
Selalu berlaku di rumah ada pintu yang tak sama aras menyebabkan ia sukar ditutup. Kena pegang tombol dan angkat sikit pintu barulah boleh ditutup.
Macam mana nak baiki pintu macam ni. Jangan fikir sampai nak tukar pintu atau panggil tukang. Sebab cara baikinya senang sangat. Apa yang perlu betulkan adalah bahagian engsel.
1. Keluarkan besi dalam engsel, menggunakan penukul
2. kemudian laraskan semula engsel supaya lurus ke semuanya.
3. Masukkan kembali besi tadi. Siap!
Untuk lebih jelas boleh tonton video ini.
Artikel berkait:
Cara Tukar Tombol Pintu Yang Rosak, Kemahiran Asas Wajib Tahu Bila Duduk Rumah Sendiri!
Kalau Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam, Begini Cara Untuk Atasinya
Jangan Buang Kerusi Kayu Ini, Boleh Ubah Suai Jadi Kerusi Moden Yang Cantik

Kerusi kayu ini sinonim sangat dengan rumah kayu. Mesti ada dalam setiap rumah kat kampung. Bila dah datang rekaan perabot baru kebanyakannya dah tak digunakan. Letak tepi rumah terbiar begitu saja.
Tapi kita tak tahu sebenarnya kerusi kayu lama ini boleh diubah suai dijadikan kerusi yang cantik sesuai sangat dengan rumah moden sekarang.
Boleh tengok ilham dari Fithry Anaqi ini.
Makeover kerusi kayu lama jadi moden
Old is Gold.. Terjumpa 3 beradik ni dekat kedai second hand. Terus beli dan jadikan anak angkat. Kita make over sikit bagi moden.
Tukang repaint – Hazieq Zhafran
Tukang kusyen – GK Perabot
Tukang fikir – Fithry Anaqi
Inilah kerusinya sebelum makeover.
Keruis deraikan dulu dan cat semula
Selepas dicat
Kusyen pun ganti dengan stail moden sikit.
Hasilnya bila dah disatukan, cantikkan. Terus nampak moden.
Kerusi single
Sumber: Fithry Anaqi
Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Ikut 5 Petua Dari Peniaga Laksa Ini!

Semua tahu hidangan laksa terkenal di negeri dari Utara terutama Kedah tapi sekarang makanan ini dah jadi kegemaran orang negeri lain juga. Sebab itu di mana-mana pun sekarang ada saja orang jual ada laksa.
Tapi nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari kat Kedah, tak pun kena cari orang Kedah yang buat. Kalau tak jumpa jugak boleh saja buat sendiri tapi sila tip dari perkongsian Pnut Syafinaz
Laksa ni yang paling penting adalah kuahnya dan resipi kuah ini kata Pnut Syafinaz adalah dari Tok Lela peniaga laksa yang power lagi terkenal. Terima kasih Tok Lela.
1. Ikan
Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.
Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.
Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.
2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).
3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.
4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ni tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.
5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.
Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.
Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.
Senang saja kan petuanya. Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Pnut Syafinaz
Sukatan Buat Kuih Siput Supaya Rangup Dikunyah Tapi Tak Keras

Isi Kandungan
ToggleKuih siput ini memang ralit makan dibuatnya, terutama kalau dapat yang rangup. Memang sedap. Tapi ada juga kuih siput yang di bila dibuat rasa berderai, kurang rangup.
Supaya tak dapat hasil begini boleh guna resipi yang dikongsi oleh Zaleha Baharum. Katanya jika ikut sukatan ini Insya-Allah rangup.
Tip kuih siput jadi rangup
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu serbuk kari
Secubit garam
Segengam ikan bilis ditumbuk
Sedikit serbuk perasa
1 sudu besar marjerin
Air suam
Cara membuat
1. Satu sudu besar marjerin dicairkan.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air suam.
3. Uli bahan tadi bersama marjerin yang dicairkan dan tuang air suam sedikit demi sedikit semasa menguli. Pastikan doh tidak terlalu lembik.
4. Doh yang siap diuli ini bolehlah ditenyeh menggunakan acuan kuih siput.
5. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
Supaya naik aroma masukkan sekali daun kari semasa menggoreng.
6. Angkat bila nampak kuih siput keperangan kemudian tos. Siap.
TIP: Boleh juga masukkan jintan untuk lebih sedap rasanya.
Sumber: Zaleha Baharum