
Isi Kandungan
ToggleHidangan cucur ada macam-macam versi tapi kalau nak yang paling senang, cepat siap dan sedap buat cucur inilah.
Cucur kembung atau cucur manis ini memang sedap makan panas-panas, hidang sepinggan sekejap saja licin. Nak buat pun memamg mudah sangat, tak reti memasak pun confirm menjadi. Ataupun ikut saja cara yang dikongsi oleh Munierah Rohanie
Cara buat cucur kembung, paling senang nak buat
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (saya guna tepung Bakers Choice’s)
2 cawan air panas mendidih
3 sudu gula
Secubit garam
Cara membuat:
1.Gaul sebati adunan guna senduk/sudu.
2.Bentukkan bulat bila adunan suam.
3.Sapukan minyak sikit dekat tapak tangan untuk cantikkan bentuk bulat cucur.
4.Goreng deep fry (minyak banyak)
5.Kerap terbalik-balikkan.
6.Angkat dan toskan bila dah garing.
Kredit: Munierah Rohanie
Tip Masak Kari Ikan Merah Sedap Sampai Setiap Minggu Kena Buat. Guna 2 Rempah Ini, Lagi Padu Rasanya

Isi Kandungan
ToggleLauk kari menjadi sajian keluarga ini sejak sekian lama, malah ketika ibu mentuanya masih ada hampir setiap hari lauk kari disajikan.
Masakan kari yang sedap ini memang buat anak beranak ini ketagih. Tak kiralah kari apapun tapi lauk ini mesti ada di meja makan. Tak lokek berkongsi resepi, Zee Basir menurunkan cara dan tip memasak kari yang dipraktikkan sekian lama.
Cara buat kari ikan merah, wajib buat setiap minggu
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah – dibersihkan & potong ikut suka
1 mangkuk santan cair – dari setengah biji buah kelapa
1 cawan pati santan dari perahan santan pertama di atas
1/2 cawan air asam jawa ( agak-agak sesuai rasa masamnya)
1 sudu makan gula
1 sudu teh ajinomoto
sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
1 cawan air
2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
Sayur bendi & tomato
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah kecil
1 inci halia
Cara masak kari
1. Panaskan satu senduk minyak kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dengan api kecil.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai naik bau. Masukkan dua serbuk rempah kari tadi dan tumis dngan api paling kecil.
3. Agak-agak nampak berubah warnanya (jangan sampai hangit ya) masukkan satu cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan, tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak). Guna api kecil sentiasa .
5. Seterusnya boleh masukkan santan cair tadi, air asam jawa, Aajinomoto, gula dan garam sedikit.
6. Besarkan api, bila santan mula mengelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya kemudian masukkan ikan bersama buah tomato.
7. Masak seketika dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Rasa masin garamnya agar sesuai dengan citarasa. Siap untuk disajikan.
TIP
- Serbuk rempah kari memang tak dicampur dengan air. Tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.
- Kalau masak kari saya suka gabungkan dua jenis serbuk rempah kari ikan & daging. Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang. Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempah yang kuat. Cari yang ada tambahan serbuk cili lagi padu. Tak payah tambah cili kisar lagi.
Sumber: Zee Basir
Buat Sendiri Ayam Cili Kering Stail Cina Muslim. Dah La Sedap, Mudah Pula

Isi Kandungan
ToggleAyam cili kering ini antara yang hidangan kalau makan di restoren Cina Muslim. Kombinasi rasa pedas, manis, masam ini yang membuatkan ia sedap.
Kalau selama ini selalu makan di restoren, cuba buat sendiri pula. Sebab caranya mudah sangat. Resipinya ada dikongsi oleh Fatin Pauzi.
Cara buat ayam masak cili kering stail Cina Muslim
Bahan-bahan
Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
Lada besar 1 biji – mayang
Cili padi 3 biji – mayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecil kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Pes asam jawa
Tepung gandum
Telur
Cara membuat :
1) Ayam dipotong kecil.
2) Selepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng hingga garing.
3) Toskan minyak ayam.
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos tadi secukupnya, ikut kuantiti ayam.
7) Tuang sedikit air. Kacau dan biar sedikit pekat. Kemudian masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10) Bila sebati, biar sekejap dan siap! Mudah kan?
Selamat mencuba
Sumber: Fatin Pauzi
Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

Isi Kandungan
ToggleMemandangkan anak tak sekolah, semua ada di rumah dan ramai juga yang kena kerja dari rumah maknanya makanan kena sentiasa ada stok.
Selain lauk, kuih pun penting untuk kudapan mereka. Salah satu yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok frozen adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Cara membuat:
- Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa
- Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
- Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
- Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
- Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Selamat mencuba!
Sumber: Sabariah Nor Mohd Yusof