
Kalau dalam rumah ramai peminat dodol, elok juga kalau belajar buat sendiri.
Jika nak makan sekeluarga saja boleh ikut sukatan dan resipi yang dikongsi oleh Suzana Nurin Ilham untuk dapat hasil dodol lebih 2KG yang terlajak sedap.
Cara dan bahan pun senang, cuma perlu kacau je. Boleh kacau dalam periuk non stick atau lebih mudah guna periuk Noxxa.
Dodol homemade yang terlajak sedap!
Bila anak puji dodol mana buat sedap, hilang rasa penat kacau dodol. Di sini saya kongsi resipi terlajak sedap.
Bahan-bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air } satukan, masak, tapis dan biar sejuk
1 kilo santan
500 gm tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk non stick.
2. Kacau selama 1 1/2 jam. Jika guna periuk Noxxa, steam 10 minit dan tekan stirfry kacau sampai masak.
3. Resipi ini boleh dapat 2 kilo lebih dodol. Hasilnya…
Tanam Pokok Jambu Air Dalam Pasu Lebih Mudah & Lagi Cepat Berbuah!

Duduk rumah teres, tanah tak luas tapi teringin nak tanam pokok buah-buahan. Tiada masalah sebenarnya, boleh saja nak tanam pokok buah dalam pasu.
Selain mangga, pokok jambu juga antara yang sesuai ditanam dalam pasu. Apa yang penting pemilihan pokok, pasu dan juga penjagaannya.
Tip berikut dikongsi oleh Wan Madu yang banyak menanam pokok jambu air madu dalam pasu di sekitar kediamannya.
Menurutnya walaupun ditanam dalam pasu tapi hasil buah memang elok, pejal dan manis. Lagi best pokok berbuah 4 kali setahun. Ini tip yang dikongsi;
1. Cari anak pokok buah jambu di nurseri, pilih pokok tut. Ia lebih mudah dari tanam dari biji benih. Beli sekali tanah untuk diisi dalam pasu.
2. Pilih saiz pasu yang besar, saiz 14 inci. Boleh letak di atas simen atau atas tanah untuk akar menjalar.
3. Lakukan siraman dan pembajaan. Letak baja biji dua minggu sekali (boleh beli di nurseri). Selain itu buang tunas air yang keluar pada batang pokok.
4. Pokok yang ditanam dalam pasu dan dibaja secara teratur biasanya akan berbuah dalam masa setahun. Berbanding pokok jambu ditanam di atas tanah, mungkin ambil masa 2 tahun untuk berbuah.
5. Selain pokok jambu boleh juga tanam pokok mangga, pokok tin dalam pasu. Pokok buah yang ditanam dalam pasu juga memudahkan pembajaan dan juga kawalan serangga.
Sumber: Wan Madu
Artikel berkait:
Ikut Sukatan Tanah Ini Kalau Nak Tanam Pokok Dalam Pasu
Tip Tanam Pokok Mangga Dalam Pasu, Pilih Pokok Jenis Ini Supaya Senang Berbuah
Atasi Masalah Side Mirror Kereta Kabur Waktu Hujan, Lelaki Ini Kongsi Caranya

Isi Kandungan
ToggleKetika hujan lebat akan jadi masalah jika cermin sisi kereta atau side mirror kabur.Kalau cermin depan atau belakang kabur ada wiper untuk mengatasinya. Tapi jika side mirror kabur agak berbahaya kerana sukar untuk melihat kenderaan di sisi dan belakang.
Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini ketika hujan, perkongsian Shamsinor Zaman mungkin membantu.
Jangan gunakan water repellant pada side mirror
Saya akan jelaskan kenapa.
Water repellant akan menjadikan air berbutir-butir seperti manik. Jika digunakan pada cermin depan, cermin belakang, cermin tingkap, ia sesuai sebab butiran air itu sama ada akan dilap wiper ataupun dihembus angin.
Pada side mirror, perkara ini tak akan berlaku atau jika berlaku pun, tidaklah secekap di cermin-cermin lain. Kenapa?
Pertamanya, di permukaan side mirror, angin tak lalu. Perhatikan rekabentuk side mirror, rata-rata cerminnya berada di dalam housing, terlindung daripada angin di atas, bawah, kiri dan kanan. Rekaan ini sebenarnya untuk mengelakkan percikan air tetapi ia juga berkesan terhadap angin. Tanpa tiupan angin, air yang bermanik tidak akan jatuh sehinggalah cukup besar.
Oleh sebab housing direka untuk elakkan percikan, lambat lagilah dia nak membesar.
Manik-manik air ini akan menyukarkan kita melihat imej dalam sidemirror tu. Ia jadi satu permukaan yang berisi beratus pemantul cembung (macam reflector lampu brek atau signal) dan setiap pemantul ni imejnya halus-halus. Memang makin tak nampak.
Jadi, gunakan water repellant di cermin depan, belakang dan tingkap, tetapi jangan letak di side mirror.
Gunakan bahan ini
Apa yang kita boleh letak di side mirror supaya pandangan lebih jelas dalam hujan? Gunakan “water attractor”. Saya reka je istilah ni. Istilah sebenar ialah “bahan hidrophillic”. Water repellant ialah “bahan hidrophobic”.
Hidrophobic = takut air.
Hidrophilic = cinta air.
Bahan hidrophillic ni ada bentuk semburan, ada juga jenis filem plastic macam tinted film tu, ada yang jernih, ada yg berwarna.
Fungsi bahan hidrophilic ini ialah ia akan menyebabkan air melekat dengan sekata pada permukaan cermin, seolah-olah jadi lapisan plastik jernih yang nipis. Lapisan jernih nipis ini tidak akan membias imej di dalam cermin sidemirror.
Jangan gunakan bahan hidrophilic pada cermin tingkap pemandu dan penumpang depan, sebab apabila angin tiup (sebab pergerakan kereta), lapisan nipis air tadi akan jadi berkedut-kedut, lalu menganggu pemandangan.
Ringkasan
1. Jangan guna water repellant (bahan hidrophobic) pada side mirror. Guna bahan hidrophilic.
2. Ada dijual sama ada dalam bentuk cecair ataupun filem plastik untuk ditampal pada sidemirror. Boleh cari online juga.
3. Jangan guna bahan hidrophilic pada cermin hadapan dan cermin tingkap. Guna water repellant untuk bahagian-bahagian ini.
4. Jangan guna water repellant pada semua jenis lampu, lampu depan, lampu signal, lampu belakang, semua jangan. Water repellant akan “makan” coating, terutama lampu depan, menyebabkan lampu depan jadi kabur dan kuning.
Sekian, terima kasih
Sumber: Shamsinor Zaman
Cara Masak Ikan Siakap Tomyam Yang Padu. Puas Hati Masak Sendiri

Bila tanya menu siakap yang best, selalunya yang teringat siakap 3 rasa atau siakap stim. Apa kata cuba menu yang lain pula.
Antaranya menu siakap tomyam macam yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini! Katanya padu habis macam restoran Thai.
Resipi dari Noor Hafiza ini juga mendapat 49k perkongsian di Facebook, ini pun padu juga. Kalau nak cuba boleh ikut resipi yang dikongsi.
Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai
1. Bahan utama adalah serai 4 batang hiris, separuh disumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci dihiris, bawang putih 4 ulas dihiris, 1 akar ketumbar diketuk. Masukkan air dan didihkan.
2. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam dan kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
Boleh gunakan pes jenama ini untuk rasa tomyam yang ‘kick’. Masukkan sos ikan sedikit (jika ada). Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula (saya guna gula perang / nisan).
3. Bila sudah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut dan cili).
4. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan didihkan terlalu lama supaya tak sayur lembik dan hilang zatnya. Tabur juga daun ketumbar.
5. Dah siap, boleh dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak perlu sayur dah. Dalam tomyam itu sendiri dah ada sayurnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Hafiza Mohamad