
Isi Kandungan
ToggleBaru-baru viral hidangan corn ribs, ramai yang kata sedap. Rasa lemak berkrim dengan pedas-pedas manis.
Bagi yang teringin nak merasa keenakan corn rib ini bolehlah cuba buat sendiri menggunakan perkongsian Mimi Mahmud.
Cara buat corn ribs
Bahan-bahan
Jagung segar
Air
Bahan sos
Mentega
Bawang putih dan bawang merah -dicincang
Susu segar
Parsley
Susu pekat
Serbuk cili
Chili flakes
2 keping keju
Cara membuat:
1. Jagung segar dibuang daun dan dipotong dua. Kemudian belah empat jagung tadi.
2. Masukkan air dalam periuk dan rebus jagung selama 3 minit saja.
3. Cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masuk satu sudu serbuk cili.
4. Masukkan susu pekat,susu segar, 2 keping keju
5. Masak sehingga sedikit pekat, masukkan cili flakes, parsley dan sedikit garam. Kacau.
6. Akhir sekali masukkan jagung dan gaul sebati. Taburkan daun parsley sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Mimi Mahmud
Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Lebih Jimat

Hidangan telur masin memang penambah selera dan ia juga antara yang boleh kita boleh buat sendiri. Kalau susah nak cari telur itik boleh saja gantikan dengan telur ayam biasa.
Rasanya tetap sedap, malah lebih jimat sebab telur ayam lagi murah dan senang diperoleh. Cara membuatnya dikongsi Are Peace. Boleh guna sepapan telur terus jika suka.
Telur masin homemade, buat guna telur ayam
Bahan-bahan
Telur ayam -30 biji
Garam kasar -1kg
Air secukupnya (agak-agak telur tenggelam)
Cara membuat:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk, masak atas api sehingga garam larut.
2. Sejukkan dulu baru masukkan telur ayam.
3. Rendam telur ini di tempat yang gelap selama 14 hari.
4. Cukup 14 hari, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru rebus.
PETUA: Agar telur kuning jadi warna oren, waktu peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur.
Selamat mencuba.
Sumber: Are Peace
Cara Bersihkan Debu Pada Kipas Siling Tanpa Mengotorkan Lantai

Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Antara cara yang memudahkan kita membersihkan kipas siling ini tanpa mengotorkan lantai adalah menggunakan sarung bantal. Boleh guna sarung bantal yang dah tak digunakan ya.
Hanya perlukan sarung bantal
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
4. Ulang pada bilah kipas yang lain. Dah siap!
Semoga bermanfaat
Kalau Ada Pokok Degil Tak Mahu Berbuah, Cuba Buat Teknik Kelaran. Hasilnya Memang Lebat

Isi Kandungan
Toggle
Jika di halaman rumah kita ada menanam pokok buah-buahan tapi setelah sekian tak juga berbuah mungkin sudah sampai masa anda buat teknik kelaran seperti yang dikongsi oleh Abdul Hamid Ahmad ini.
Daripada merungut depan pokok, sebaik ambil parang dan buat teknik kelaran ini. Buat dengan penuh perasan ya, hasilnya memang buah keluar lebat.
Teknik inilah juga yang digunakan oleh pekebun untuk memaksa pokok berbuah.
Teknik kelaran atau girdling
Sebelum ini saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga.
Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.
Teknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:
a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan buah lebih besar dan lebih perisa.
b) Untuk memaksa pokok berbuah.
Ramai yang merungut pokok yang ditanam sehingga kini tak berbuah. Maka mahu ditakik dan ditabur garam. Ada yang cadangkan bakar pangkalnya. Disuruh bercakap dan berunding dengan pokok. Malah ada yang suruh ikatkan selipar buruk.
Paling dahsyat, disuruh sarungkan coli pada pokok durian! Apa sahajalah, asalkan bahagia. Jika tak dapat buah, dapat lucunya.
Apa kata buat teknik kelaran?
Teori
Tumbuhan membentuk makanan (dalam bentuk karbohidrat, atau disebut juga “gula”) melalui fotosistesis di daun. Kemudian gula ini disebarkan ke seluruh pokok, tetapi akhirnya dihantar ke akar untuk tujuan simpanan. Jalan penghantaran bahan gula ini adalah melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit.
Pokok yang lambat berbuah itu terus-terus sahaja menyimpan gula ini di akar. Ini kita tak mahu. Kita mahu dia simpan di dahan-dahan dan apabila cukup bekalan, cepat-cepat membentuk bunga dan buah.
Jika itu yang kita mahu, maka lakukan sesuatu supaya gula itu tidak dihantar ke akar.
Bagaimana? Potong jalan penghantaran itu. Iaitu dengan membuat kelaran pada kulit.
Kelaran boleh dibuat pada:
a) pangkal dahan-dahan utama
b) sekeliling paksi pokok.
Cara membuat kelaran
- Senang sahaja. Kelar.
- Potong kulit sehingga menyentuh tisu kayu. Sentuh saja. Jangan potong kayu itu. Buat potongan pertama. Kemudian potongan kedua. Lebar kelaran ini hendaklah tidak lebih daripada 5mm. Jika pokok kecil seperti pokok tin, 2mm cukuplah.
- Potonglah menggunakan pisau yang tajam. Jika pokok ini subur, selepas dua potongan dibuat, tinggal siat sahaja. Kulitpun tanggal. Lihat gambar.
- Selepas kelar, terpulanglah. Boleh dibalut dengan plastik cantuman. Boleh cat. Boleh biarkan sahaja.
- Maka selepas beberapa minggu, seharusnya pokok mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selepas dua bulan, kelaran tadi sudah bercantum semula. Sebab itu jangan kelar lebar. Nanti pokok mati. Tinggal bacakan talkin sahajalah.
- Jika kelaran ini bertujuan untuk membesarkan dan memaniskan buah, kelarlah selepas bunga kembang. Jangan lewat. Jangan terlalu awal.
- Jika kelaran bertujuan untuk memaksa pokok berbuah, buatlah bila anda geram dan marah-marah.
Kaedah
Saya tunjukkan gambar sebenar girdling pada dahan mangga Honey Dew yang saya buat. Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.
a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.
b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.
Kalau tak bertemu? Kalau tak bertindih?
Kalau tak ikut teknik dan nasihat cikgu, tak menjadilah.
Selamat mencuba.
Sumber: Abdul Hamid Ahmad