
Bagi yang menerima banyak daging korban, menu daging mungkin kerap dihidang di atas meja sepanjang minggu ini. Selain sup, gulai, goreng kunyit satu lagi menu daging yang mengancam selera boleh kita buat nanti adalah daging rebus air asam. Kalau makan lauk ni memang confirm licin pinggan dibuatnya.
Bukan saja sedap tapi cara nak buat pun senang. Rebus, kisar, gaul dah siap. Resipi lengkap dikongsi oleh Farhana Ismail.
Bahan-bahan:
Daging – direbus dan dipotong
Bahan kisar :
Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang disukai
Air asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan dipotong
1 biji tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar
Cara membuat:
1. Kisar bahan dikisar tapi jangan sampai hancur lebur ya. Kisar kasar.
2. Tuang bahan kisar dalam mangkuk dan masukkan bahan yang dipotong tadi. Gaul.
3. Akhir sekali masukkan daging yang direbus tadi.
Siap dah boleh makan. Hidang pulak dengan ulam, memang terbaik.
Selamat mencuba.
Dah Beli Buah Avocado Biji Jangan Buang, Boleh Semai Jadi Benih. Ini Caranya

Buah avocado memang diketahui banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Menurut kajian, amalan memakan avocado boleh menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.
Disebabkan itu juga harga buah ini agak mahal. Jadi kalau ada membeli avocado apa kata cuba untuk tanam sendiri. Ya pokok buah ini juga boleh ditanam dalam keadaan cuaca kita yang panas lembap.
Dikongsi oleh Donny Ien yang juga pengusaha nurseri buah-buahan, ini adalah cara betul menyemai biji avocado supaya tumbuh dengan baik.
Cara cambah benih avocado melalui biji
Saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.
1.Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.
2. Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polibeg.
3.Apabila menanam dalam polibeg, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh.
4. Tanam biji separuh kedalam polibeg, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji.
5.Selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur. Pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar.
Usia pokok avocado lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell.
Berdasarkan kajian saya, buah avocado di Sabah amat sukar di mungkin masih ramai yang belum menanamnya.
Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga RM15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.
Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, kerana buah susu ini banyak khasiatnya, tidak rugi berbudi pada tanah. Pokok avocado kahwin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.
Sumber: Donnie Ien via Infoberita
Petua Buang Bisa Ikan Tongkol Supaya Tak Alah Lepas Makan

Ada orang yang alah bila makan ikan tongkol atau dipanggil juga ikan kayu serta ikan aya. Kulit jadi gatal-gatal.
Memang sejak dulu, orang orang tua kita mengatakan ikan ini ada bisa. Jika nak makan juga kena buang bisanya terlebih dahulu. Mungkin sekarang tak ramai yang tahu tentang petua ini.
Dikongsi oleh Asmimy Abu Bakar ini cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk membuang bisa ikan tongkol.
Petua buang bisa ikan tongkol
Petua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol/kayu/ aya. Petua ini arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isinya bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan.
Selalu kalau siang ikan ini saja saya buat begini, sama ada ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua’lam. Caranya boleh rujuk pada gambar.
1. Pegang hujung ekor ikan dan pusing ikut arah jam.
2. Kemudian tarik hujung ekor, isi bisanya akan tertarik keluar sekali.
3. Inilah bisa ikan yang dikatakan itu.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Asmimy Abu Bakar
Video berkait: Cara Betul Pilih Sayur Yang Segar & Sihat
Tip Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang Ada Cara Berbeza!

Isi Kandungan
Toggle
Kebanyakan kita memang boleh masak sambal. Cuma bezanya antara sedap dan tak sedap saja.
Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.
Kumpul tip dan petua buat sambal yang sedap
Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal bilis

- Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya. Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
- Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
- Apabila dah masak baru masuk air asam, gula, garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit.
2. Sambal sotong
- Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
- Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
- Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
- Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing. - Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
- Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
- Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
- Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
- Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
4. Sambal telur
- Masukkan sikit bilis sebagai perencah.
Ok dah boleh praktik cara buat sambal ini ya.
Sumber: Putra Bugis Temasek