuk membaiki leher baju T yang mengembang
Sediakan:
1. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
2. Seterika
3 Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
Ads
Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Ads
Siap
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Khasiat lemon yang banyak untuk kesihatan menyebabkan ramai yang suka menanam pokok ini. Tapi malangnya ada pokok lemon yang ditanam dan dijaga tidak juga mengeluarkan hasil walaupun bertahun-tahun dibelai.
Bagi yang ada masalah yang sama mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Fairose Mohd Noor ini. Setelah 2 tahun tidak berbuah 4 cara berikut dipraktikkan hinggalah akhirnya pokok lemon yang ditanam kini meriah buahnya.
1. Pangkas ranting/cabang pokok lemon (Pemangkasan ini adalah untuk dapat cabang yang kukuh selain untuk tujuan produktiviti).
2. Gali lubang berhampiran pokok lemon (rujuk anak panah) dan masukkan sisa makanan/sisa dapur ke dalamnya. Bila penuh kambus kemudian gali pula lubang lain berhampiran pokok dan buat perkara yang sama.
3. Sambil itu sembur pokok lemon dengan cuka kayu pada daun dan batang. Cuka kayu ini berfungsi untuk melindungi pokok dari serangan perosak sambil menguatkan daya tahan pokok. Selang seli sembur cuka kayu dan baja Ezigrow.
Seronok pulak bila tengok cara Siti Samsiah tanam nenas. Rupanya jambul nenas boleh dibelah untuk dapatkan lebih banyak anak pokok.
Kalau tak potong terus semai dapat satu sajalah anak pokok, tapi kalau dibelah empat boleh dapat empat anak pokok. Kalau empat jambul nenas boleh dapat 16 pokok. Banyak kan.
Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Siti Samsiah ini.
Cara tanam nenas teknik belahan jambul
1. Ambil jambul nenas, buang sedikit daun-daun pada pangkal. Kemudian belah empat, potong sikit pucuk daun seperti dalam gambar lalu terus tanam.
2. Dari empat jambul dapat 16 semaian. Bermakna 16 pokok akan muncul. Tak perlu siram hari-haru untuk elak jambul busuk.
3. Dah nampak anak pokok dari jambul nenas yang dibelah empat. Selepas dua minggu akan nampak mata tunas pada celah daun. Ini anak pokok berusia sebulan lebih.
4. Anak-anak pokok usia lebih kurang empat bulan dari tarikh belahan. Boleh tanam dalam polibeg atau bekas yang sesuai. Letak ditempat yang panas sepenuhnya. Ini baru sekali baja dari baja kopi Amino beli di kedai RM2.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...