
Banyak bilik air di kediaman sekarang menggunakan panel kaca. Masalah yang selalu berlaku, panel kaca ini akan meninggalkan water stains atau kesan bertompok-tompok yang sukar dibersihkan.
Walau dah disimbah air dan dilap dengan pencuci ia tetap akan kelihatan hingga nampak sedikit kotor.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Lina Lyna yang sebelum pernah bekerja sebagai housekeeping hotel.
Caranya mudah dan berkesan, hanya guna sabun kuning atau sabun cap kapak banyak dijual di kedai.
Caranya;
1.Potong sabun kuning dan letak dalam bekas, tuang air panas. Kacau sampai hancur.
2. Biar sejuk, ia akan jadi likat seakan berlendir. Kemudian ambil sabun tadi dan gosok guna berus sabut.
3. Bilas dan hasilnya confirm bersih berkilat macam tiada cermin. Cara ini saya buat semasa jadi housekeeping di hotel. Murah dan mudah.
INFO: Sabun kuning ini asalnya keras, jadi bila direndam dengan air panas ia lebih mudah digunakan.
Sumber: Adi Fadzilan
Cara Masak Lobster Butter Cheese Yang Ringkas & Sedap. Confirm Makan Sambil Menjilat Jari

Isi Kandungan
ToggleKalau sambut hari-hari istimewa dengan keluarga seperti anniversary apa kata kita jamu selera dengan hidangan special. Antaranya menu lobster butter cheese macam ni.
Sekali sekala makan mewah apa salahnya kan… Cara masak lobster butter cheese ini cukup ringkas tapi hasilnya memang enak. Confirm makan sambal menjilat jari.
Cara buat lobster butter cheese
Bahan-bahan
1/2 potong Buttercup (mentega jenama lain pun boleh)
1 biji bawang holland potong dadu
4 ulas bawang putih hiris nipis
5 tangkai cili padi ( ikut kepedasan sendiri)
1 tin susu sejat
2 keping cheese
2 tangkai daun kari
Cara membuat
1. Potong dan cuci bersih loster, kemudian kukus dulu dalam 20 minit. Boleh juga rebus saja.
2. Selepas dikukus air kukusan jangan buang, ketepikan dulu.
3. Panaskan kuali dan letak butter. Pastikan api perlahan sewaktu cairkan butter.
4. Masuk daun kari dan bawang holland. Kacau sampai naik bau.
5. Masuk pula bawang putih (bawang putih masuk kemudian untuk elakkan hangit). Letak cili padi. Kacau sebati.
6. Masuk 1 tin susu sejat. Kacau dan biarkan mendidih.
7. Kemudian boleh masuk pula air kukusan lobster tadi. Air inilah yang buat kuah lagi nikmat. Kacau.
8.Letak 2 keping cheese kemudian perasakan dengan garam ikut citarasa.
9.Akhir sekali masuk lobster ke dalam kuali. Selepas digaul rata bolehkan tutup api dan hidangkan.
INFO: Jika tak nak guna lobster atau udang karang boleh saja ganti dengan udang biasa.
Selamat mencuba.
Sumber: Liza Idris
Cara Hilangkan Kesan Tompokan Pada Pakaian Yang Alami Luntur Warna. Cuma Guna Lemon & Air Panas Terus Bersih

Selalu terjadi bila beli baju dan basuh, warnanya luntur. Lagi frust kalau belum pun pakai lagi tapi baju dah bertompok dan comot.
Sudahnya ada yang buang atau simpan terus dalam stor. Sebenarnya kalau berlaku kejadian warna baju luntur ada cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan warna yang turun tanpa menjejaskan corak (jika ada).
Cara ini dikongsi oleh Faryna Mohd Khalis yang mempraktikan tips diberi oleh warganet untuk baju batiknya yang luntur warna.
Colour corak batik seluruh kain menurun. Rasa macam nak nangis & down jap! Baru beli kot, tak buat baju lagi.
Tapi alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok hasil perkongsian ilmu warga net. Bestnya, tip yang diberi tak effect pun corak & warna batik asal, masih elok remain cantik. Jadi saya share ilmu ini ya.
Bahan yang digunakan :
-Lemon
-Sedikit sabun serbuk
-Air panas
-Sedikit air paip
(Kain saya ini jenis cotton, kalau material lain or nipis tak sure sesuai atau tidak rendam dengan air panas).
Cara-cara :-
1. Cuma rendam dalam 5-10 minit
2. Walaupun rendam sekejap tapi semua kesan tompok warna biru yang turun pada bahagian putih hilang.
3. Bilas dengan air bersih & sidai. Siap! Selamat mencuba.
INFO
Tip yang sama boleh juga dipraktikkan sekiranya berlaku kejadian baju putih berubah warna akibat penggunaan peluntur. Cuma rendam guna bahan dan kaedah yang sama selama 20 minit atau lebih sekiranya belum hilang.
Sumber: Faryna Mohd Khalis
Begini Caranya Tanam Bendi Dalam Pasu, Tak Susah & Hasilnya Pun Puas Makan

Isi Kandungan
ToggleTidak lengkap hidangan asam pedas atau kari tanpa adanya bendi. Dikenali dengan nama ‘lady finger’ dan antara tanaman sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia.
Ketinggian bendi kira-kra 1.5 meter ini menjadikan ia pokok tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu.
Bagi peminat aktiviti berkebun, ada beberapa tip perlu diambil kira jika mahu menanamnya dalam pasu supaya bendi terus hidup subur.

Perkara Asas Untuk Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas.
Pemilihan material untuk tanam pokok bendi tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, untuk tanam pokok bendi anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium Tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan.
Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium untuk tanam pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.

3. Semai Biji Benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang.
Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi Tanaman
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini
5. Cara Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis.

SUMBER: IMPIANA
Artikel berkait:
Mudahnya Tanam Bendi, Senang Jaga & Makan Tak Habis
Petua Mudah Gemukkan Sayur Pakai Sisa Makanan Dapur