Ada kawan berhutang tak kiralah sikit atau banyak jumlahnya tapi kita segan atau tak berani nak minta. Ada juga yang dah minta banyak kali tapi yang berhutang buat ‘dek’ saja.
Kalau ada yang dalam situasi ini boleh guna cara baru untuk minta hutang ini, guna aplikasi perbankan MAE. Nak minta kawan bayar hutang makan tengah hari pun boleh, lagi senang. Dia dapat mesej bil dan boleh terus bayar. Cara ini dikongsi oleh Bie Kitchya.
Cara minta hutang guna aplikasi MAE
Tak berani nak minta hutang dengan si penghutang?
Cara minta hutang melalui App MAE
1.Buka App MAE, klik Send & Request
Ads
2.Boleh pilih Request Money atau Duit Now Request
3. Pilih detail orang yang kamu nak minta hutang, kemudian klik Done
Ads
4. Isi semua detail yang diminta, klik continue ( boleh pilih info mana kita tahu tentang penghutang, boleh letak no akaun, no letefon no IC dan lain-lain).
5. Masukkan nilai dan klik butang ‘right’
Ads
6.Pastikan semua detail betul, nilai dan lain-lain, dah puas hati klik Send Now
Bagi yang minat berkebun tapi bekerja, tiada masa siram pokok atau kediaman tiada tanah untuk bercucuk tanam mungkin boleh cuba kaedah penanaman hidropot ini.
Sebab cuma perlu siram seminggu sekali, tak kotor dan senang nak alik tanaman. Mudah kerja.
Untuk golongan yang sibuk bekerja, tiada masa untuk berkebun & ruangan rumah yang sempit tapi teringin nak berkebun cara hidropot amat sesuai. Siram seminggu sekali saja, tidak mengotorkan ruang serta mudah dialihkan.
Barang yang diperlukan
Baldi
Pasu plastik
Cocopeat/tanah
Baja AB (boleh beli di nurseri)
Span (boleh guna span akuarium)
Cuma perlu buat lubang pada pasu dan masukkan span akuarium yang dipotong memanjang untuk dijadikan sumbu.
Masukkan baja AB dalam baldi kemudian letak pasu bersumbu. Isi pasu dengan cocopeat/tanah dan cucuk keratan atau anak benih sayur. Air diserap naik ke atas jadi pokok tak perlu lagi disiram hari-hari.
Nak alih pun mudah, angkat saja baldi. Selain tanam bayam Brazil boleh juga tanam pokok kesum, pegaga, ulam raja dan beberapa lagi jenis sayur.
Dapur usia dah berbelas tahun tapi kekal bersih dan kemas. Tiada pun kesan kotor sana sini walaupun warnanya cerah.
Rupanya pemilik dapur ini Jenn Lee Goldfish memang sangat menekankan kekemasan dan kebersihan bahagian ini. Salah satu tip yang dikongsi supaya dapur sentiasa kemas adalah jangan letak barang di bahagian atas dapur!
Seterusnya ini tip lain yang beliau titipkan, yang juga boleh kita praktikkan.
Cara jaga dapur supaya sentiasa kemas dan bersih
Kelmarin saya post dapur yang belum siap kan? Ramai yang rasa cantik tapi saya mahu kongsi macam mana cara jaga dapur. Gambar ini adalah rumah saya sekarang yang sudah 14 tahun saya tinggal.
1. Jangan letak barang atas dapur
Saya tidak suka simpan banyak barang atas dapur, semua dalam kabinet termasuklah gula, garam kicap minyak masak. Tiada yang berada di luar kecuali sudu garfu, yang lain haram sekali untuk berada Di atas meja dapur.
Mungkin ada yang akan cakap ehh si Jenn tidak masak di rumah. Suami saya selalu masak. Tapi dia pun terikut sudah gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja.
2. Kain lap jangan letak merata
Kain lap meja jangan sesekali letak merata. Belilah towel yang cantik sikit harga RM4 di Mr Diy ada 3 keping tu. Lepas lap, keringkan di luar rumah jangan sidai di mana-mana bahagian dapur.
3. Plastik terpakai kena lipat
Plastik terpakai jangan main sumbat sahaja, lipat cantik cantik dan masuk satu bekas. Ini perlu dijadikan aktiviti keluarga. Ajar anak anak tolong lipat.
4. Lepas masak mop lantai, lap dapur sampai berkilat
Lepas masak, jadikan habit untuk mop lantai, lap dapur memasak sampai kilat. Piring mangkuk, lepas makan kena terus cuci, tiada orang lain akan tolong cuci. Siapa makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
5. Alas meja pilih yang tiada corak
Kalau dapur kamu lapis mejanya pakai tikar getah, pilih yang tiada corak, atau pilih yang corak marble supaya dapur kamu nampak selesa, tidak sesak.
6. Langsir dapur
Jangan simpan langsir warna terang di dapur. Pakai warna putih kalau mahu ada langsir supaya dapur nampak luas. Dapur saya tiada langsir supaya senang mau tengok di luar waktu malam.
Walaupun hidup kami sederhana, hati senang bila barang tidak banyak berterabur. Rezeki senang masuk, suami isteri jarang berselisih faham.
Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang 3 plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more.
Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.
Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.
Daun kering pun ada gunanya
Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Caranya
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...