Kalau dalam rumah ramai peminat dodol, elok juga kalau belajar buat sendiri.
Jika nak makan sekeluarga saja boleh ikut sukatan dan resipi yang dikongsi oleh Suzana Nurin Ilham untuk dapat hasil dodol lebih 2KG yang terlajak sedap.
Cara dan bahan pun senang, cuma perlu kacau je. Boleh kacau dalam periuk non stick atau lebih mudah guna periuk Noxxa.
Dodol homemade yang terlajak sedap!
Bila anak puji dodol mana buat sedap, hilang rasa penat kacau dodol. Di sini saya kongsi resipi terlajak sedap.
Bahan-bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air } satukan, masak, tapis dan biar sejuk
1 kilo santan
500 gm tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk non stick.
2. Kacau selama 1 1/2 jam. Jika guna periuk Noxxa, steam 10 minit dan tekan stirfry kacau sampai masak.
3. Resipi ini boleh dapat 2 kilo lebih dodol. Hasilnya…
Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja tapi nak rasa yang berbeza boleh cuba buat masak lemak cili api.
Mungkin ada yang dah biasa masak, tapi ramai juga yang langsung tak pernah cuba lauk sardin tin ini dimasak begini. Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Namun setelah mencuba ternyata lauk ini katanya tersangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas.
Sardin tin buat masak lemak cili padi
“Ini pertama kali buat sardin tin masak lemak cili padi. Sebelum ini cuma tengok kawan masak. Tapi bila dah try 3 pinggan nasi selesai. Lagi pedas lagi sedap. Ini resipi bagi yang pertama kali nak cuba.”
Bahan kisar
Kunyit hidup
Cili api (letak lebih kalau suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Cara membuat
1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar
2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.
5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.
6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.
INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.
Bagi ibu bapa sedang mencari hadiah untuk anak-anak sama ada sempena hari jadi atau ganjaran atas kejayaan mereka, mainan comel Disney Tsum Tsum ini amatlah sesuai.
Mungkin agak asing dengan anak-anak negara kita tapi di Jepun, Disney Tsum-Tsum ini merupakan mainan yang cukup popular sejak tahun 2013 sehinggalah sekarang.
Dari hanya anak patung comel dengan pelbagai karakter kartun Disney yang boleh disusun ia kemudian berkembang menjadi permainan online pula.
Pelbagai karakter comel dijual dan tak mustahil ia juga bakal jadi fenomena baru selepas Beyblade bagi anak-anak di negara ini bila diperkenalkan oleh Tesco Malaysia.
Setiap satu ada kegunaan
Apa yang berguna sangat tentang mainan kecil ni? Terdapat 16 karakter dari watak-watak Disney yang setiap satunya bukan sekadar mainan tapi juga berfungsi sebagai pen, pensel, pengasah pensel, pemadam, krayon dan sebagainya.
Semuanya boleh membantu pembelajaran anak. Ia boleh dikumpul dan jadi koleksi kesayangan mereka juga.
Mak shopping anak dapat hadiah
Menariknya ia bukan saja berguna bagi pembelajaran anak-anak malah ibu bapa tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan hadiah ini. Tesco menawarkan Koleksi Disney Tsum Tsum Roly Eggy sebagai ganjaran eksklusif bagi pelanggan setia atau ahli kad Tesco.
Koleksi Disney Tsum Tsum Roly Eggy ini boleh didapati bermula dari 22 Ogos lalu hingga 13 November 2019 ini dari semua rangkaian Tesco Malaysia seluruh negara.
Cara-cara mendapatkan Disney Tsum-Tsum Roly Eggy yang comel ini
Sebahagian daripada 16 koleksi Disney Tsum-Tsum Roly Eggy
Untuk dapatkan koleksi comel ini untuk anak, anda hanya perlu berbelanja RM30 di mana-mana cawangan Tesco Malaysia untuk mengumpul satu setem pelekat.
Bagi setiap enam e-setem yang dikumpul, pelanggan layak untuk membeli koleksi Disney Tsum Tsum Roly Eggy pada harga hanya RM5 setiap satu.
Kemudian bolehlah mengumpul setem terbabit dengan memuat naik aplikasi Tesco Collectibles di
Anda juga boleh mendapatkan e-setem ekstra melalui pembelian produk di bawah;
Bagaimana pun sebelum mendapatkan ganjaran ini, anda terlebih dahulu perlulah menjadi ahli kad Tesco dengan mendaftar di Clubcard Tesco : https://clubcardregister.tesco.com.my/
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...