
Hidangan jantung pisang memang enak sama ada dibuat gulai atau kerabu. Tapi paling senang adalah jantung pisang rebus. Ringkas tapi sedap terutama bila cicah dengan sambal belacan.
Cuma masalah bila rebus jantung pisang ini sesudah siap ditos, akan nampak berbirat hitam. Kebiasaannya inilah yang akan berlaku.
Supaya jantung pisang yang direbus hasilnya cantik tanpa kesan hitam ini ada cara yang boleh dilakukan.
Tip rebus jantung pisang supaya hasilnya cantik tanpa kesan birat hitam
1. Didihkan air
2. Masukkan jantung pisang (tak perlu belah)
3. Tabur garam
4. Tutup periuk
5. Rebus selama 5 @ 10 minit
6. Toskan dan barulah dibelah. Hasilnya jantung pisang takkan berbirat hitam.
Sumber: Razilah Said
Cara Mudah Buat Telur Masin, Cuma Guna Cuka & Garam. Takde Lagi Dah Tanah Liat ‘Bedak Hitam’

Isi Kandungan
Toggle
Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi perkongsian Suzana Sha’em ini cukup menarik. Dia berkongsi cara buat telur masin yang cukup mudah.
Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Tak perlu beli lagi telur masin bedak hitam
Tadi berbuka bersama telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Bahan-bahannya
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
Cara membuatnya senang saja
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.
Inilah hasilnya selepas 2 minggu
Selamat mencuba uols!
Sumber: Suzana Sha’em
Kalau Beli Baju Online, Ukur Saiz Guna Tali Tape Warna Ini, Baru Tak Salah Saiz

Isi Kandungan
ToggleDah ukur guna tali tape tapi tetap salah saiz bila beli baju online. Memang frust. Kalau ini terjadi boleh jadi tali tape atau tali ukur yang kita guna tak sesuai.
Ramai ingat tali tape itu semuanya sama, salah ya. Nampak sama tapi ada yang berbeza. Info tentang perkara ini dikongsi oleh Cikgu Zel, peniaga pakaian secara online di Twitter miliknya.
Kalau beli baju siap ukur guna tali tape ini
Tali tape, ukurannya berbeza. Kalau anda nak tempah baju atau nak ukur baju online tu muat atau tidak, mohon pastikan….
Tali tape anda adalah yang HIJAU or KUNING.
• Warna hijau & kuning – untuk ukur baju or seluar yang dah siap dijahit.
• Warna putih – untuk buat baju atau seluar yang hendak dijahit.
Jika beli baju online di Malaysia biasa guna inci UK (tape hijau or kuning).
INFO
Ada 2 ukuran inci;
-Inci US/UK
-Inci China
Kedua-dua ukuran ini tiada tetapan warna pita ukurnya standard.
Ini mana yang selalu diguna pakai?
Jawapannya inci UK sebab semua sistem ukuran di Malaysia ikut sistem UK.
Beza inci China dan UK
Ada yang mengatakan tiada kaitan dengan warna, jadinya cara selamat nak tahu mana inci yang betul.
• Semak dengan pembaris sm
• Jika tulis cun (市寸) = China
• Ada 7 senggat antara inci = UK
If beli baju online (Malaysia) biasanya guna inci UK.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Cikgu Zel
Tip Buat Bubur Kacang Durian Yang Sedap Berlemak & Wangi, Letak Halia!

Isi Kandungan
ToggleMusim raja buah ini sesuai sangat buat bubur kacang durian. Tapi kalau nak bubur yang rasanya sedap berlemak dan wangi makan boleh guna tip dan cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini.
Tip buat bubur kacang durian yang sedap
Bahan-bahan
3 cawan kacang hijau
3-4 ulas durian
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 hiris halia
2 helai daun pandan
3 sudu besar guna Melaka atau gula kerek/nisse
Gula pasir secukupnya
1/2 sk garam
Cara membuat:
1. Basuh dulu kacang hijau kemudian rendam lebih kurang satu jam.
2. Selepas sejam buang air rendaman tadi. Masukkan air baru dalam 4-5 cawan dan rebus menggunakan api perlahan sampailah kacang empuk. Nak tahu empuk ke belum, kacang yang empuk sudah kembang bijinya dan lembik bila dipicit. Boleh tambah air jika kacang masih keras.
3. Selepas kacang hijau empuk, masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
4. Seterusnya untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan. Halia dimasukan sekejap saja supaya baunya tak mengatasi daun pandan. Lepas seminit dua dah boleh keluarkan balik.
4. Masukkan gula melaka sebanyak tiga sudu besar.
5. kemudian boleh asukkan beberapa ulas isi durian kampung.
6. lagi sedikit gula dan 1/2 sudu kecil garam untuk melemakkan rasa santan. Kkuantiti gula bergantung kepada citarasa sendiri. Biarkan kuah mendidih beberapa kali. Kacau sesekali.
6. Tutup api selepas sebati ke semua rasa. Boleh makan terus, atau buat aiskrim pun sedap menggunakan bubur ini.
Sumber: Afy Al Habibi